Manfaat Dan Kegunaan Kelapa Untuk Kecantikan Dan Kesihatan

Manfaat Dan Kegunaan Kelapa Untuk Kecantikan Dan Kesihatan

Kecantikan

Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui selain dijadikan bahan masakan, kelapa juga mempunyai banyak khasiat dan kegunaan lain untuk kecantikan dan kesihatan. Memandangkan kelapa mudah didapati di Malaysia, Ohfesyen akan kongsikan beberapa khasiat kelapa dari aspek kesihatan dan kecantikan.

 

Khasiat Kelapa Untuk Kesihatan

Kelapa mengandungi lemak tepu yang tinggi yang tidak berbahaya. Ia juga mengandungi ‘Medium Chain Triglycerides’ yang merupakan asid lemak sederhana panjang. Asid lemak ini diserap secara berbeza oleh badan. Ia terus ke hati melalui saluran pencernaan dan seterusnya menjadi badan keton. Ini boleh memberi kesan terapeutik untuk gangguan otak seperti epilepsi dan Alzheimer. Antara khasiat kelapa untuk kesihatan ialah :

#1 Kandungan fiber

Kelapa tinggi dalam serat pemakanan iaitu sebanyak 61%. Serat kelapa memperlahankan pelepasan glukosa dan membawanya ke sel diamana ia ditukar menjadi tenaga. Ia membantu dalam melegakan tekanan pada sistem pankreas dan enzim yang mengurangkan risiko kencing manis.

#2 Mengawal kencing manis

Kelapa meningkatkan rembesan insulin dan penggunaan glukosa darah. Ia mengawal kencing manis dengan mempengaruhi hormon untuk kawalan gula dalam darah. Ia melambatkan kenaikan paras gula dalam darah dan membantu mengurangkan ‘glycemic cravings’. Kelapa bermanfaat untuk pencernaan yang cepat dan gejala lain yang berkaitan dengan pencernaan dan gangguan usus. Ia menyokong penyerapan nutrien dan galian sambil menyediakan serat makanan. Juga mengurangkan muntah dan loya.

#3 Anti-penuaan

Cyatokinins, kinetin dan trans-zeatin yang terkandung dalam kelapa mempunyai kesan anti-trombotik, anti-karsinogen dan anti-penuaan pada badan.

#4 Meningkatkan imuniti

Nutrisi kelapa sangat baik untuk sistem imuniti. Ianya antiviral, antikulat, anti-bakteria dan anti-parasit. Pengambilan minyak kelapa dapat membantu tubuh melancarkan rintangan terhadap virus dan bakteria yang menyebabkan penyakit. Pengambilan kelapa yang mentah dapat membantu merawat penyakit seperti infeksi tekak, bronkitis, jangkitan saluran kencing, cacing pita dan penyakit lain yang berkaitan mikrob atau bakteria.

#5 Merawat lemak abdominal

Kelapa juga bermanfaat dalam merawat lemak berbahaya di rongga abdominal. Lemak abdominal adalah yang paling berbahaya bagi semua lemak dan dikaitkan dengan pelbagai penyakit. 200 gram sajian kelapa setiap hari boleh menyebabkan pengurangan ketara dalam BMI dan lilitan pinggang dalam masa 12 minggu.

#6 Meningkatkan tenaga

Kelapa membantu meningkatkan tenaga dengan membakar lemak. Triglycerides yang terdapat dalam minyak kelapa meningkat penggunaan tenaga 24 jam sebanyak 5% yang menyebabkan penurunan berat dalam jangka masa panjang. Ia juga dikenali untuk mengurangkan rasa lapar. Ini secara langsung berkaitan dengan cara asid lemah dalam badan dimetabolismakan sebagai ketone untuk kesan pengurangan selera makan. Mereka yang menggunakan produk kelapa secara konsisten mempunyai kemampuan untuk tidak makan selama beberapa jam tanpa kesan hipoglikemia. Ia juga menggalakkan fungsi tiroid yang sihat dan membantu melegekan gejala keletihan kronik.

