Koleksi H&M Conscious Exclusive AW19 Kini Kembali Dengan Nostalgia 60an Sempena Ulangtahun Ke-10

Koleksi H&M Conscious Exclusive AW19 Kini Kembali Dengan Nostalgia 60an Sempena Ulangtahun Ke-10

OOTD, Out & About

Kembalikan nostalgia 1960an

hnm-conscious-exclusive-aw19-10th-anniversary-4

Foto – H&M

H&M Conscious Exclusive kini kembali dengan koleksi terbaru sempena ulangtahun mereka yang ke-10 dengan mesej yang jelas; siap sedia untuk bergaya. Mengimbau kembali pesta penuh glamor pada zaman dahulu kala, koleksi ini menggabungkan perincian mewah dan versatil untuk mengetengahkan semula fesyen lama yang tak lapuk ditelan zaman . Koleksi terbaru ini diperbuat daripada bahan-bahan kitar semula, antaranya tembaga, zink, kapas dan TENCEL X REFIBRA.

Koleksi AW19 Conscious Exclusive ini mula dijual secara ekslusif di hm.com pada 26 September ini.

 

hnm-conscious-exclusive-aw19-10th-anniversary-3

Foto – H&M

Pakaian yang romantis memainkan peranan membintangi edisi kedua koleksi Conscious Exclusive pada 2019. Gaun prom jacquard yang bercetak bunga mawar biru China dan gaun tulle berwarna dusty pink yang mencecah lantai adalah pakaian yang akan menarik perhatian ramai. Begitu juga dengan corak harlequin berlabuci, mini riben yang diikat comel – semuanya diperbuat daripada campuran poliester yang dikitar semula.

 

Sementara, sut baldu mewah polister yang dikitar semula dihiasi indah dengan tali pinggang yang diperbuat daripada gentian TENCEL™ lyocell dan bulu biri-biri; dan mantel bermanik yang sebahagiannya diperbuat dari manik kaca yang dikitar semula, baju baldu yang beropol diperbuat daripada poliester yang dikitar semula dan terdapat banyak pilihan pin rambut yang menarik dibuat daripada campuran zink dan tembaga yang dikitar semula menjanjikan hiasan yang hebat dan memukau.

 

hnm-conscious-exclusive-aw19-10th-anniversary-2

Foto – H&M

 

 

Ella Soccorsi yang merupakan pereka di H&M berkata,

hnm-ohfesyen-5
Foto – H&M