Kenali Jenis Kulit Wajah Sebelum Beli Skincare

Kenali Jenis Kulit Wajah Sebelum Beli Skincare

Kecantikan

Kulit masih terasa sama walaupun sudah berhabis ratusan ringgit untuk skincare? Sebenarnya kita kena tahu apa jenis kulit muka kita sebelum memakai apa jua skincare. OHFESYEN kongsikan tips nak tahu jenis kulit dari seorang blogger. Rugi tak baca!

________________________________________________________________________________

The basic thing you need to know about skincare, is your skin type. Whether it’s oily, dry, combination or normal?
 

How to know your skin type?

1. Cuci muka macam biasa.
Basuh muka dengan your normal cleanser, lepas tu bilas. Nak pakai air biasa pun boleh. Make sure muka tu dah cuci.
2. Tunggu 2 jam.
Jangan apply apa apa lepas cuci muka. Lagi elok, jangan lap lepas cuci muka. Biar je kulit tu kering sendiri and biar 2 jam.
3. Check keadaan kulit
Lepas dah 2 jam, check balik kulit tu.
Kalau rasa kulit berminyak, melekit, berkilat? – Oily skin
Rasa ketat, kering, merekah? – Dry skin
Berminyak dekat kawasan hidung, dahi and dahi je, tapi bahagian pipi rasa biasa/kering – Combination skin
Tak rasa apa apa, rasa biasa je – Normal skin (So lucky!)

From my fav book: The Little Book of Skincare
Tapi for me, kulit muka kita ni ada dua zone.
1. Zone yang banyak hasilkan minyak – area hidung, dahi, dagu. Yang ni memang sentiasa rasa macam berminyak, tapi ada yang normal, ada yang terlebih lebih (oily skin). Sometimes I feel like I have dry skin, tapi kawasan hidung sometimes ada minyak sikit.
2. Zone yang kurang hasilkan minyak – area pipi & jawline (rahang). Yang ni kalau oily skin pun, pipi dia takde la teruk sangat berminyak, tapi still considered as oily skin. Bukan combination skin. 
Tapi kalau nak result yang paling tepat untuk tahu jenis kulit, boleh rujuk dekat pakar. Diorang boleh analysis jenis kulit and keadaan kulit. Result lagi tepat daripada buat test ni sendiri haha. Kadang kadang kalau yang buka booth untuk check kulit tu, pergi la try. Tak pun dekat stores pun ada jugak yang boleh check kulit kita, macam Innisfree, belif, Kiehls.
Bila dah tahu your skin type, baru boleh cari produk yang sesuai dengan kulit masing masing!
Hope it helps. Thanks for reading!
Kongsi dari : Iman Abdul Rahim