Nekad Tinggalkan Kerjaya 10 Tahun Demi “Baby” nya.

Nekad Tinggalkan Kerjaya 10 Tahun Demi “Baby” nya.

Out & About

“if no challenge, no business there”  Pengasas Jenama Fancy Bawal 

Beliau merupakan seorang wanita, isteri, dan ibu berusia 35 tahun. Dahulunya bekerja dibawah majikan selama lebih 10 tahun lamanya. Masniwati Jemali yang juga pengasas kepada jenama Fancy Bawal ini akhirnya mengundurkan diri disebabkan kekangan masa untuk keluarganya.

“I want to do something I don’t feel bored”

Dia menyangka bahawa tidak semua orang gemar memakai rekaan bercorak berbanding rekaan plain. Dari situlah beliau mengambil keputusan untuk membuat perniagaan berasaskan tudung.

 

 

 

 

Permulaan bisnes yang agak mencabar

 

Pada awalnya beliau hanya menjalankan perniagaan secara sambilan kerana mempunyai pekerjaan tetap. Namun beliau akui tidak dapat memberi fokus sepenuhnya kepada perniagaannya itu. Pembelian adalah secara pre-order dan tempahan tiada had tetapi rekaan tersebut tidak akan dikeluarkan lagi.

Rekaan pertamanya adalah rekaan polkadot berona hitam dan putih. Beliau menggunakan material satin di bahagian border tudung tetapi tidak mendapat sambutan malah ada pelanggan yang mengadu tentang kesukaran untuk menggosok dan membasuh. Kemudian, beliau tanpa rasa putus asa terus mencari pembekal yang mempunyai kualiti material yang baik. Hanya mampu membuat satu rekaan untuk 20 helai tudung dalam masa satu bulan.

Beliau mula giat mencari agen dan aktif di laman facebook pada 2016.. Agak mengagumkan pabila dia mampu mencari seramai 38 agen meliputi hampir seluruh negeri

Adat resam berniaga pasti ada cabaran mendatang. Perniagaannya mula mendapat saingan dimana pesaing menggunakan material dan rekaan yang sama.

 


 

 “Be rare, be cute and be fancy”

Ianya tidak mematahkan semangat jati Masniwati malah beliau cuba mencari pembekal dari China dan Hong Kong. Walaupun menghadapi kesukaran dalam komunikasi antara pembekal, tambahan mereka hanya berurusan secara online, beliau menemui jalan penyelesaian mudah dengan cara melukis dan sebagainya.

Mengenai rekaan pula, beliau mencipta rekaan tudung sendiri kerana mahukan rekaan border tersebut menjadi sesuatu yang bernilai. Lalu, beliau menghasilkan rekaan kumpulan demi kumpulan dimana satu kumpulan untuk sebulan. Menyedari bahawa netizen kurang gemar akan perkara yang biasa, lalu beliau cuba menghasilkan pula rekaan karakter kartun yang pelbagai.

Sementelahan kebanyakan pelanggan yang membeli rekaan kartun adalah dalam kalangan guru-guru dan mereka yang bekerja secara formal. Golongan ini salah satu sasaran pelanggan yang merupakan pengguna tudung bawal.

Disember tahun lalu, beliau menghasilkan 30 rekaan dan kebiasaannya selepas closing beliau akan membuat pesanan baru. Setiap pesanan baru akan mengambil masa selama seminggu untuk disiapkan.

Beliau kemudian akan menghantar kesemua tudung secara pukal di kilang dan dijahit oleh tukang jahitnya sendiri. Terkadang beliau mengalami masalah apabila kesemua tudung yang dihantar itu tidak boleh dijahit. Ini kerana material jenis voile sangat nipis dan jika tidak dijahit dengan begitu teliti akan berlaku ketidakseragaman pada jahitan.

Lantaran itu, Masniwati mengambil keputusan untuk mengupah golongan “ibu-ibu” menjahit kerana ketelitian mereka lebih mendalam. Ada kalanya ibunya sendiri membantu beliau untuk menjahit tudung.

 

Bagaimana pula dengan strategi pemasaran?

Bercakap tentang marketing, beliau sendiri yang menguruskan seperti menghasilkan rekaan, pembukusan, mengambil tempahan, penghantaran secara pos dan cash on delivery dilakukan oleh rakan kongsi beliau iaitu Mohamad Hazizi. Hanya mereka berdua sahaja yang menguruskan fancy bawal ini. Selebihnya adalah dengan bantuan keluarga.

