Krim Pelindung Matahari Fizikal VS Krim Pelindung Matahari Kimia ? Yang Mana Lebih Baik ?

Krim Pelindung Matahari Fizikal VS Krim Pelindung Matahari Kimia ? Yang Mana Lebih Baik ?

Kecantikan

Mungkin masih ramai diantara kita yang beranggapan bahawa semua jenis pelindung matahari (sunscreen atau sunblock) yang dijual di pasaran adalah sama dengan fungsi yang sama iaitu menghalang daripada sinar UV menembusi kulit. Ternyata setelah membaca artikel Ohfesyen pada kali ini, kamu akan menyedari bahawa selama ini kamu telah tersilap. Tidak semua pelindung matahari (sunscreen) yang dijual di pasaran adalah sama fungsi dan kelebihannya. Jadi, kali ini Ohfesyen akan kongsikan kepada kamu jenis-jenis pelindung matahari (sunscreen) dan fungsi serta kelebihan dan kekukarangan masing-masing.

Pelindung Matahari Fizikal (Physical Sunscreen)

Pelindung matahari jenis fizikal mengandungi bahan mineral aktif seperti titanium dioksida dan zink oksida. Ia berfungsi dengan berada diatas lapisan kulit untuk memesongkan atau menghalang serta menghancurkan sinar UVA yang menghancurkan kulit. Pelindung matahari ini tidak meresap pada kulit dan pelindungan bermula sejurus memakainya.

Kelebihan Pelindung Matahari Fizikal :

  1. Menawarkan pelindungan terhadap terhadap UVA dan UVB dan secara naturalnya mempunyai spektrum yang luas.
  2. Melindungi kulit daripada matahari sebaik sahaja ia digunakan, tidak perlu menunggu .
  3. Tahan lebih lama apabila berada dibawah sinaran UV kecuali jika melakukan aktiviti fizikal yang menyebabkan kulit basah dan berpeluh.
  4. Kurang menyebabkan kerengsangan kulit. Ini menjadikannya sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.
  5. Sangat baik untuk mereka yang mempunyai kulit yang aktif apabila panas seperti yang mempunyai masalah rosacea kerana ia mengalihkan haba dan tenaga yang disebabkan oleh matahari jauh dari kulit.
  6. Kurang menyebabkan pori tersumbat menjadikannya sangat sesuai untuk kulit berjerawat.
  7. Jangka hayat lebih lama.

Kekurangan Pelindung Matahari Fizikal :

  1. Mudah hilang hanya dengan gosokan, peluh atau cucian, bermakna perlu untuk memakai dengan kerap jika berada di luar.
  2. Meninggalkan kesan putih pada kulit, menjadikan sesetengah produk tidak sesuai untuk kulit yang lebih gelap.
  3. Berkemungkinan terlalu legap untuk penggunaan harian dibawah solekan.
  4. Boleh menghasilkan lapisan yang jarang yang menyebabkan penghasilan peluh meningkat semasa melakukan aktiviti fizikal dan oleh itu membuatkan pelindung matahari mudah hilang.
  5. Berupaya menjadi pekat dan memerlukan tenaga yang lebih untuk menggunakannya.
  6. Boleh menyebabkan titisan putih terhasil pada kulit apabila berpeluh.
  7. Menyebabkan kurang perlindungan jika tidak menggunakannya dengan tepat dan secukupnya kerana cahaya matahari boleh menembusi melalui molekul pelindung matahari.

Pelindung Matahari Kimia (Chemical Sunscreen)

Pelindung matahari jenis kimia mengandungi sebatian organik (berasaskan karbon) seperti oxybenzone, octinoxate, octisalate dan avobenzone. Ia menghasilkan reaksi kimia dan bertindak dengan menukarkan sinaran UV kepada haba dan melepaskan haba tersebut dari kulit. Pelindung matahari ini perlu dipakai 10-20 minit kulit terdedah kepada UV.

Kelebihan Pelindung Matahari Kimia :

  1. Lebih cair berbanding pelindung matahari fizikal. Oleh itu, ia mudah untuk diratakan keseluruh kulit. Sesuai untuk kegunaan harian.
  2. Sedikit sudah memadai untuk melindungi kulit kerana tiada risiko tiada ruang antara molekul pelindung matahari selepas mengaplikasikannya.
  3. Formulanya membuatkan ia lebih mudah untuk menambah ramuan rawatan tambahan seperti peptida dan enzim yang menawarkan manfaat lain pada kulit.

Kekurangan Pelindung Matahari Kimia :

  1. Boleh menyebabkan peningkatan bintik-bintik coklat dan perubahan warna kulit yang disebabkan oleh suhu dalaman kulit yang lebih tinggi. (Ya, jika kulit terlalu panas boleh menyebabkan bintik coklat lebih buruk)
  2. Memerlukan 10 minit untuk ia kering dan menghasilkan lapisan perlindungan seluruh kulit selepas memakainya.
  3. Meningkatkan peluang iritasi terutama pada yang memiliki kulit kering dengan kerosakan penghalang kelembapan kerana pelbagai bahan yang digabungkan untuk mencapai perlindungan spektrum luas UVA dan UVB.
  4. Semakin tinggi SPF (SPF 50 atau lebih lagi) semakin tinggi risiko iritasi bagi jenis kulit sensitif.
  5. Perlindungan yang ditawarkan akan digunakan dengan lebih cepat apabila berada di bawah cahaya UV. Jadi penggunaan semula mestilah dengan lebih kerap.
  6. Meningkatkan peluang kemerahan untuk jenis kulit rosacea kerana ia mengubah sinaran UV kepada haba yang dapat memburukkan lagi kulit.
  7. Bahan-bahan kimia oxybenzone dan oxtinoxate telah diharamkan di Hawaii kerana menimbulkan risiko kerosakan terumbu karang apabila dipakai semasa berenang dilaut (untuk pelindung matahari tahan air dan bukan pelindung matahari kegunaan harian atau solekan dengan pelindung matahari). Pro tip: Apabila berada di pantai, gunakan pakaian renang lengan panjang perlindungan UV untuk mengurangkan pelindung matahari terlarut dalam air laut.
  8. Bergantung pada formulanya, ia mungkin menyebabkan pori tersumbat.
  9. Boleh menyebabkan pedih jika titisan termasuk kedalam mata daripada peluh.

Kedua-dua pelindung matahari baik fizikal atau kima akan memberikan kamu pelindungan yang terbaik daripada sinar UV jika betul cara pengunaannya. Namun apa yang terbaik adalah kamu kenalpasti dahulu jenis kulit kamu kemudian pilih pelindung matahari yang sesuai dengan kamu dan mengikut fungsi yang kamu inginkan. Apa yang terbaik untuk orang lain tidak semestinya baik untuk kamu. Dan apa yang paling penting ialah kamu membeli pelindung matahari yang sudah disahkan selamat.