“Kenapa nak jual tudung? Industri kecil, tak boleh buat duit”

“Kenapa nak jual tudung? Industri kecil, tak boleh buat duit”

Out & About

“If you are willing to go far, then your design also is willing to go far” — Pengasas Jenama Waarna

 

 

WALAUPUN pernah mendapat kecaman daripada pelanggan yang melihat mereka hanya sebagai penjual tudung dan tidak boleh pergi jauh dalam industri perniagaan, pasangan suami isteri ini kekal optimis mampu membawa jenama mereka ke tahap yang diimpikan.

 

Kedua duanya pernah menjadi pensyarah selama 5 tahun di Perlis. Dan pada tahun ketiga, mereka mula berfikir untuk membuat sesuatu yang berbeza demi memperbaiki kehidupan yang lebih baik.

 

 

Ramai yang bertanya “Kenapa nak jual tudung?”

Penghijrahan Tengku Zadora yang juga merupakan pengasas Waarna, untuk berhijab menjadi titik mula dimana dia dan suami mendapat idea untuk membuat perniagaan tudung. Pada mulanya hanya sebagai bisnes part time sehingga tahun 2015.

Menyedari kebanyakan produk di pasaran mahal. Sesetengah tudung ada yang tidak mempunyai kualiti yang setanding dengan material. Lalu mereka berfikir untuk membuat bisnes tudung yang berkualiti dengan harga berpatutan, berkemampuan dan boleh diterima ramai.

 

 

Tengku Zadora dan suami mula menyertai sebuah event sebagai vendor. Ianya merupakan pengalaman kali pertama selama 3 hari berturut pasangan suami isteri ini menguruskan sendiri perniagaan mereka. Tiada rak, tiada rel, tiada dekorasi. Hanya meja, dua kerusi dan guni menyimpan stok. Jualan diluar jangkaan selepas satu hari berniaga.

 

Menyentuh soal rekaan tudung, Edzham Armin, suami kepada Tengku Zadora tidak gentar untuk cuba menambah nilai kemahiran dalam bidang reka bentuk grafik untuk menghasilkan rekaan tudung jenamanya bersama isteri tercinta.

 

 

 

Namun, usahanya hanya bertahan untuk beberapa ketika sahaja. Edzham yang pernah membuat rekaan tudung bertemakan funky, abstrak, tetapi tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Katanya lagi, pada waktu itu, pasaran lebih tertumpu kepada rekaan flora, chicky dan feminin.

 

“Tudung adalah industri yang tidak pernah berakhir. Kita boleh mencipta reka bentuk dengan kreativiti kita sendiri dan menterjemahkan reka bentuk dalam setiap cara kerana ianya tidak terhad.”

 

 

 

 

Pasangan optimis ini tetap meneruskan langkah dengan memilih platform online bagi melebarkan sayap Waarna selepas meraih ilmu perniagaan ketika berniaga di event.

 

“Bila bercakap tentang bisnes, semuanya berkenaan dengan financial, marketing, management. Kami tidak tahu apa-apa. Kewangan kami hanya bertahan selama beberapa bulan”

 

Oleh sebab tiada ilmu perniagaan yang formal, mereka hanya bertahan selama beberapa bulan sahaja. Walaubagaimana, ianya tidak mematahkan kejituan semangat mereka malah mula bangkit semula pada penghujung 2016. Kali ini mereka lebih bersedia.

 

 

 

 

“Kami mula berbisnes semula dengan 20 koleksi rekaan tudung dengan material yang berlainan, lebih berkualiti. Kami terima banyak feedback positif dari pelanggan dan terus menjual sehingga kini”

 

 

“tudung tidak boleh buat duit, industri ini kecil”

“Sejurus kami menceburi bidang perniagaan, kami terima banyak kecaman seperti “tudung tidak boleh buat duit, industri ini kecil”. Tetapi kami masih fokus pada diri sendiri kerana kami faham orang yang tidak pernah menceburi dalam industri ini tak akan pernah faham pasaran yang sebenar.”

Puan Zadora dan suami tidak mahu membuat sesuatu yang mudah, seperti hanya beli tudung ready made dan label semula dengan jenama sendiri. Mereka mahu membuat sesuatu yang bernilai. Mereka beranggapan sesuatu itu haruslah asli dari mereka. Sesuatu yang berbeza dan unik yang tidak ada orang lain lakukan lagi.

 

 


 

 

Dugaan & cabaran yang pernah dihadapi sepanjang 3 tahun ini

“Fundings. Macam yang saya cakap, mereka tidak nampak objektif kami. Mereka hanya lihat kami menjual tudung dan tiada potensi untuk pergi jauh. Susah untuk menyakinkan pelabur melainkan kami mula menjual produk lain. Produk yang pelbagai”

“Bukan senang untuk membawa masuk jenama di dalam shopping malls. Terlalu banyak tudung yang dijual. Walaupun kami beri banyak contoh seperti kasut, terlalu banyak jenama…tetapi berbeza dari segi cara jualan. Tetapi untuk tudung, sangat sukar. Mereka melihat ia hanyalah helaian tudung”

 

 

 

 

Maksud tagline “made for all” sebenarnya merujuk kepada produk yang sesuai untuk semua dan kami dalam perancangan untuk terlibat dalam social enterprise.

 

 

 

 

Pernah mencuba untuk menyertai bisnes bersama kiosk tetapi sering tidak memenuhi syarat-syarat yang dikeluarkan seperti tudung sudah banyak dijual oleh jenama lain dan merasakan jenama mereka tidak mempunyai potensi yang kuat untuk dijual.

Tengku Zadora dan suami tidak meletakkan jenama Waarna pada mana-mana tahap, sebaliknya hanya fokus kepada syarikat dan jenama mereka. Lebih menarik, produk yang dihasilkan juga akan dijual pada harga yang rendah dan berpatutan demi membantu mereka yang memerlukan.

 

 


Apa sebenarnya maksud WAARNA & “Made For All”

“Made for All” merupakan tagline jenama. Manakala WAARNA merupakan kombinasi antara woman accessories dan juga warna. Sebelum berakhirnya tirai 2018, mereka membuat satu kempen, memberi 1000 helai tudung Waarna kepada sesiapa sahaja secara percuma.

 

Tujuan kempen ini dilakukan untuk menyumbang kepada masyarakat bahkan sebagai langkah awal ke arah “social enterprise”. Tengku Zadora dan suami menyatakan bahawa jenama ini bukan hanya tudung malahan ianya juga boleh dijadikan sebagai skarf untuk aksesori dan sebagainya.

 

 

 

 

Perancangan dan harapan Waarna 5 tahun akan datang

 

Meniti hari-hari bergelar usahawan berjaya, baik Tengku Zadora mahupun suami, pastinya ingin melihat Waarna terus berkembang maju dan rancak mewarnai pentas antarabangsa satu hari kelak.

 

 

 

 

Buat masa ini Waarna mempunyai 4 kiosk iaitu di Nu Sentral, IOI City Mall, Alamanda dan Avenue K Modvier. Jika tiada aral, Waarna bakal meluaskan empayar di 2 sehingga 3 tempat dan dalam tahun ini juga mereka rancang untuk menambah produk selain tudung.

 

Mereka juga masih dalam perancangan untuk menyertai social enterprise, sementelahan untuk menyumbang kepada masyarakat seperti kes autism, warna mampu membantu golongan tersebut.

 

 

Facebook : @waarnaofficial