“Kalau kita tidak hadapi kesilapan, kita tidak akan belajar perkara itu” — Pengasas Siti Murni Tidak Gentar Dengan Risiko Dalam Berbisnes.

“Kalau kita tidak hadapi kesilapan, kita tidak akan belajar perkara itu” — Pengasas Siti Murni Tidak Gentar Dengan Risiko Dalam Berbisnes.

Out & About

CARA percakapan yang unik membuatkan SITI MURNI ABDUL AZIZ berbeza dengan usahawan yang lain. Kepetahannya bercakap mampu menarik minat pelanggan sekali gus menaikkan lagi jenamanya, SITIMURNI. Tidak sangka masalah sensitiviti yang dihadapi mendapat perhatian ramai lalu membuatkan dia berasa yakin untuk menghasilkan produk tudungnya sendiri.

Walaupun pernah melalui detik getir sewaktu awal perniaagaan dahulu, namun ianya tidak pernah mematahkan semangat Siti Murni untuk kekal yakin dan terus maju. Malah, fikiran luar kotak Siti Murni juga mampu membantu wanita lain yang menghadapi masalah yang sama.

 

 

 

Ikuti kisah menarik usahawan ini!

 

 

Sebelum berbicara lebih lanjut, boleh perkenalkan diri secara ringkas?

 

Nama saya Siti Murni Abdul Aziz. Majority orang panggil saya Madam Uni. Seorang usahawan dan berumur 32 tahun. Sebelum ini Uni merupakan bekas wartawan politik parlimen Tv dan juga penyampai berita. Sekarang masih buat hosting untuk TV 1 lagi. Kemudian, Uni letak jawatan dan terus buat bisnes sepenuh masa.

 

Uni mempunyai suami dan juga seorang anak lelaki. Dragon baby! Selepas itu, untuk bisnes tudung, pada awalnya Uni jadi duta produk. Waktu itu Uni jadi duta lebih dari 3 jenama tudung tetapi tidak pernah jumpa tudung dekat Malaysia ini yang untuk membantu wanita yang alergik pada besi kerongsang.

 

You cannot wear besi you know because nanti akan jadi alergik gatal. Oleh sebab itu, Uni cuba hasilkan satu tudung untuk masalah Uni sendiri sebab Uni alergik. Alergik Uni sangat kritikal. Bila mana Uni cuba pakai tudung yang Uni buat itu dan Uni baca berita, raaaaaamai sangat tanya “tudung apa you pakai?”. Sejak Uni pakai untuk diri Uni, selepas itu everybody asking me about that. Kemudian, Uni kongsi produk Uni dan dari situ Uni mula bina ejen, stokis sampai sekarang.

 

 

Apa cabaran dan dugaan kehidupan yang paling besar sebelum bergelar usahawan?

 

Cabarannya ialah pada awalnya tiada modal yang cukup untuk memulakan bisnes. Tetapi bagi Uni, kalau Uni buat bisnes, kita kena disiplin. Walaupun modal kecil, kalau tidak cukup modal sekali pun, kalau kita disiplin, kita tahu bagaimana untuk kembangkan duit itu. Benda itu akan ada hasilnya.

 

Dari segi cabaran lain ialah, untuk memperkenalkan jenama kita kepada orang ramai. Peringkat awal memang mencabar dan sangat susah sebab Uni bukan artis yang masuk dalam bidang perniagaan dan Uni bukan berkahwin dengan seorang artis dan sangat susah untuk dapatkan publisiti media ketika itu. Tetapi bagi Uni, kalau produk itu bagus, orang akan terima dan sekarang ternyata wanita Malaysia yang berhijab telah menerima koleksi-koleksi tudung SITIMURNI.

 

 

 

Perniagaan merupakan sesuatu yang serius dan memerlukan komitmen tinggi. Bagaimana boleh tercetusnya idea Uni untuk memulakan perniagaan? Tidakkah ada rasa gentar dengan risiko dan cabaran yang bakal dihadapi?

 

Semua bisnes ada risiko tetapi jika benar mahu menjadi usahawan yang berjaya, usah takut tentang risiko. You kena hadapi benda itu. Pendapat Uni, mana-mana usahawan akan ada risiko itu tetapi jangan takut.

Dari segi cabaran, you akan berhadapan dengan turun naik dalam bisnes. Tetapi… just face it dan terus fight until you achieve your dreams.

 

 

 

Sudah berapa lama Uni dalam bidang perniagaan? Adakah secara sepenuh masa atau bagaimana?

 

Hampir enam tahun. 4 tahun Uni buat serius, 2 tahun yang awal Uni buat “touch n go” lagi ketika itu.

 

 

 

 

Mengenai produk SITIMURNI pula, apakah produk pertama keluaran syarikat Uni?

