“It is true, Allah’s timing is perfect” — Bertunang Selepas 5 Bulan Kenal. Netizen Puji Busana Bella Dally Cantik!

“It is true, Allah’s timing is perfect” — Bertunang Selepas 5 Bulan Kenal. Netizen Puji Busana Bella Dally Cantik!

Artis, Wedding

Benar, setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Selebriti Bella Dally,28, kini selamat menjadi tunangan orang. Bella membuat pengumuman terbuka di laman instagram miliknya tentang berita gembira bahawa beliau telah pun mengikat tali pertunangan bersama jejaka pilihan hati pada 12 Januari lalu. 

Bella meluahkan rasa berterima kasih kepada semua diatas doa dan sokongan yang diberikan buatnya. Menurut entri di Astro Awani, jejaka pilihannya merupakan seorang ahli perniagaan. Jejaka yang dikenali sebagai Arif itu juga berasal dari Sabah dan merupakan kenalan sepupu dan rakan-rakan yang lain. 

 

 

Bekas suami, Nazim Othman tumpang gembira dengan berita pertunangan bekas isterinya, Bella Dally. 8 bulan yang lepas, Malaysia dikejutkan dengan berita perpisahan Bella dan Nazim. Menurut entri di BeautifulNara, Nazim yang membalas komen seorang netizen menyatakan bahawa semuanya sudah tertulis atas kehendakNya dan percaya Allah juga sudah mengatur yang terbaik buat dirinya.  

Bella yang menggayakan busana anggun berona kuning lembut dengan kemasan lace berona silver kelihatan cantik berseri. Bagi Bella, mimpinya menjadi kenyataan apabila dapat menggayakan rekaan busana dari MimpiKita pada hari pertunangannya itu.

 

 

Memilih rona kuning lembut kerana ianya melambangkan kebahagiaan dan sinaran matahari. Rata-rata netizen memuji kecantikan busana tersebut yang sesuai dengan dirinya. 

 

 

 

 

Tahniah Bella! Ohfesyen ucapkan semoga bahagia hingga ke syurga dan semuanya baik-baik sahaja.