Jenis-Jenis Kasut Wanita Dan Cara Penggayaan Yang Betul Yang Perlu Kamu Tahu!

Jenis-Jenis Kasut Wanita Dan Cara Penggayaan Yang Betul Yang Perlu Kamu Tahu!

OOTD

Kasut adalah item yang penting dalam penampilan setiap orang tidak kira perempuan mahupun lelaki. Tanpa kasut tidak lengkaplah outfit seseorang itu. Kasut juga berfungsi sebagai pelindung kepada kaki kita daripada segala kekotoran mahupun bahaya yang ada semasa kita berada di luar. Keselesaan kasut yang dipakai juga adalah amat penting dalam pemilihan kasut agar kaki kita tidak terluka atau sakit. Selain itu, pemilihan kasut yang bersesuaian mengikut tempat, masa dan situasi juga amat penting agar penampilan kita tidak kelihatan janggal. Seperti contoh, kita tidak mungkin memakai kasut sukan ketika menghadiri majlis formal bukan? Mungkin masih ada diantara kamu yang keliru kasut manakah yang sesuai untuk situasi tertentu atau tempat. Ohfesyen akan berkongsi kepada kamu semua jenis-jenis kasut dan cara penggayaannya.

Kasut Kasual

Kasut kasual adalah kasut yang dipakai setiap hari dan digayakan dengan outfit kasual untuk penampilan yang lebih relaks. Mungkin ada diantara kita yang gemar memakai kasut tumit tinggi pada waktu siang dan juga malam, dan kasut tumit tinggi ini juga boleh dikategorikan dalam kasut kasual. Sebagai contoh kasut tumit dengan tumit yang sedikit rendah ataupun wedges boleh dikategorikan dalam kasut kasual kerana keselesaannya dan mudah dipakai.

Wedges

Kasut wedges boleh memberikan penampilan kamu kelihatan lebih kemas tanpa perlu memakai kasut tumit tinggi. Ia juga lebih selesa dipakai terutama yang mempunyai ketinggian yang sedikit rendah.

Ballerina

Kasut seharian yang cantik dan praktikal untuk penampilan kasual. Ballet pumps adalah jenis selipar tapak rata yang perlu ada dalam rak kasut. Ballerina adalah kasut yang sangat verstail dengan pelbagai rekaan, warna dan corak.

Lace Up

Lace up adalah nama bagi semua kasut yang bertali seperti brogue, loafer, tumit tinggi, ballerina pumps dan sebagainya. Kasut jenis lace up boleh memberikan sokongan tambahan kepada kaki selain boleh diketatkan atau dilonggarkan mengikut saiz kaki kamu.

Kasut Kanvas

Kasut kanvas wanita kelihatan lebih sporty berbanding kasut ballerina tetapi kedua-duanya adalah pilihan yang tepat untuk penampilan kasual. Kasut kanvas lebih selesa dan praktikal serta hadir dengan pelbagai warna dan corak supaya kamu boleh memadankannya dengan outfit kamu. Ia tampak cantik jika digayakan dengan jeans dan t-shirt untuk gaya hujung minggu yang mudah.

Flip Flop

Juga dikenali sebagai selipar dan dipakai setiap hari terutama ketika berada dirumah. Jika kamu ke pantai ataupun kolam renang inilah kasut yang sesuai untuk dibawa bersama. Flip flop selalunya diperbuat daripada tapak foam dengan sokongan kaki plastik ditengah-tengah. Untuk flip flop yang tahan lama, pilih yang diperbuat daripada kulit. Rekaan yang paling mudah akan mempunyai tali plastik namun kamu boleh mendaptkannya dengan rekaan yang menggunakan tali kulit atau mempunyai sedikit batu permata untuk kelihatan lebih menarik. Ia juga hadir dengan plebagai warna dan corak supaya kamu dapat memadankannya dengan outfit kamu.

Mule

Kasut terbuka dibahagian belakang dengan bahagian depan tertutup. Mule sangat mudah dipakai dan ditanggalkan serta lebih kasual berbanding kasut tertutup tetapi memberikan sokongan yang lebih baik daripada flip flops.

Loafer

Kasut kasual yang secara umumnya mudah dipakai dengan panel elastik dikedua-dua belah bahagian kasut tanpa memerlukan tali atau pengikat. Loafers memberikan gaya yang lebih klasik dengan menambahkan gaya vintage glamour kepada outfit pada waktu siang mahupun pakaian ke pejabat.

Sandal Gladiator

Sandal bertali dengan bar T dibahagian tengah hadapan kasut. Untuk penampilan ala Grecian yang glamour, padankan sandal gladiator dengan dress labuh. Kebelakangan ini, sandal gladiator bertumit tinggi juga sudah mula diperagakan dan dipakai. Sandal bertali dengan tumit tinggi ini juga sesuai dipadankan dengan seluar atau pakaian ke pejabat.