 

Produk pertama ialah tudung. Kami fokus jenama tudung SITIMURNI selama 4 tahun dan kami tampil dengan telekung SITIMURNI dan burungWANGI.

 

 

Soal rekaan produk, Uni sendiri yang merekanya atau ada seorang pereka khusus?

 

Kalau untuk tudung, Uni sendiri yang akan design. Dari segi warna pula, kami ada team yang akan brainstorm. Uni lebih kepada research, warna yang sesuai untuk remaja, warna yang sesuai dengan golongan umur tertentu dan pelbagai keperluan serta kehendak wanita Muslim di Malaysia.

 

Mengenai rekaan, Uni sendiri yang akan uruskan oleh sebab Uni buat berdasarkan masalah Uni. Alergik besi dan mahu pakai tudung cepat. Kami telah melindungi rekaan tudung dan jenama tudung SITIMURNI di bawah Myipo. Sebarang peniruan, pihak berkuasa berhak mengambil tindakan yang sewajarnya.

 

Rekaan kami merupakan yang pertama di dunia, direka untuk wanita yang alergik dengan besi seperti kerongsang. Masalah wanita yang bertudung ini, kadangkala dia beli kerongsang banyak sekali pun akan hilang. Beli lagi, hilang. Beli lagi, hilang.

 

 

 

Bagi membina perniagaan pasti memerlukan mental & fizikal yang kuat. Lain pula bagi sesetengah usahawan yang baru berjinak dalam bidang perniagaan yang berasa putus asa. Sekali gus berhenti separuh jalan. Jadi, apa yang membuatkan Uni ingin meneruskan perniagaan ini dan di mana terletaknya kekuatan diri?

 

Menjadi seorang usahawan, you perlu ada BIG WHY. Kenapa you buat bisnes? Setiap kali mood you down, you kena turn back pada big why. Kalau macam Uni, kenapa Uni buat bisnes, Uni tidak mahu dalam kehidupan susah lagi. Uni tidak mahu kehidupan yang sangat struggle dari segi masalah kewangan.

 

Sebab itu setiap kali kalau ada cabaran ke apa, hanya tolak tepi sahaja. Move on. Kalau kita fikir masalah, sampai bila-bila pun masalah akan ada. Everybody have their own problem right? Tetapi proceed sahaja, buat sahaja. Tidak perlu fikir soal masalah.

 

 

Kebiasaannya Uni ada berbincang bersama suami tentang semua yang berkaitan dengan bisnes atau bagaimana?

 

Ya, my husband is the president of the company. So we will always and always agree and disagree in so many things but we complete each other.

 

 

 

Bagaimana tercetusnya idea nama SITIMURNI dan apa faktor pemilihan nama tersebut?

 

SITIMURNI. Pada awalnya, ada yang berkata, kenapa guna nama Uni sendiri, Siti Murni kan? Bagi uni, setiap orang, nama dia ada kekuatan masing-masing. Uni letak nama tudung SITIMURNI itu disebabkan masalah Uni yang alergik dengan besi kerongsang. Justeru itu, Uni letak tudung SITIMURNI dan benda itu daripada Uni sendiri.

 

Orang kata, spirit itu ada di situ. Kalau Uni letak nama lain, macam… okay Uni tak dapat feel untuk jual benda itu. Sebab itu ialah produk Uni, daripada masalah Uni sendiri. Demikian Uni namakan jenama, SITIMURNI. Bagi Uni, daripada Uni kecil sampai sekarang Uni bangga dengan nama sendiri.

 

 

 

 

Selama 6 tahun dalam bidang perniagaan, berapa banyak produk SITIMURNI yang ditawarkan setakat ini?

 

Kalau produk SITIMURNI, kita ada tudung SITIMURNI, telekung SITIMURNI di bawah SITIMURNI Holding. Kita ada burung wangi. Kalau untuk tudung SITIMURNI, kita sudah tampilkan lebih daripada 100 koleksi.

 

 

Adakah SITIMURNI mempunyai sebarang konsep atau signature? Jika ya, ianya berlandaskan apa sebenarnya?

 

Konsep kita, kita mahu wanita yang berdepan dengan wanita yang boleh bergaya, sebab ramai wanita cakap, bila mana dia bertudung nampak tidak cantik. Mereka berkata seperti, “nak pakai tudung susah”. Jadi, kita punya konsep, buat satu tudung, wanita itu akan nampak cantik dalam satu masa, cepat pakai.

 

Lumrah berbisnes pasti ada membuat kesilapan. Bagi Uni sendiri, apa kesilapan yang memberi kesan kepada SITIMURNI? Jika tidak keberatan boleh kongsikan bagaimana cara Uni tangani masalah itu?

