Khasiat Labu Bukan Sekadar Hanya Pada Kesihatan Sahaja

Khasiat Labu Bukan Sekadar Hanya Pada Kesihatan Sahaja

Kecantikan

We might not celebrate Halloween but pumpkin is good…

Khasiat-Labu-Bukan-Sekadar-Hanya-Pada-Kesihatan-Sahaja-1

Foto – Liputan6

Walaupun tak semua orang menyambut Halloween di Malaysia, tapi kita tetap menggunakan labu dalam masakan. Dan mungkin kamu belum tahu kebaikan labu untuk kecantikan juga.

Jom tengok apa kebaikan labu ini sebenarnya.

Kulit Berminyak

Jika kamu memiliki kulit yang sering berminyak, kamu boleh cuba menggunakan masker dengan mencampurkan satu sudu besar labu yang sudah dilenyek dengan satu sudu teh cuka epal.

Sapukan campuran tadi pada muka yang lembap dan biarkan sampai ia kering ataupun 30 minit. Kemudian bilas dengan air suam-suam suku dan seterusnya bilas dengan air sejuk. Selepas melakukan ini, kamu bolehlah sapu pelembap pada muka kamu.

Kulit Kering

Khasiat-Labu-Bukan-Sekadar-Hanya-Pada-Kesihatan-Sahaja-3

Kamu mempunyai kulit kering akibat duduk dalam bilik berhawa dingin? Cuba kamu campurkan 2 sudu teh labu yang telah dimasak atau labu tin dengan ½ sudu teh madu, ¼ sudu teh susu dan ¼ sudu teh krim putar.

Sapukan dengan rata pada muka kamu dan biarkan selama 10-15 minit. Masker ini membuang kulit kering, menyuburkan kulit kamu. Bilas dengan air suam dan sapu pelembap pada muka kamu.

Anti Penuaan

Khasiat-Labu-Bukan-Sekadar-Hanya-Pada-Kesihatan-Sahaja-4

Rasa macam rupa tak kena dengan usia? Kamu masih muda, tetapi orang panggil kamu akak. Ataupun kamu mahu kelihatan muda daripada umur sebenar?

Labu merupakan sumber Vitamin C yang bagus di mana ia merupakan antioksida yang hebat dan juga mengandungi beta karotin yang membantu dalam menterbalikkan kerosakan dari sinar UV dan memperbaiki tona dan keanjalan kulit kamu. Ia melindungi kulit daripada kerosakan radikal yang menyebabkan kedutan dan juga barah kulit.

Bintik Gelap

Khasiat-Labu-Bukan-Sekadar-Hanya-Pada-Kesihatan-Sahaja-5

Untuk memudarkan bintik gelap seperti bekas jerawat, sediakan masker dengan mencampurkan 1 sudu besar labu yang telah dilenyek, 1 sudu teh madu, 1 sudu teh jus lemon dan 1 sudu teh minyak vitamin E.

Sapukan pada muka yang lembap selama 30 minit ataupun sampai ia kering. Bilas dengan air suam-suam suku.

Jerawat

Khasiat-Labu-Bukan-Sekadar-Hanya-Pada-Kesihatan-Sahaja-6

Labu juga merupakan sumber Vitamin B yang baik seperti niacin, riboflavin, B6 dan folate. Niacin memperbaiki peredaran darah, oleh itu, ia bermanfaat dalam merawat jerawat. Folate pula meningkatkan peredaran darah di mana ia memperbaiki pembentukan sel baru.

Menggalakkan Pertumbuhan Rambut

Khasiat-Labu-Bukan-Sekadar-Hanya-Pada-Kesihatan-Sahaja-7

Labu kaya dengan mineral seperti zink dan kalium. Kalium membantu kamu mengekalkan rambut yang sihat dan membaiki pertumbuhan semula rambut. Zink pula membantu mengekalkan kolagen dan sebab itu ia memainkan peranan penting dalam menggalakkan rambut yang sihat.

Ia juga mengandungi folate, iaitu Vitamin B yang penting dalam merangsang pertumbuhan rambut dengan memperbaiki peredaran darah.

Perapi Rambut Kering

Khasiat-Labu-Bukan-Sekadar-Hanya-Pada-Kesihatan-Sahaja-8

Jika kamu mempunyai rambut yang kering, kamu boleh menyediakan perapi rambut yang mudah dengan menggunakan labu. Campurkan 2 cawan labu yang telah dipotong dan dimasak dengan 1 sudu besar minyak kelapa, 1 sudu besar madu dan 1 sudu besar yoghurt.

Kemudian kisarkan campuran tadi. Selepas itu tambahkan minyak kelapa dan madu untuk melicinkan tekstur campuran.

Sapukan pada rambut lembap yang telah disyampu, pakai topi mandi dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan bersih dan gayakan seperti biasa.

Foto – Google