Kulit Wajah Jejaka Ini Agak Teruk, Kini Pulih Sepenuhnya Selepas 3 Tahun. Paling Menarik, Hanya Guna Produk Drugstore!

Kulit Wajah Jejaka Ini Agak Teruk, Kini Pulih Sepenuhnya Selepas 3 Tahun. Paling Menarik, Hanya Guna Produk Drugstore!

Kecantikan

 

Masih ingat lagi tentang artikel jejaka kulit kusam yang pernah dikongsikan suatu ketika dahulu? Baru-baru ini, pengguna laman twitter @nurilhammmm pula berkongsi tentang perubahan kulit wajahnya dimana dia akui perubahannya itu atas pertolongan seorang blogger kecantikan terkenal.

Menurut Ilham, dia banyak membaca blog dan mencuba produk yang dicadangkan oleh blogger tersebut. Kondisi kulit mukanya agak kronik memandangkan kulit jenis berminyak.

Maka dia tidak boleh memakai pelembap dan pelindung cahaya matahari tetapi hanya memakai yang bertekstur ringan. 

Lain orang lain jenis kulitnya. Apa yang baik untuk orang lain tidak semestinya baik untuk kamu.

 

Rutin Siang 

 

Begitu juga dengan Ilham, dia yang hanya boleh menggunakan produk jenama Hada Labo kerana hanya jenama itu saja yang bersesuaian dengan kulit mukanya. 

 

Dia juga tidak menjaga pemakanan atau mengamalkan sebarang pantang larang sejak memakai produk penjagaan kulit wajah. Cuma mula menjauhi jari jemari daripada menyentuh mukanya. 

 

Rutin Malam

 

Menggunakan produk yang sama seperti rutin di siang hari, hanya menggantikan sunscreen dengan cleansing oil untuk rutin malam.

 

Juga tidak lupa untuk menambah sedikit produk pada penjagaan kulit wajahnya.

 

Produk Tambahan

 

Bagi produk tambahan, dia menggunakan ubat rawatan jerawat jenama OXY10 dan masker dari Hada Labo. Semua produk yang digunakan boleh didapati dengan mudah dekat mana-mana drugstore berdekatan! Yang penting kenali dahulu kulit wajah kamu dan buat kajian tentang apa yang diperlukan.

Goodluck!

Sumber : Twitter