Trainer (Kasut Sukan)

Trainer atau lebih dikenali dengan kasut sukan direka khas untuk kegunaan ketika bersukan atau menjalankan latihan di gym, yoga atau latihan sukan. Ia juga boleh dijadikan sebagai “fashion wear”. Kasut jenis ini memberikan sokongan yang lebih kepada kaki dan lebih selesa untuk beriadah. Ia adalah amat penting untuk melindungi kaki dengan sokongan yang betul agar kecederaan yang tidak diingini boleh dielakkan.

Kasut Formal

Kasut formal bagi wanita adalah kategori kasut yang memberi lebih keanggunan kepada outfit. Kasut formal kebiasaannya digayakan untuk acara atau majlis tertentu dengan rekaan yang lebih glamour berbanding kasut harian biasa dengan hiasan atau tumit tinggi.

Kasut Tumit Tinggi

Kasut tumit tinggi adalah pilihan yang ketara untuk dipadankan bersama dress. Terdapat pelbagai rekaan stail bagi kasut tumit tinggi seperti kasut tumit blok, kasut tumit kitten, kasut tumit stacked, stiletto, kasut tumit kon, kasut tumit platform dan kasut tumit wedge. Ketinggian tumit juga berbeza iaitu 2 hingga 4 inci.

Kasut court

Kasut court adalah kasut dengan stail klasik yang sesuai untuk majlis formal seperti majlis perkahwinan atau pakaian perniagaan (business attire). Kasut court kebiasaannya mempunyai ketinggian kasut yang rendah, maknanya apabila dipakai, paras kasut akan berada rendah pada kaki. Kasut court juga mempunyai tumit yang sederhana tinggi dan hujung depan yang tajam. Kasut court selalunya hadir dengan warna-warna klasik seperti beige, hitam dan coklat namun stail yang lebih berfesyen sudah banyak di pasaran sekarang.

Brogue

Brogue bukan sahaja untuk lelaki dan dalam beberapa tahun ini ianya telah menjadi salah satu fesyen utama wanita. Brogue wanita lebih verstail berbanding kasut tapak rata yang lain tetapi mempunyai kelebihan dimana ianya tampak lebih formal berbanding kasut ballerina. Brogue menambahkan efek menawan kepada dress musim panas dengan menambahkan elemen maskulin kepada sesuatu yang feminin dan pakaian pejabat tampak lebih kemas dan tradisional. Pada asalnya brogue hadir dalam warna coklat atau hitam kulit, namun sekarang ia hadir dalam pelbagai warna, corak dan ketinggian tumit.

Kasut Boot

Kasut boot wanita adalah pilihan yang praktikal bukan sahaja untuk negara 4 musim namun untuk negara beriklim khatulistiwa juga seperti Malaysia. Jika dahulu kasut boot kebiasaannya dipakai ketika musim salji namun sekarang ianya boleh dipakai pada bila-bila masa sahaja. Rekaannya juga sudah diperbaharui mengikut sesuatu majlis, outfit dan juga musim.

Boot buku lali

Seperti namanya, boot ini mempunyai ketinggian paras buku lali. Mempunyai sepasang boot buku lali adalah perkara yang bagus kerana ia mempunyai bentuk yang klasik yang boleh disesuaikan untuk ke pejabat atau harian. Ia sesuai dipadankan dengan seluar atau dress musim panas kerana ia sangat verstail dan stailis. Boot buku lali datang dalam pelbagai stail, boot Chelsea dan boot Pixie antara yang paling popular. Boot chelsea kebiasaannya mempunyai bahagian atas yang rata dan panel tepi elastik. Boot pixie mempunyai bahagian hadapan yang sedikit tajam.

Boot betis

Boot betis (calf boot) menawarkan litupan yang penuh dan sesuai untuk musim sejuk. Boot paras betis sangat elok jika dibeli dengan material yang tahan lama terutama jika ingin digunakan pada musim sejuk. Kamu memerlukan boot yang tahan basah, sejuk dan lumpur. Simpan boot ini dengan sokongan didalamnya agar bentuk boot dapat dipelihara dan pastikan ianya dibersihkan sebelum digunakan semula untuk musim panas.

Boot Chelsea

Boot chelsea adalah boot yang rata dengan panel tepi elastik. Boot ini dinamakan sempena nama daerah mewah di London, Chelsea. Rekaan pertama diperkenalkan pada tahun 1850 dan menjadi kasut pilihan Permaisuri Victoria untuk kegunaan harian tetapi mula popular pada tahun 1960.

Boot tentera

Jelas sekali berdasarkan namanya boot ini diinspirasikan oleh kasut yang dipakai dalam tentera. Boot jenis ini sangat kukuh dan mempunyai sokongan yang baik dengan tali panjang dari bahagian hadapan boot sehingga ke atas.