Koleksi Terbaru 3 in 1 Cakenis Habis Dijual Hanya Dalam Masa 3 Hari

Koleksi Terbaru 3 in 1 Cakenis Habis Dijual Hanya Dalam Masa 3 Hari

OOTD

Cakenis has something different for you, girls.

 

Hanis Zalikha, pengasas jenama Cakenis telah memberi kejutan buat peminat setia jenamanya. Beliau telah melancarkan koleksi terbaru yang memberi sedikit kelainan dimana ianya telah menjadi rebutan ramai wanita. Well..girls. So, can you all guess what it could be?

 

 

It is a bag! Girl’s forever bestfriend. The Basic Bag keluaran jenama Cakenis ini datang dalam set bersama tudung dan pouch. Ianya hadir dalam 3 warna iaitu hitam, kelabu dan dusty pink. Warna-warna tersebut merupakan Cakenis best selling shawl colours. Cuma kali ini, bukan hanya shawl, tetapi juga beg yang matching! It makes your life way easier, isnt it?

 

 

Rekaan beg yang minimalis ini sesuai untuk digayakan kemana sahaja pada bila-bila masa. Tidak kira sama ada ke kolej, pejabat mahupun kenduri kahwin! Ruang dalaman yang cukup luas untuk barang-barang keperluan dan extra pouch yang bikin ianya lebih sofistikated.

 

The Basic Bag mempunyai gold magnet manakala gold zipper bagi inner pouch. Ianya direka kemas, bertali panjang yang cantik terletak di antara bahu dan punggung.

 

Koleksi 3 dalam 1 ini dijual pada harga RM129 dimana ianya sangat berpatutan dan mampu milik. That is why it sold out in just a blink of an eye!

 

Love, Wawa Adam 

 Foto — Instagram @cakenis