Dari segi pencarian agen pula, kebanyakan agen adalah daripada pelanggan sendiri. “Ada juga situasi dimana pelanggan memakai tudung Fancy Bawal, kemudian ada yang bertanyakan tentang tudung tersebut. Dari situ mereka bertanya tentang bagaimana ingin menyertai agen.”

Beliau menggunakan kaedah berbeza bagi penyertaan sebagai agen. Konsep beliau adalah bagi membantu suri rumah atau mereka yang memerlukan pendapatan sampingan untuk membeli keperluan seperti barang dapur. Beliau juga berpendapat bahawa pendapatan bulanan boleh membantu mereka dari segi keperluan sekolah anak-anak dan sebagainya.

Perancangan untuk meluaskan lagi perniagaan tudung yang dijalankan terhenti seketika kerana keyakinan yang tidak kukuh.

“Ada ke orang yang nak beli tudung aku?”

Beliau kini menyedari tentang sokongan daripada rakan-rakan, saudara mara, terutamanya suami dan keluarga. Mereka berpendapat tudung yang dihasilkan Masniwati itu berpotensi menjadi popular di Malaysia kelak.

Tidak lokek berkongsi strategi pemasaran yang diguna pakai, beliau akui sering aktif dalam membuat promosi di laman Facebook seperti membuat pelbagai peraduan untuk pelanggan dan juga Live di Facebook. Selain itu, beliau menggunakan

Facebook adds dengan meletakkan fotonya sendiri dan menggunakan akaun peribadi Facebook bagi menarik minat pelanggan.

Bagi agen-agen yang menjadi nadi jenama Fancy Bawal, Masniwati akan memberi ganjaran kepada mereka yang berjaya mencapai sasaran jualan setiap bulan. Beliau juga sering mengikuti perkembangan agen-agen dari semasa ke semasa.

 

Cabaran Selama Fancy Bawal Ditubuhkan

Soal cabaran menurutnya adalah ketika baru menceburi bidang perniagaan. Beliau yang pada waktu itu mengalami kesukaran membahagi masa diantara karier dan perniagaan. Sungguhpun begitu, Masniwati boleh dikatakan bertuah pabila dikurniakan seorang majikan yang baik hati dan sentiasa mendorongnya untuk membuat bisnes.

Kewangan juga merupakan antara cabaran yang dihadapi pengasas Fancy Bawal ini. Semasa beliau menjalankan perniagaan secara ready stock, beliau memperuntukkan wang yang lebih dalam satu masa kerana perbelanjaan kian meningkat dimana beliau perlu membahagikan wang tersebut untuk membayar sewa kedai pakaian yang dikongsi bersama rakannya.


 

Wujudnya pesaing memberi sedikit tekanan buat Masniwati. Selain dari material dan rekaan yang sama, ada juga yang meniru cara beliau mempromosikan produk jualan. Dengan budi bicara antara dua belah pihak, isu tersebut dapat diselesaikan dengan baik. Mengakui perniagaannya pernah diambang kejatuhan disebabkan satu krisis diantara jenamanya dan satu jenama terkenal di Malaysia.

Melalui pelbagai jatuh bangun selama hampir tiga bulan, beliau tidak pernah berputus asa malah menjadi lebih positif dan berpegang pada kata-kata “If no challenge, no business there”

 

 

Kekuatan Dan Masa Hadapan Fancy Bawal

 

“Saya sangat takut memikirkan semua ini”

Keadaan ekonomi yang tidak menentu membuatkan beliau berfikir untuk menghasilkan tudung bercorak. Menyedari rata-rata netizen mengetahui tentang tudung bercorak tetapi ada diantara mereka yang mencari tudung yang berbeza dan

punya kelainan tersendiri. Maka, dia mampu menonjolkan jenamanya sementelah material yang digunakan juga berbeza.

Katanya lagi, tudung masih boleh dijual walaupun per kumpulan. Hal ini kerana beliau hanya meletakkan sasaran pada tahap sederhana dan mahukan pelanggan yang “easy to buy”

Lebih menarik, beliau mendapat harga istimewa daripada pembekal dari China. Buat masa kini beliau hanya mengeluarkan koleksi tudung satu batch dalam satu bulan. Dalam perancangan bagi tahun 2019 ini, Fancy Bawal bakal mengeluarkan dua batch dalam satu bulan.

Mendepani hari-hari mendatang pastinya lebih banyak liku pengembaraan dalam dunia perniagaan. Menjadi impian Masniwati untuk memiliki butik Fancy Bawal dan bakat dibawah naungannya sendiri. Beliau juga bercadang untuk mencari agen-agen di seluruh negeri dan mahukan setiap negeri mempunyai agen Fancy Bawal.