Kini Giliran Datin Diana Danielle Pula Hasilkan Produk Kecantikan Tetapi Secara ‘HOMEMADE’!

Kini Giliran Datin Diana Danielle Pula Hasilkan Produk Kecantikan Tetapi Secara ‘HOMEMADE’!

Artis, Kecantikan

“Organika Beauty started with the passion to bring people back to basics and soak in the wonder of the healing properties of herbs, flowers, stones and colours.” – Datin Diana Danielle

 

Nama selebriti yang tidak asing lagi dalam bidang seni iaitu Datin Diana Danielle telah mengeluarkan produk kecantikan, “Organika Beauty”. Beliau yang bukan sahaja selebriti tetapi jugak seorang isteri dan ibu kepada dua orang anaknya, Muhammad dan Nur Aurora.   Kini, Datin Diana Danielle juga seorang ushawan yang membuat produk kecantikan menggunakan bahan-bahan organik dan yang lebih menarik lagi beliau membuatnya secara “Homemade”! Beliau telah menghasilkan 11 jenis produk kecantikan, jom OHFESYEN tunjukkan one by one!

 

#1 COKELAT FACE SCRUB (NP: 45.00 MYR)

“Chekelat Face Scrub” mempunyai serbuk koko kerana itu adalah bahan asasnya. Campuran gula organik, koko organik dan madu, direndam dengan argan dan minyak kelapa untuk kulit berseri yang sihat. Paling penting, ia berbau seperti coklat yang sedap sehingga anda semua ingin memakannya!

 

#2 CHEKELAT KISSES (NP: 25.00 MYR)

Gincu yang cute ini datang dalam pelbagai bentuk. Ia melembabkan bibir anda seperti lip balm kerana mempunyai vitamin E, Koko dan minyak argan untuk kelembapan maksimum. Gincu ini akan membuatkan bibir anda berwarna coklat apabila anda memakainya.

 

#3 FIRMING FACIAL MIST (NP: RM29.00 MYR)

Firming facial mist ini mengandungi antioksidan yang membantu menghalang keradangan yang meluas dan meneutralkan radikal bebas. Ia juga membantu untuk mencegah dan mengurangkan parut jerawat. Firming facial mist akan menjadikan kulit anda lebih bersih dan lembut!

 

#4 GREEN TEA CLAY MASK (NP: RM 55.00 MYR)

Green tea clay mask ini dibuat dalam bentuk serbuk dan anda perlu membancuhnya terlebih dahulu. Ia diisi dengan anti-oksidan dan tanah liat dimana ia mengeluarkan kotoran-kotoran dari kulit anda. Dan juga, ia membebaskan agen antibakteria untuk mengubati jerawat dan liang-liang yang belum dimasuki. Green tea clay mask ini sesuai untuk jenis kulit yang normal dan berminyak.

 

#5 HYDRAMOIST FACE MIST (NP: RM 35.00 MYR)

Super hydrating mist ini mengandungi aloe vera dan supervitamin. Ia dapat menyegarkan muka anda yang letih, dan untuk menambah sedikit penghidratan yang diperlukan oleh kulit anda!

 

#6 PINK FLAMINGO SORBET (NP: RM 45.00 MYR)

The Pink Flamingo scrub menjadikan kulit anda lebih lembut dan melembapkan dengan Argan oil & Evening Primrose, mengetatkan kulit dengan titisan lemon, dan mencerahkan kulit dengan adanya vitamin C. Terutamanya, baik untuk jenis kulit yang tidak sekata. Malah, tahukah anda bahawa lemon juga sangat bagus untuk menyegarkan pancaindera, membangkitkan minda yang membosankan dan letih.

*All Skin Types, Suitable for Sensitive Skin

 

#7 ROSE MINT FACE CLEANSER (NP: RM 30.00 MYR)

Rose Mint Facial Bar adalah penyelesaian yang hebat untuk kulit jerawat. Mint digunakan untuk mencegah dan menyembuhkan jerawat, rose water & rose powder sangat bagus dan sempurna untuk kulit sensitif atau radang kulit, dan mereka menggunakan dalam bentuk bar sabun supaya mudah untuk membersihkan liang-liang pori!

* Best for: Oily, acne prone & sensitive skin.

 

#8 SOULMATE CLEANSING FACIAL BAR (NP: RM 35.00 MYR)

Pencuci muka ini dapat membersihkan kulit muka anda secara mendalam, ia sangat baik untuk  membuka liang- liang pori yang tersumbat, kotoran dan minyak dari jauh di dalam permukaan dan menyuburkan kulit. Pembersih muka ini terdapat dua bahan yang bagus untuk kulit iaitu arang dan rose. Arang aktif dapat menarik bakteria, racun, bahan kimia, dan kotoran ke permukaan kulit untuk kulit yang sempurna dan melawan jerawat. Manakala rose mempunyai sifat menenangkan dan membantu mengurangkan kemerahan pada kulit anda. Ia sesuai untuk kulit sensitif, matang, sunburn.

*Best for: Acne-prone, oily, sensitive and combination skin

 

#9 SPARKLE FACE MIST (NP: RM 29.00 MYR)

Membantu menghilangkan minyak dan kotoran yang terkumpul di dalam liang tersumbat. Sparkle face mist ini mempunyai sifat emolien (pelembab) yang sangat baik untuk melembapkan kulit kering anda!

 

#10 UNICORN KISS LIP BALM (NP: RM 25.00 MYR)

Lipbalm ini melembapkan bibir anda, dengan tambahan vitamin E dan minyak argan untuk kelembapan maksimum. Apabila anda memakainya ia akan membuatkan bibir anda kelihatan soft dan pink!

 

#11 UNICORN KISS LIP SCRUB (NP: RM25.00 MYR)

Hilangkan kulit kering dan sel-sel mati di bibir anda. Ia dibuat dengan bahan organik iaitu Vitamin E dan minyak Argan untuk merawat bibir dan membuatkan bibir anda kelihatan lembap!

 

#11 UNICORN MELT FACE SCRUB (NP: RM45.00 MYR)

Unicorn melt face scrub ini bertemakan warna-warni untuk meningkatkan kesegaran kulit dan hari anda! Campuran minyak primrose dan Minyak Argan, gula dan Vitamin C untuk mencerahkan dan melancarkan kulit anda. Minyak yang digunakan bagi membantu melembapkan kulit kering, tetapi juga mengawal minyak berlebihan bagi kulit berminyak. Perwarna yang digunakan telah pun selamat dan diluluskan untuk guna di kulit muka anda!

 

Tunggu apa lagi? Jom la cuba!