Membuka Tudung di Hadapan Wanita Bukan Islam, Boleh Atau Tidak?

Membuka Tudung di Hadapan Wanita Bukan Islam, Boleh Atau Tidak?

Out & About

Sudah tentu persoalan ini sering berlegar-legar di fikiran kita yang bertudung.

Kadang-kadang serba-salah kita dibuatnya.

Bagaimana jika ada seorang wanita Muslimah yang menampakkan rambutnya atau membuka tudungnya di hadapan wanita Bukan Islam?

Cubalah kita renungkan sejenak ayat berikut:

“Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.” (QS. An-Nur: 31).

Apa yang dimaksudkan di sini adalah boleh menampakkan perhiasan wanita di hadapan wanita Muslimah, dan bukannya di hadapan wanita Bukan Islam.

Jadi jika kita masih berfikir-fikir untuk ke salon umum misalnya, sungguhpun ada disediakan ruangan khusus untuk wanita sahaja sekalipun, jika tukang gunting rambut atau shampoo girl itu wanita Bukan Islam, jika salon itu menutup tirai atau ada bilik khas sekalipun, tiada bezanya. Masih tetap tidak dibolehkan memperlihatkan rambut kepada mereka.

Kesimpulannya secara ringkasnya, jika membuka tudung di hadapan wanita Bukan Islam adalah tidak dibolehkan. Jangan sama sekali.

Mulai sekarang, jika boleh carilah salon rambut khusus untuk Muslimah atau Spa Muslimah sahaja.

Jangan kompromi dan usah kita ambil remeh hal-hal sebegini.

Jika kita masih memilih untuk mengunjungi salon universal, jika shampoo girl atau tukang gunting rambutnya adalah wanita Islam, selagi rambut dan aurat kita tidak terdedah secara openly, teruskanlah.

InshaaAllah, kita cuba memperbaiki diri selagi mampu. Apa yang boleh kita ubah, kita ubah walaupun, ia mengambil sedikit masa untuk adjust dan adapt kepada situasi.

 

 

Share dari : http://www.hijabista.com.my/trending/membuka-tudung-di-hadapan-wanita-bukan-islam-boleh-atau-tidak-1.639584