Muka Bulat? Ini Potongan Dan Gaya Rambut Paling Sesuai

Muka Bulat? Ini Potongan Dan Gaya Rambut Paling Sesuai

Kecantikan, Out & About

Muka Bulat? Ini Potongan Dan Gaya Rambut Paling Sesuai

Orang muka bulat biasanya dikaitkan dengan kecomelan mereka.

Tapi tidak semua muka orang bulat berpuas hati dengan pujian itu. Mereka juga teringin tampak garang dan berani disebalik muka comel itu. Setuju tak? 

Pada anda yang memiliki wajah bulat comel tapi nak look fierce bak Beyonce, jom ikut tips Wanista untuk dapatkan potongan rambut yang sesuai untuk anda. 

#1 Teknik untuk muka anda tampak lebih panjang atau ada efek bujur sirih, sisirkan bahagian tengah rambut anda. Potongan layer pendek bahagian rambut depan manakala panjang dibelakang juga mencipta ilusi muka lebih bujur. 

 

Foto – Elle.com
#2 Back to basic! Seperti biasa buat belahan tengah rambut dan cipta sedikit kelainan dengan menolak rambut dibelakang telinga. Sesuai untuk mereka yang memakai anting-anting atau subang supaya ia memberi fokus kepada bahagian atas muka. 
Foto – Elle.com
#3 Tambah sedikit efek segar pada wajah anda dengan wavy dihujung rambut. Jangan ragu-ragu untuk sisir rambut anda ketepi untuk bermain ilusi mata pada si pemerhati. 
Foto – Elle.com
#4 Siapa kata si muka bulat tak mampu bawa rambut bergelombang besar? Cipta gulungan rambut dan sisir belahan rambut ketepi sebagai pelengkap gaya bold and classic
Foto – Elle.com
#5 Ingin tampak kemas tapi masih feminin, potongan gaya rambut bob paling sesuai. Belahan tepi dan sedikit fleek dihujung rambut beri tumpuan pada bahagian dagu lebih runcing. 
Foto – Elle.com
#6 Jangan takut nak berambut pendek! Pastikan anda bijak bermain dengan belahan rambut dan tarik sedikit bangs untuk beri efek 
Foto – Elle.com

Tak susah bukan?

Kongsi dari : Wanista