Kehilangan Anak, Nadiya Nisaa Kini Berhijab

Kehilangan Anak, Nadiya Nisaa Kini Berhijab

Artis

nadiya-nisaa-tudung

Gambar: Instagram @nadnisaa

Kehilangan anak dalam kandungan Julai lalu memberi kesan ketara kepada pelakon, Nadiya Nissa. Nadiya juga terpaksa menjalani rawatan memulihkan semangat sepanjang berpantang.

Nadiya yang masih terkejut dan bersedih atas kehilangan anak yang berusia lapan bulan dalam kandungan mengakui berasa sukar untuk menceritakan lebih lanjut kejadian itu.

Menurut Nadiya dalam satu sesi temubual, “Bukan keguguran, sebaliknya anak saya meninggal dalam kandungan. Doktor memaklumkan perkara itu ketika saya membuat rutin pemeriksaan.

Sambungnya lagi, “Siapa yang tidak terkejut dan sedih hingga keluarga terpaksa sorokkan surat khabar kerana mereka tidak mahu saya membaca berita saya kehilangan anak.

“Disebabkan itulah saya tidak dapat menjawab soalan media mengenai perkara ini. Saya sangat sedih dan perlu menjalani rawatan memulihkan semangat ketika berpantang.”

Nadiya redha dengan ketentuan Ilahi dan dia tidak patah semangat atau trauma dengan apa yang berlaku, sebaliknya, Nadiya menjadi lebih kuat dan tabah dalam mengharungi kehidupan.

Soal penghijrahannya dengan tampil berhijab bukan disebabkan kehilangan anak tetapi niat untuk berhijab sudah dipendam sejak Ramadan lalu.

Mengenai tawaran berlakon selepas bertudung, Nadiya tidak menganggap ia suatu masalah kerana sebelum ini dia juga pernah melakonkan watak wanita berhijab.

Nadiya juga turut mengulas soal bersentuhan ketika berlakon. Baginya bersentuhan bukanlah satu masalah sekiranya niat hanyalah untuk berlakon. Bahkan dia juga turut memuji pengarah sekarang yang arif mengenai batas-batas untuk pelakon berhijab.

Nadiya bakal muncul menemui peminat dengan telefilem berjudul Kari Sanjana untuk TV3.

Share dari http://www.jelita.com.my/selebriti/kehilangan-anak-nadiya-nisaa-kini-berhijab/