“Inilah masanya untuk saya give back to society” — Nana Mahazan Mahu Bantu Usahawan Bina Keyakinan Diri Dalam Berkomunikasi

“Inilah masanya untuk saya give back to society” — Nana Mahazan Mahu Bantu Usahawan Bina Keyakinan Diri Dalam Berkomunikasi

Artis, Makeup

Jangan lepaskan peluang ini!

Nana-mahazan-beauty-7

Instagram — @nanamahazanbeauty

31 JANUARI 2020 yang lalu, Nana Mahazan telah membuat satu majlis istimewa di sebuah restoran Chinoz On The Park, KLCC, bagi mewujudkan kesedaran jenama kosmetik miliknya, Nana Mahazan Beauty.

 

Nurul Hana bt Che Mahazan atau lebih dikenali sebagai Nana Mahazan, merupakan finalis Akademi Fantasia musim pertama pada tahun 2003. Rancangan realiti itu juga telah membawanya ke dunia industri seni. Namun, dia mengakui rezeki nyanyian tidak berpihak padanya.

 

Namun, dengan personaliti yang ceria dan bertenaga, Nana meneruskan kerjayanya dalam bidang pengacaraan di pelbagai stesen TV dan radio sehingga sekarang. Pada 2017, dia mencabar diri dan menggunakan bakat dan potensi yang ada untuk membina perniagaan dalam kecantikan dan kesihatan. Maka lahirlah jenama Nana Mahazan Beauty. Pelbagai rangkaian produk daripada produk terlaris seperti Dua Lipstick, Fusion Stick Make Up Foundation, pembersih mekap, berus mekap, produk Nana Mahazan semakin diterima ramai. 

 

 

View this post on Instagram

 

When in doubt, wear RED 💋⠀ .⠀ .⠀ #nanamahazan #beauty #DUA #lipmatte #cny

A post shared by Nana Mahazan Beauty (@nanamahazanbeauty) on

Akui Nana, kelemahannya adalah dia sentiasa meragui diri yang tidak cukup bagus tetapi suami tercinta yakin dan tetap memberi semangat kepadanya.

Menurutnya lagi, tahun 2020 adalah tahun untuk dia berkongsi ilmu dan kemahirannya bertutur kepada masyarakat. Dia akan mengadakan bengkel membina keyakinan diri apabila bertutur, secara percuma untuk semua lapisan masyarakat tidak kira umur dan pangkat.

 

 

View this post on Instagram

 

Believe the beauty in you, and your dreams 💚 . . #nanamahazan #beauty #inspiring

A post shared by Nana Mahazan Beauty (@nanamahazanbeauty) on

“Saya mempunyai pengalaman selama 17 tahun yang saya rasa ini lah masanya untuk saya memberi manfaat kepada orang ramai”

“Saya bekerja dengan satu radio, berjumpa dengan ramai usahawan dan kebanyakan mereka tidak tahu bagaimana untuk bercakap. Apabila ditemu ramah atau untuk memulakan satu perbualan, kebanyakan mereka tak tahu macam mana untuk bercakap”

 

Merancang untuk memperluaskan jenama ke peringkat yang lebih tinggi dengan menambah stokis dan ejen menjadi sebahagian daripada Nana Mahazan Beauty. Produk terbarunya juga dijangka keluar pada tahun ini. 

Lebih menarik, Nana Mahazan akan berkolaborasi bersama jenama lain termasuk jenama sukan antarabangsa seperti PUMA. Jangan lupa dapatkan produk keluaran Nana Mahazan Beauty di www.nanamahazan.com atau www.shopee.com.my/nanamahazan sekarang!

Sekitar majlis 

Nana-mahazan-beauty

Nana-mahazan-beauty-2

Love, Wawa Adams