Jika diimbas kembali sejak tahun 2011 satu-persatu selebriti kita melakukan penghijrahan. Kebanyakan mereka berhijrah ketika nama berada di puncak.

Terbaru pelakon kecil molek Sari Yanti yang nampak semakin cantik setelah berhijab sebelum Syawal lalu. Begitu juga Liyana Jasmay yang cukup comel setelah berhijrah dan menurutnya tanpa ada paksaan.

Ramai yang menyukai gaya mereka sebaik melakukan penghijrahan. Walaupun sudah berhijab, follower mereka tidak berkurang sebaliknya makin bertambah.

Apa sahaja OOTD yang dimuat turun dalam laman sosial IG akan digayakan oleh peminat tegar selebriti ini.

Maka tidak hairanlah, kenapa follower  setiap selebriti boleh bertambah hingga ada yang mencecah angka juta. Setiap post yang dimuat turun boleh mencecah ‘like’ hingga ribuan dalam satu-satu masa.

Malah ada yang mengambil peluang ini untuk membuka empayar niaga dan seterusnya memberi peluang kepada peminat untuk mendapatkan apa juga barang yang dijual oleh mereka.

Bukan itu sahaja, ada sesetengah selebriti juga yang turut bermurah hati turut memberi ruang kepada follower mereka untuk mempromosi barangan sendiri dalam masa tertentu.

Sebenarnya dalam zaman teknologi ini, selebriti menggunakan medium sosial yang merupakan cara terbaik untuk berhubung secara terus dengan peminat di alam maya. Segala apa jua aktiviti atau perkembangan akan di war-warkan di sini untuk tatapan mereka.

Bagi pengikut yang cukup obses dengan selebriti mereka,  akan mempertahankan apa juga cacian hater dalam IG terhadap selebriti kesayangan mereka jika timbul sesuatu isu berbangkit.

Memang follower ini juga dianggap peminat fanatik dan kerana mereka juga ada antara selebriti yang mampu menjulang beberapa anugerah dalam platform medium sosial.

Bukan mudah sebenarnya untuk mendapat jumlah follower yang tingi kerana ada antaranya boleh hilang begitu sahaja jika ada post yang tidak disukai peminat mereka.

Jom kita lihat kedudukan 13 selebriti berhijab ini yang mana mempunyai follower di IG hingga mencecah jutaan pengikut.

#1. Neelofa  

@neelofa – 5M

Digelar ‘Queen of Trend’ mempunyai follower paling ramai di Malaysia. Mengumpul sehingga 5M dan pelakon, pengacara dan usahawan ini memang sentiasa mendapat like tertinggi dalam setiap post yang dimuat turun. Kebanyakan post OOTD Neelofa lain daripada yang lain. Memang beliau antara selebriti yang bijak bergaya.

#2. Datuk Siti Nurhaliza  

@ctdk – 4M

Baru-baru ini agak kontroversi apabila Siti memohon radio Era agar dapat memainkan lagu barunya yang telah dilancar sejak April lalu. Walaupun pelbagai dugaan menimpa, namun follower Siti tetap menyokong kerjayanya dari dulu hingga sekarang. Siti sering memuat post momen beliau bercuti bersama keluarga, makanan dan artis ini juga cukup gemar berselfie.

#3. Hanis Zalikha  

@haniszalikha – 3.7M

Mommy kepada anak lelaki Yusuf Iskandar ini melonjakkan follower hanis  sehingga mencecah 3.7M. Apa juga aktiviti bersama si kecilnya dikongsi di sini walaupun Yusuf juga mempunyai laman IG sendiri. Baru-baru ini terpancar kebahagiaan mereka sekeluarga yang sedang bercuti di Pulau Maldives. Memang buat ramai yang cemburu melihat setiap aksi mereka sekeluarga menikmati keindahan pulau berkenaan.

#4. Elfira Loy  

@elfiraloy  – 3.6M

Si kecil molek ini memang cukup aktif sekali di laman sosial. Ada-ada sahaja gambar atau video yang dimuat turun. Bergelar usahawan dengan label menjadikan el.elfiraloy seakan trend setter kepada followernya. Lebih menarik jika di selak di laman IG, Elfira turut menyelitkan gambar selfie bersama si dia, Suffian Suhaimi.

