Jangan Tinggalkan Toner Dalam Rutin Penjagaan Harian Kulit Muka Dan Kamu Pasti Menyukai Hasilnya

Jangan Tinggalkan Toner Dalam Rutin Penjagaan Harian Kulit Muka Dan Kamu Pasti Menyukai Hasilnya

Kecantikan

Meskipun kamu perlu menjaga kulit muka kamu setiap hari sepanjang tahun, tetapi musim panas dan kering adalah waktu dimana kamu perlu melakukan rutin penjagaan kulit muka ekstra bagi menyingkirkan semua kotoran, minyak dan pori tersumbat yang mungkin berlaku akibat musim panas. Jadi apakah formula rahsia untuk kulit yang sihat semasa musim panas? Ianya adalah toner. Awas! Jangan terlalu kerap cuba menyembunyikan masalah kulit seperti jerawat dan kulit berminyak dengan mekap. Kuncinya adalah dengan menggunakan toner yang lembut dan menyamankan untuk menyingkirkan minyak dan sisa kotoran.

Toner sangat bermanfaat dan penting bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat. Ia juga sangat berguna untuk mereka yang memerlukan pembersihan tambahan kerana tabiat mereka yang kerap memakai mekap atau menggunakan produk penjagaan kulit seperti krim pelindung matahari.

Mungkin terlintas difikirkan kamu sekarang apa sebenarnya fungsi toner ini? Adakah perlu menggunakan toner dalam rutin harian? Adakah toner akan mengeringkan kulit muka? Ohfesyen akan menjawab segala persoalan kamu. Jadi teruskan membaca untuk mengetahui manfaat toner untuk kulit dan bagaimana toner membantu menjadikan kulit muka kamu bersih, kekal muda dan menghalang pertumbuhan jerawat.

#1 Mengurangkan saiz liang pori

Letakkan sedikit toner dengan bantuan kapas muka yang lembut. Hanya sapu pada wajah kamu untuk menghilangkan minyak berlebihan pada wajah. Ia akan menampakkan liang pori yang lebih kecil pada wajah kamu.

#2 Menstabilkan pH seimbang

Keseimbangan pH kulit akan dicerna selepas dibasuh/dicuci, kerana bahan alkali pada sabun. Oleh kerana itu, keseimbangan pH terganggu dan kulit kamu perlu bekerja lebih untuk mengembalikan keseimbangan pH. Dengan menggunakan toner, keseimbangan ini boleh dipulihkan dengan cepat.

#3 Menambahkan lapisan perlindungan

Ia menyingkirkan klorin dan mineral yang terdapat didalam air yang digunakan untuk mencuci muka kamu dan oleh itu lindungilah kulit kamu. Seterusnya ia menutup pori-pori kulit dan menyempitkan jurang sel, oleh itu membantu dalam menyekat penembusan kotoran dan pencemaran ke dalam kulit.

#4 Bertindak sebagai humectant

Sesetengah toner bertindak sebagai humectant, iaitu ia membantu mengunci kelembapan ke dalam kulit.

#5 Menyegarkan kulit

Jika kamu kesuntukan masa, toner boleh digunakan untuk menghilangkan kotoran dan minyak berlebihan selain membasuh muka kamu dengan menggunakan air. Ia menjadikan kulit kamu bersih dan segar.

Sesetengah orang mengatakan bahawa menggunakan toner boleh mengeringkan kulit terutamanya pada cuaca sejuk apabila kulit sudah sedia kering. Tetapi kebaikan toner mengatasi kekurangan yang kecil ini. Lebih-lebih lagi kamu boleh mengatasinya dengan menggunakan pelembap selepas menggunakan toner supaya ia dapat mengekalkan kelembapan wajah kamu. Selain itu, manfaat menggunakan toner yang paling besar adalah ia dapat mengawal jerawat dan kedutan.

Bagi mereka yang memakai mekap setiap hari, toner akan menjadi item yang sangat berguna sebagai sebahagian daripada rejim penjagaan kulit harian untuk memastikan sisa mekap dapat ditanggalkan dengan sempurna dan tidak menyebabkan pori tersumbat yang membawa kepada pertumbuhan jerawat. Jika menggunakan toner untuk jangka masa yang panjang ia dapat membantu melambatkan pembentukan kedutan pada wajah kamu.

Walaupun kamu tidak memakai mekap setiap hari, kamu masih boleh menggunakan toner yang lebih ringan teksturnya sekali sehari untuk menyingkirkan kotoran dan lebihan minyak untuk memastikan kulit sentiasa segar. Jika toner menyebabkan kulit kamu kering, kamu boleh menggunakan hirisan timun atau jus timun, kapas muka yang dicelup ke dalam jus lemon, hirisan tomato ataupun kiub ais sebagai alternatif lain.

 

Love, Shahirah Jasman