Ini Sebab Kenapa Kamu Perlu Berhenti Pakai Strip Pori Blackhead

Ini Sebab Kenapa Kamu Perlu Berhenti Pakai Strip Pori Blackhead

Kecantikan

Do pore strip really works?

pore-strips

Foto — Pinterest 

 

Mungkin kamu fikir strip pori adalah cara terbaik untuk menghapuskan blackhead dengan pantas dan berkesan.  Saat menanggalkan strip pori dari hidung dan melihat segala kotoran dan blackhead yang terkumpul pada strip pori itu, wajah pun terasa bersih! (You know that feelings). I admit it, it is satisfying! Tahukah kamu sebenarnya penggunaan strip pori ini akan membuatkan masalah bintik hitam menjadi lebih teruk? Ini sebab kenapa kamu perlu berhenti menggunakan strip pori…

 

Mengandungi bahan kimia yang boleh merengsa kulit.

POLYQUATERNIUM-37 merupakan antara bahan yang terdapat pada strip pori. Ia adalah bahan anti statik yang digunakan dalam penyembur rambut yang berfungsi untuk melekat di permukaan kulit. Akibatnya boleh meregangkan liang pori dan blackhead akan menjadi lebih besar pada masa akan datang.

 

Bahaya untuk kulit sensitif

Kekerapan memakai strip pori juga boleh menyebabkan kulit kamu menjadi lebih teruk. Strip pori boleh menyebabkan iritasi kulit yang kemerahan. Lebih-lebih lagi mereka yang berkulit sensitif, Polyquaternium-37 yang terkandung dalam strip pori tersebut akan menyebabkan kulit rosak dan iritasi; broken capillaries. Lapisan pertama kulit mungkin boleh rosak ketika kamu menanggalkan strip pori. Lebih teruk lagi, kulit kamu akan cepat berkedut!

 

Tak Merawat Dengan Betul

Sebenarnya strip pori akan membantu menghilangkan blackhead hanya untuk sementara, dan bukannya mencegah blackhead. Ini kerana penggunaan strip pori akan membuatkan liang pori kamu menjadi lebih besar dan akhirnya tersumbat. Daripada kotoran yang tersumbat itu terjadinya bintik hitam iaitu blackhead!

Jadi apa solusi terbaik untuk blackhead? Kawalnya dengan merawat liang pori kamu dengan betul. Baca artikel ini. Hope it helps!

Love, Wawa Adams