#5. Rozita Che Wan

@rozitachewan1 – 3.2M

Selebriti ini memang begitu gemar bergaya. Bukan sahaja ketika ada perayaan, malah untuk bercuti juga beliau sekeluarga akan bergaya mengikut tema. Penampilan Rozita Che Wan dari Top To Toe ini di laman IG menjadikan kita seronok untuk menyaksikan setiap gaya beliau. Seperti juga dirinya, anak daranya Aaishah Dhia Ranaa juga begitu pandai bergaya dan turut mempunyai laman IG sendiri. 

#6. Fatiya Latiff

@fatiyalatiff – 3M

Pelakon tinggi lampai ini mula berhijrah ketika tahun 2016. Walaupun ada kontroversi mengatakan Fatiya membuka hijabnya, namun follower beliau mempertahankan tindakannya itu. Fatiya juga begitu aktif di media sosial dan salah seorang penyokong tegar bola sepak tanah air. Lihat sahaja aksinya ketika hadir ke perlawanan menentang Indonesia tempo hari. Selain siap dengan jersi dia juga mengenakan lilit kepala bertulis Malaysia.

#7. Siti Nordiana  

@sitinordiana  – 2M

Selepas menjuarai rancangan Gegar Vaganza musim kedua, populariti Nana terus melonjak naik. Dengan gayanya yang sopan dan tidak begitu banyak kontroversi menjadikan penampilan nana menjadi ikutan di media sosial. Terbaru Nana bakal muncul dengan telemovie Cekelat Semanis Honey bergandingan dengan pelakon Fikry Ibrahim. Nana juga mengambil peluang bergelar usahawan memperkenalkan jenama @nanarayyanhijabs kepada peminatnya.

#8. Emma Maembong  

@emma_maembongofficial  – 1.9M

Pelakon kecil molek berdarah kacukan ini memang sangat simple dalam setiap aksinya. Boleh dilihat dalam laman IG di mana setiap posting yang dimuat turun memaparkan aksi sebenar Emma Maembong. Kelebihan pandai melukis yang diwarisi daripada ayahnya membuatkan Emma mengambil peluang mencipta hijab dengan lukisan tangannya sendiri. Pasti follower Emma sudah memiliki setiap koleksinya yang sangat cantik dan eksklusif ini.

#9. Erra Fazira

@errafazira – 1.9M

Selain Rozita Che Wan, Erra Fazira antara artis yang  sebaya dengan usia beliau memiliki follower hingga mencecah million. Mungkin kerana Erra dilihat antara artis yang masih aktif berlakon dan menyanyi dan dalam masa sama turut mempromosi shawl labelnyua sendiri @rarabyerrafazira. Ibu kepada seorang cahaya mata ini kini popular dengan drama My Darling Inspektor Daniel di saluran Astro Ria HD.

#10. Fara Fauzana

@therealfafau  – 1.6M

Bekas pengacara radio, Fara Fauzana juga masih lagi mempunyai follower yang setia mengikuti perkembangannya. Kini Fara banyak dilihat menjadi pengacara secara bebas dan beliau juga lebih banyak terbabit dalam aktiviti kemasyarakat. Gaya hidup bebas yang diamalkan oleh Fara menjadi ikutan pada pengikutnya di laman IG.

#11. Wawa Zainal

@w4w4_zainal – 1.4M

Pelakon berlesung pipit ini mempunyai cara tersendiri untuk mengumpul followernya. Ibu kepada dua cahaya mata ini dilihat sering memaparkan post bersama suami kesayangannya, Aeril Zafrel yang juga mempunyai follower mencecah 2M. Jadi tidak hairanlah kerana kedua-duanya begitu aktif berlakon dan juga turut bergelar usahawan.

#12. Liyana Jasmay

@liyanajasmay  – 1.2M

Baru sahaja berhijrah dan ternyata disambut baik followernya yang begitu setia mengikuti setiap perkembangan pelakon dan juga penyanyi ini. Sokonngan para peminat tidak terbelah bagi dan Liyana memang cukup comel apabila mengenakan hijab. Moga pelakon ini terus istiqamah dan tidak ‘no turning back’ yer.

#13. Diana Amir

@dianaamir – 1.1M

Admin paling suka melihat penampilan Diana Amir setiap kali memuat turun apa jua gambar atau status di laman IGnya. Sopan sekali penampilan Diana Amir sejak berhijrah pada tahun. Malah ada posting nasihat atau mutiara kata yang kita boleh jadikan panduan. Ibu kepada dua cahaya mata ini juga cukup rapat dengan pelakon Irma Hasmie dan Raja Farah yang juga begitu istiqamah dalam penghijrahan yang dilakukan.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM ARTIS

Share dari : Hijabista