Contact lens atau kanta lekap sering menjadi pilihan para hijabi sebagai pengganti cermin mata kerana ia lebih praktikal dan mudah digunakan.

Cuma, yang menjadi masalah apabila mahu menjaganya. Selepas seharian memakai contact lens, kita perlu mencuci dan merendamnya di dalam bekas yang mengandungi Multi Purpose Solution.

Kadangkala, ada yang tersilap di antara Multi Purpose Solution dan Normal Saline. Pastikan anda jangan tersilap kerana ia mempunyai tujuan penggunaan yang berbeza-beza.

Mengikut perkongsian Cik Atyraa di Facebooknya, ramai yang tidak tahu nak bezakan kedua-dua ini. Air saline dijual pada harga yang lebih murah dan ini membuatkan ramai yang merendam contact lens dengan air saline.

Ikuti perkongsiannya.

Perlu tahu beza antara botol yang ditulis “Multi Purpose Solution” dengan “Normal Saline”

Sebenarnya ramai lg yang tak tahu beza dua ni.. Dan air saline ni dijual lebih murah. Jadi sebab tu ramai yg nak jimat cuma gunakan air saline ni untuk rendam contact lens.

SILAP TU SAYANG ! Normal saline ni sebenarnya hanya untuk bilas bila ada habuk dalam CL atau mata pedih atau tyra gunakan saline ni untuk basuh bekas CL sahaja. Bekas CL pun tak boleh basuh guna air paip biasa **okay yg ni kita cerita lain kali

Sanggup ke nak rendam CL sekadar dengan “NORMAL SALINE” @ Sodium Chloride @ Air Garam, yang tak mampu nak basmi kuman sebab dalam air saline langsung takde bahan kimia yang boleh membunuh kuman.  Sebab tu mesti guna agen pencuci khas (MPS) dan pastikan simpan/rendam sekurang2nya 4 jam.

Tak kisah sebenarnya Multi Purpose Solution brand ape pun. Yang penting pastikan Multi Purpose Solution bukan air saline untuk rendam contact lens korang .

Tyra biasa gunakan jenama RENU sebab nya ada sesetengah jenama tu akan buat contact lens cepat kering bila kat mata kita.

Semoga bermanfaat! Share dan mention rakan rakan anda yang memakai contact lens! Pastikan mereka tidak tersilap..