MANFAAT REMPAH RATUS DALAM KECANTIKAN KULIT

MANFAAT REMPAH RATUS DALAM KECANTIKAN KULIT

Kecantikan

Bukan saja untuk masakan tapi juga kaya dengan rahsia kecantikan semulajadi.

rempah-ratus-ohfesyen-1

 

Sis tahu pasti ramai yang sedar akan kegunaan rempah ratus pada kecantikan kita. Tapi sejauh manakah pengetahuan kamu terhadap rempah ratus yang sememangnya mempunyai banyak manfaat kepada kita? Mungkin kamu hanya sekadar tahu ‘rempah bermanfaat untuk kecantikan’ and full stop. No way! Masih tak cukup ilmu tu.

Fret not! Ohfesyen akan berkongsi serba sedikit mengenai rempah ratus yang mempunyai banyak manfaat!

 

1/5 Chamomile

rempah-ratus-ohfesyen-4

Bunga berkelopak putih ini bukan sahaja boleh dijadikan teh, malah dapat mengatasi keradangan kulit. Caranya dengan menggunakan uncang teh chamomile yang telah digunakan pada kawasan yang mengalami keradangan itu tadi. Bunga ini juga mempunyai sebatian istimewa iaitu alpha-bisabolol, ia boleh menyokong pemulihan kulit dan melicinkan garis dan kedutan.

 

2/5 Dandelion

rempah-ratus-ohfesyen-5

Tumbuhan liar berwarna kuning ini merupakan pilihan yang bagus untuk menyahtoksik daripada badan dengan menggunakan bahagian akar. Bunga ini juga mengandungi vitamin C, di mana ia dapat meningkatkan daya tahan tubuh dan mempercepatkan pemulihan kulit dan mengurangkan jangkitan.

 

3/5 Pokok Ruku-Ruku

rempah-ratus-ohfesyen-8

Pokok ini juga dikenali sebagai tulsi, ia digunakan secara meluas oleh bangsa India kerana ciri-ciri perubatannya. Ia mengandungi phytonutrient yang kuat yang boleh memulihkan luka dan mencegah jangkitan kulit.

 

4/5 Paprika

rempah-ratus-ohfesyen-9

Paprika diperbuat daripada lada dan bertindak sebagai vasolidator. Vasolidator merupakan situasi di mana saluran darah mengembang, menjadikan kulit tampak sihat dan berseri. Paprika juga mengandungi vitamin A untuk pembaharuan sel dan vitamin C untuk melindungi radikal bebas.

 

5/5 Kunyit

rempah-ratus-ohfesyen-10

Kunyit merupakan satu lagi rempah menawarkan anti keradangan yang boleh melegakan radang satu badan. Tambahan pula, sebatian bioaktif yang ada di dalam kunyit dikenali sebagai curcumin mempunyai sifat anti oksidan. Curcumin juga memberikan perlindungan daripada kanser kulit.

Love, Auni Nabihah ♥