Mesti Tahu! Kit Solekan Untuk Setiap Destinasi Percutian

Mesti Tahu! Kit Solekan Untuk Setiap Destinasi Percutian

Makeup

monumen bersejarah, rasa teruja itu sememangnya lain macam! Selain pakaian, kecantikan juga tidak harus dipandang enteng. Sebelum membanjiri laman Instagram, tentulah mahu  terlihat gorgeous bukan? Layangkan tip solekan agar wajah tampilsegar berseri kala ‘selfie’ merakam kenangan.

Check List Kembara Cantik

  1. Isi alat-alat solekan yang asas sahaja ke dalam sebuah beg kecil.
  2. Jangan lupa krim pelembap wajah bersaiz kecil,pelembap bibir dan botol pewangiminiaturekegemaran kamu.
  3. Bawa bersama titisan penyegar mata, pek tisu lembap antibakteria dan sebotol kecil face mist untuk menghidratkan kulit.
  4. Krim tangan bersaiz kecil dan krim pelindung sinaran matahariperlu sentiasa berada di sisi.

Solekan semasa penerbangan

Tatkala hati girang untuk melalui episod baru pengembaraan, wajah tetap perlu dirias cantik. Gusar dengan gaya solekan untuk dioles di wajah, cubalah idea mudah ini.

Idea solekan

  1. Layangkan solekan yang minimal dan semulajadi.
  2. Elakkan mengguna kanta lekap jika perjalanan mengambil masa yang lama. Ia akan menyusahkan kamu tatkala ingin tidur dan mata cepat kering keranaterdedah kepada penghawa dingin secara berterusan.
  3. Pemakaian bedak asas, pemerah pipi atau pembayang mata yang tebal akan mencomotkan wajah, terutamanya jika kamu tertidur dalam penerbangan.
  4. Periksa wajah kamu sebelum pendaratan.
  5. Apa kata gunakan gincu tahan lama dan maskara kalis air untuk kelihatan menawan sepanjang penerbangan.

Negara beriklim sejuk

Kamu perlu menyesuaikan jenis solekan agar dapat menghidratkan kulit yang kering.

Idea solekan:

  1. Pilih pembayang mata berona terang dan tampil minimalis dengan rona lembut pada pipidan bibir.
  2. Gunakan bedak asas yang dilengkapi pelembap.
  3. Penggunaan spansolekan akan menyerap pelembap semulajadi dari kulit kamu. Jadi, gunakan berus khas untuk meratakan cecair bedak asas.
  4. Sapukan lip balm di bawah lapisan gincu agar warnanya lebih terserlah. Suhu sejuk akan mengeringkan bibir.

Negara beriklim Panas

Cuaca panas menyukarkan solekan kekal di wajah. Iajuga boleh mendatangkan masalah pada solekan yang dikenakan. Namun, ia bukan alasan untuk tidak menjaga keterampilan diri!

Idea solekan:

  1. Gunakan solekan kalis air sepanjang percutian.
  2. Jika memiliki kulit berminyak, bedak asas jenis matte mampu meresap lebihan minyak.
  3. Gunakan alat solekan dengan formulasi ekstrak pudina, lemon, teh hijau atau timun yang mempunyai kesan mendingin serta menyegarkan kulit.
  4. Tidak disarankan menyapu krim pada wajah kerana kulit akan kelihatan berminyak dan melekit.
  5. Rahsia solekan yang bijak ialah memilih warna-warna matte agar kamu terlihat lebih semulajadi.

Percutian tepian pantai

Persiapkan diri ketika bersantai di tepi pantai kerana ia boleh merosakkan kulit tanpa disedari.

Idea solekan:

  1. Guna pelembap bibir dengan kandungan SPF sebagai pelindung bibir kerana kulit luaran bibir sangat sensitif dengan sinaran UV.
  2. Pastikan krim pelindung yang sesuai digunakan pada wajah dan badan kamu.
  3. Jangan lupa bawa pelembap semasa beriadah di tepi pantai kerana ia penting untuk keanjalan wajah.Sapukan pelembap sekitar empat jam sekali.
  4. Sapu tisu basah anti-bakteria di bahagian dahi setelah memakai topi atau skarf kepala untuk mengelakkan jerawat timbul.

 

 

Share dari : http://www.hijabista.com.my/trending/mesti-tahu-kit-solekan-untuk-setiap-destinasi-percutian-1.613305