#7 Merawat epilepsi

Diet ketogenik adalah diet karbohidrat yang rendah yang digunakan untuk merawat pelbagai gangguan atau masalah. Aplikasi yang yang paling terkenal ialah merawat epilepsi dalam kalangan kanak-kanak. Diet ini melibatkan pengambilan karbohidrat yang sedikit dan pengambilan lemak yang banyak yang boleh menyebabkan peningkatan kepekatan keton badan dalam darah. Diet ini dapat mengurangkan kadar seizures pada kanak-kanak epilepsi secara dramatik.

#8 Melawan kanser

Nutrisi kelapa telah dipercayai mempunyai bahan anti-kanser terutama sekali berguna untuk merawat kanser kolon dan kanser payudara.

#9 Memastikan kamu terhidrasi

Air kelapa mengandungi elektrolit penting yang membantu mengekalkan hidrasi. Mereka yang sering melakukan senaman ringan dan aktiviti berat harus memasukkan air kelapa sebanyak yang boleh dalam diet mereka. Air kelapa menggantikan elektrolit yang hilang, memberikan penghidratan dan meningkatkan tindak balas imun. Ianya alternatif terbaik bagi air kerana ia lebih sedap rasanya berbanding air dan kaya dengan nutrisi.

#10 Menghalang jangkitan saluran kencing

Sifat diuretik semulajadi kelapa merawat jangkitan saluran kencing. Ia meningkatkan aliran air kencing untuk menghilangkan jangkitan secara semulajadi.

#11 Meningkatkan kolestrol darah

Kelapa membantu meningkatkan tahap kolestrol darah di dalam badan dan merendahkan risiko penyakit jantung. Lemak tepu dalam kelapa menaikkan kolestrol baik di dalam badan dan mengawal LDL kepada subjenis jinak. Penambahbaikan dalam faktor risiko kardiovaskular ini secara teorinya membawa kepada pengurangan risiko penyakit jantung.

#12 Sangat bermanfaat semasa hamil

Air kelapa adalah steril dan sangat bagus untuk perempuan hamil. Ia meningkatkan imuniti dan kesihatan ibu dan bayi dan menghalang jangkitan dan penyakit lain. Ia juga menaikkan tahap cecair amniotik untuk meningkatkan kesihatan keseluruhan janin.

#13 Tulang dan gigi yang sihat

Memakan kelapa secara kerap menyokong pembinaan tulang dan gigi yang sihat. Ia memperbaiki kebolehan badan untuk menyerap kalsium dan manganese dimana membantu pembinaan tulang. Ia juga mengelakkan osteoporosis, keadaan yang membuatkan tulang menipis dan rapuh dan hilang ketumpatannya. Jadi ianya alternatif kesihatan bagi mereka yang tidak bertoleransi dengan laktosa.

Khasiat Kelapa Untuk Kulit

Kelapa sering digunakan dalam bentuk minyak dalam industri kosmetik untuk meningkatkan kesihatan dan penampilan kulit dan rambut.

#14 Melawan kekeringan

Minyak kelapa, jika digunakan pada kulit dapat menghalang kekeringan dan kulit mengelupas dan menjadikan kulit lembap dan lembut. Ia juga menyokong kulit dan memperbaiki kerosakan kulit. Ia membantu memulihkan masalah kulit yang dipanggil neurosis, dimana keadaan kulit yang kering, kasar dan mengelupas. Ia juga mengurangkan keparahan dermatitis atopik yang terdedah kepada jangkitan seperti Staphylococcus aurous.

Penggunaan minyak kelapa membersihkan dan meneutralkan toxin, kulat dan bakteria pada lapisan luar kulit dimana ia bukan sahaja mendetoksifikasikan malah membina sistem imun dan perlindungan semula jadi kulit.

