Meninggalkan Rutin Pembersihan Wajah Pada Waktu Pagi. Lihat Apa Yang Akan Terjadi Pada Kulit Muka Anda.

Meninggalkan Rutin Pembersihan Wajah Pada Waktu Pagi. Lihat Apa Yang Akan Terjadi Pada Kulit Muka Anda.

Kecantikan

Terdapat fakta mengatakan bahawa kita tidak perlu untuk melakukan rutin mencuci muka dengan pencuci muka setiap pagi. Benarkah? Bukankah kita seharusnya mencuci muka dengan pencuci muka untuk menanggalkan segala kekotoran dan minyak berlebihan yang terdapat pada kulit. Ternyata, ianya amat bagus jika kita merehatkan kulit muka kita daripada rutin pembersihan menggunakan pencuci muka. Ini kerana ia akan membolehkan kulit muka untuk membina semula dan mewujudkan halangan perlindungan lembapan semulajadi. Tanpa halangan yang kuat ini, kulit mungkin akan terdedah kepada persekitaran yang kotor dan tercemar yang membawa kepada masalah-masalah kulit.

MEMBENARKAN PRODUK PENJAGAAN KULIT PADA WAKTU MALAM MERESAP SEPENUHNYA

Menurut pakar, tiada keperluan untuk kita mencuci muka kita pada waktu pagi apatah lagi jika kita sudah mencuci muka pada malam sebelumnya. Hal ini akan membantu produk penjagaan kulit waktu malam menyerap dan bekerja dengan lebih baik. Namun jika kita mencuci muka pada waktu pagi, ia akan menyingkirkan minyak dan lembapan pada kulit yang dihasilkan pada malam sebelumnya hasil daripada produk penjagaan kulit yang digunakan. Jadi, untuk memaksimumkan keberkesanan pelembap dan serum, tinggalkan rutin pembersihan wajah pada waktu pagi. Jika kulit muka terlalu berminyak, cukuplah sekadar membersihkannya dengan menggunakan toner dan kapas muka.

MERANGSANG KELEMBAPAN

Dengan hanya menggunakan air untuk membersihkan wajah pada waktu pagi akan memberikan rangsangan kelembapan semula jadi pada kulit. Ini akan menjadikan kulit terhidrasi secara semula jadi dan ianya amat menyegarkan.

MENGHILANGKAN SEBUM DARIPADA WAJAH

Jika mencuci muka dengan pencuci terlalu kerap, ia menghilangkan minyak semulajadi pada wajah (sebum) dan membuatkan ia bertambah teruk kerana mengeringkan kulit. Jadi ia akan memaksa kulit muka untuk menghasilkan lebih banyak minyak untuk melawan dehidrasi supaya ia dapat mengunci air dalam kullit muka. Jadi membasuh muka dengan hanya menggunakan air akan membiarkan sebum yang terdapat pada wajah.

KULIT MUKA BEBAS DARI KEKOTORAN APABILA TIDUR PADA WAKTU MALAM

Kulit muka kita sebenarnya bersih, segar dan bersedia untuk pemulihan kulit melainkan jika kamu tidur dengan solekan di muka dan tidak melakukan rutin penjagaan kulit muka pada waktu malam. Jadi jangan pernah mencuba untuk menggunakan scrub muka atau exfoliator pada waktu pagi untuk mengelakkan daripada paras pH berubah.

APA YAG PERLU KAMU TAHU SEBELUM MENGAMALKAN RUTIN YANG SANGAT BAIK INI?

Pakar mencadangkan agar kamu percikan sedikit air sebagai contoh semburan muka, sebelum memakai pelembap supaya dapat mengunci kelembapan yang akan membuatkan kulit anda sentiasa hidrat dan berseri. Selain itu, rutin ini mungkin berhasil untuk sesetengah jenis kulit muka sahaja. Kulit muka berjerawat dan berminyak mungkin akan lebih sesuai jika mengamalkan rutin pembersihan wajah yang sempurna agar muka sentiasa segar.