Kaedah “Double Cleansing” Membantu Merawat Kulit Bermasalah. Hanya Perlu 2 Minit!

Kaedah “Double Cleansing” Membantu Merawat Kulit Bermasalah. Hanya Perlu 2 Minit!

Kecantikan

The key to flawless skin for a better makeup!

Mungkin masih ramai lagi yang tak tahu tentang kaedah double cleanse yang terkenal di Korea dan Jepun. Kebiasaannya, ramai yang hanya menggunakan satu jenis pencuci muka sahaja. Tak semua jenis kulit boleh dicuci hanya dengan menggunakan pencuci wajah biasa lebih-lebih lagi mereka yang kerap bermekap. 

 

Kaedah pembersihan wajah secara berganda atau 2 kali cucian yang dilakukan satu kali sehari. Produk penjagaan wajah yang lain juga perlu dipakai mengikut turutan yang betul. 

 

Baca : TURUTAN TERBAIK RUTIN PENJAGAAN MUKA. PAKAI PELEMBAP ATAU SERUM DAHULU?

 

 

Kaedah ini penting bagi memastikan kulit wajah kamu bersih secara mendalam hingga ke liang pori. Sesuai untuk semua jenis kulit sama ada normal, kering dan terutamanya kulit berminyak. Ini bagi memastikan segala kotoran yang terkumpul di wajah hilang termasuk mekap, SPF dan sebum.

Namun, kombinasi produk yang salah boleh memberi kesan sebaliknya seperti iritasi dan jerawat. Kenali kulit kamu terlebih dahulu dan cari produk kombinasi yang mengandungi bahan-bahan yang diperlukan.

 

 

Lakukan kaedah ini hanya pada waktu malam sahaja kerana terlalu kerap mencuci muka juga sebenarnya akan menyebabkan kulit menghasilkan minyak yang berlebihan dan akhirnya akan menyebabkan iritasi, jerawat dan sebagainya.

Langkah 1 : Oil Cleanser

Sapu pembersih berasaskan minyak (oil cleanser) pada wajah. Urut wajah kamu dengan lembut secara gerakan ke atas selama 1 minit. Bilas dengan air suam.

Langkah 2 : Pencuci Muka biasa (water-based)

Selepas cucian pertama, guna pencuci muka yang biasa dan urut pada wajah secara gerakan membulat selama 1 minit. Bilas dengan bersih.

 

Love, Wawa Adam