Kylie Jenner Jual 51% Saham Syarikat Bernilai 600Juta Dolar

Kylie Jenner Jual 51% Saham Syarikat Bernilai 600Juta Dolar

Artis, Makeup, Out & About

You cant be serious Kylie?! Why?

Kylie -jenner-jual-51%-saham-syarikat-bernilai-600-juta-dolar-4

Kylie Cosmetics baru saja melancarkan koleksi terbarunya sempena Christmas yang bakal menjelang tiba. Peminat dikejutkan lagi dengan berita terbaru. Kylie Jenner telah menjual saham Kylie Cosmetics kepada syarikat terkemuka, Coty bernilai 600 Juta Dolar. Syarikat Coty yang memiliki sebanyak 77 jenama kosmetik antaranya Max Factor, Rimmel, Bourjois dan CoverGirl, telah membeli sebanyak 51% saham perniagaan Kylie termasuk Kylie Cosmetics dan Kylie Skin. Walaubagaimanapun, Kylie kekal menjadi wajah jenamanya dan menguruskan bahagian pemasaran kreatif.

Kylie Cosmetics ditubuhkan pada 2015, pada mulanya menjual Lipkit yang mempunyai lipstik cecair dan lipliner. Dia yang menggunakan pengaruh sosial media miliknya sebagai medium pemasaran produk jenamanya. Hasil jualan sebanyak 360 Juta membuatkan Kylie Jenner dinobat sebagai jutawan termuda di dunia oleh Forbes. 

Foto — Instagram @kyliecosmetics