#15 Menghalang kanser kulit

Ia meningkatkan kelembapan dan kandungan lipid pada kulit dan menghalang kanser kulit dengan menghalang 20% sinaran Ultra Violet yang berbahaya. Ia boleh digunakan sebagai pelembap badan dan kulit kerana ia menghidrat kulit dengan menambah minyak semulajadi. Minyak kelapa juga boleh digunakan untuk membersihkan muka dengan menggosoknya dalam gerakan membulat.

#16 Meremajakan kulit

Minyak kelapa sangat baik untuk menjaga kulit agar sentiasa kelihatan muda dan cantik. Sifat antioksidannya meperlahankan proses penuaan dengan melindungi tubuh daripada radikal bebas berbahaya. Urutan dengan beberapa titis minyak kelapa setiap hari akan memastikan ia sihat dan licin. Sapukan pada kulit sebelum mandi. Ia akan membuka pori-pori ketika mandi dan akan membolehkan minyak menyerap kedalam kulit dengan efisyen.

#17 Kulit yang bersih

Memakan kelapa menghidratkan kulit dan menjadikan ia lebih muda dan lembut. Ambil satu sudu kecil minyak kelapa mentah yang tidak dimasak dan urutkan pada kulit. Ini akan meminimumkan wabak kulit, ruam dan iritasi dan akan mencantikkan kulit dari dalam jika diambil secara dalaman.

#18 Mengurangkan kesan penyamakan (tanning)

Air kelapa juga boleh membantu mengurangkan penyamakan. Campurkan fuller earth dengan air kelapa dan sapukan pada seluruh kulit. Biarkan selama 20 minit dan kemudian basuh dengan air sejuk. Sapukan ia dua kali seminggu untuk mendapatkan kulit tanpa ‘tan’.

#19 Merawat kulit berminyak

Air kelapa juga boleh digunakna untuk merawat kulit berminyak. Ia membersihkan minyak berlebihan daripada kulit dan menjadikan tona kulit lebih sekata. Air kelapa juga sangat berkesan untuk jerawat, bintik hitam. Buat pek muka dengan mencampurkan separuh sudu kecil kunyit, satu sudu kecil serbuk cendana dan air kelapa. Sapukan pada muka 3 kali seminggu untuk mendapatkan kulit yang licin dan berseri.

#20 Menanggalkan solekan mata

Minyak kelapa juga boleh digunakan untuk menanggalkan solekan mata. Letakkan beberapa titis minyak kelapa pada kapas dan lapkan mata dengannya. Ia menanggalkan solekan mata yang berat dengan efektif dengan memecahkan bahan-bahan dalam solekan mata. Ia juga mengekalkan hidrasi kulit.

#21 Skrub badan

Kelapa boleh juga digunakan sebagai skrub badan. Campurkan sedikit minyak kelapa dan secawan gula perang dan kacau rata. Akhir sekali kikiskan sedikit tempurung kelapa, tambah beberapa titis minyak essential dan kacau ia. Skrub sudah sedia digunakan. Boleh juga untuk mencampurkan 1 sudu besar air kelapa dan lentil untuk membuat pes. Gosokkan dengan lembut pada muka dan biar selama 2 minit kemudian bilas.

Khasiat Kelapa Untuk Rambut

Kelapa untuk rambut membantu merawat masalah rambut gugur. Air dan minyak kelapa dapat membantu merawat rambut gugur. Urutkan rambut dengan air kelapa atau minya kelapa sebelum mandi untuk menguruskan rambut yang tidak teratur dan mencegah kerosakan rambut. Ia juga menjadikan rambut lembut, licin dan terurus.

#22 Mencegah jangkitan kulit kepala

Sifat antibakteria dan antikulat kelapa melindungi kulit kepala daripada kelemumur, kutu dan kulit kepala gatal yang sering melambatkan pertumbuhan rambut.

#23 Rambut lebih sihat

Kelapa juga boleh membantu untuk mendapatkan rambut yang lebih bersinar dan licin. Vitamin K dan zat besi yang terkandung dalam kelapa mengekalkan kesihatan rambut dan menjadikannya lebih bersinar.

Sumber : Stylecraze

Love, Shahirah Jasman ♥