 

Kesilapan pasti berlaku. Tetapi itulah cikgu yang terbaik supaya kita tidak mengulangi perkara tersebut. Uni seorang yang tidak lari dari masalah tetapi Uni akan hadapi dengan sebaiknya.

 

 

 

 

Soal pengurusan syarikat pula bagaimana? Uni menguruskan sendiri perniagaan ini atau mengambil seorang pengurus?

 

Uni mempunyai team yang kuat dan very supportive. Saya sebagai CEO dan saya mempunyai 4 manager yang menguruskan department masing-masing.

 

Bekerja di syarikat yang sama malah menguruskan perniagaan sendiri bersama, pernahkah kalian ada selisih faham dan terbawa-bawa masalah bisnes di rumah? Jika tidak keberatan, boleh kongsikan bagaimana kalian tangani dengan baik?

 

Secara jujur, kalau Uni bersama suami, kemana sahaja kami pergi pun mesti pasal bisnes sahaja. Tak ada masalah rumah tangga langsung. Contoh, kami pergi makan ke apa semua, we talk about business. Memang kalau macam dekat luar dalam kereta sekali pun, kita more to business. Tidak pernah bercerita tentang benda lain. The fact is, business make us chosen.

 

 

 

Seperti yang Uni ketahui, jenama Muslimah kini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Sekaligus mewujudkan persaingan sengit. Bagaimana Uni menonjolkan jenama dan kekuatan produk SITIMURNI terletak pada elemen apa?

 

Macam yang Uni kata, kita perlu percaya dengan kita punya spirit of the product. Macam Uni, kenapa Uni gunakan SITIMURNI sebab Uni yakin dengan apa kekuatan kita. Kalau untuk tudung SITIMURNI, kekuatan Uni, Uni tidak bersaing dengan mana-mana produk. And competitors are actually our friends, not enemy.

 

Kekuatan tudung jenama SITIMURNI ini ialah ia membantu menyelesaikan masalah wanita yang berhijab supaya tidak lagi gatal di bahagian leher kerana menggunakan kerongsang. Rekaan tudung SITIMURNI juga sentiasa up-to-date.

Macam Uni sendiri, Uni jarang gunakan instagram untuk tunjukkan muka tetapi Uni lebih tunjukkan how I engaged with people di facebook live. Tidak semua orang mampu bercakap dengan baik. Maka, Uni gunakan kekuatan itu untuk attract the community sebagai family SITIMURNI.

 

 

 

 

 

SITIMURNI boleh dikatakan jenama yang terkenal dalam industri fesyen Muslimah. Jika tidak keberatan, boleh kongsikan bagaimana dan apa cara Uni menaikkan jenama Uni sehingga dikenali ramai? Apakah faktor yang memainkan peranan utama?

 

Terima kasih diatas penghargaan tersebut. SITIMURNI mula membina nama apabila Uni berkongsi tudung yang Uni design kepada kawan-kawan. Dan ia mula mendapat tempat. Peringkat seterusnya ialah apabila kami mempunyai ribuan ejen. Dan kami kongsikan ilmu bisnes kepada mereka. Ini juga antara pendorong jenama kami menjadi perhatian. Semestinya kami ada team yang akan selalu brainstorm and action untuk semua perancangan. Justeru itu, di mana tahap SITIMURNI sekarang adalah hasil kerja pelbagai pihak.

 

 

 

Bagaimana boleh terdetik untuk membuat keputusan menceburi bidang perniagaan? Tidak sayang pada karier lamakah?

 

Sudah tentu Uni rindu pada karier Uni yang lalu, iaitu sebagai politic reporter. Cuma pada satu tahap, you will demand of freedom. Freedom untuk buat apa Uni suka dan freedom untuk apa Uni buat keputusan. So, this is a new of SITIMURNI ABDUL AZIZ.

 

Jika SITIMURNI masih kukuh dalam industri fesyen Muslimah, apa perancangan Uni bagi 5 tahun mendatang demi meningkatkan dan menguatkan lagi jenama SITIMURNI?

 

We believe we can be the next trendsetter untuk semua wanita Muslim di Malaysia. Dan kita akan terus mencantikkan wanita dengan hijabnya, wajahnya dan dalamannya. Doakan.

 

Ada sebarang nasihat kepada mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan?

 

Kalau ingin menceburi dalam bidang perniagaan, cari apa kekuatan you, apa yang you suka dan jangan buat touch n go. Buat jangan ikut mood tetapi biar mood ikut you sebab sometimes orang masuk dalam bidang bisnes, dia down je terus mood pun down. Tetapi kalau dalam bisnes fesyen ini, I love fashion tetapi Uni tidak pernah terfikir pun untuk buat bisnes tudung tetapi Uni suka melihat orang pakai tudung. So, do what you love!

 

 

Facebook : @tudungsitimurniofficial