Oh Noo!! “Beauty Hacks” Ini Sebenarnya Boleh Membuatkan Kulit Kamu Bertambah Buruk.

Oh Noo!! “Beauty Hacks” Ini Sebenarnya Boleh Membuatkan Kulit Kamu Bertambah Buruk.

Kecantikan

Jika dilihat trend “beauty hack” ini semakin berleluasa bukan sahaja di Malaysia namun di seluruh dunia. Ada sahaja video atau post yang dikongsikan di Internet dan laman sosial seperti Instagram, Twitter dan Facebook. Tidak dinafikan sesetengah beauty hack ini berguna untuk rutin seharian selain dapat menjimatkan wang daripada membeli produk kecantikan yang mungkin agak mahal. Namun harus diingati, tidak semua beauty hack itu baik untuk kulit kamu dan jika tidak bernasib baik ia akan membuatkan kulit kamu bertambah buruk. Jadi pada artikel kali ini, Ohfesyen akan kongsikan kepada kamu beberapa beauty hack yang mungkin akan memburukkan lagi keadaan.

#1 Strip pori diperbuat daripada susu dan gelatin

Hack untuk DIY strip pori dengan menggunakan susu dan gelatin. Secara amnya ia berfungsi sama seperti Biore Deep Cleansing Pore Strip. Jika kamu mencuba hack ini kamu pastu dapat menjimatkan wang dengan membuat sendiri strip pori ini namun sanggupkah kamu meletakkan DIY strip ini pada muka kamu. Pertamanya campuran susu dan gelatin ini berbau sangat teruk kerana susu akan bertukar menjadi masam bila dicampurkan dengan gelatin. Kedua, ia sangat susah ditanggalkan apabila strip sudah mula mengeras dan ia mengeras dan kering dengan cepat. Hack ini juga tidak memberikan hasil yang terbaik jadi elakkan dari mencuba hack ini dan belilah strip pori.

#2 Pulihkan jerawat dengan ubat gigi

Tidak dinafikan ubat gigi mampu mengeringkan jerawat namun ia tidak menenangkan atau melegakan kulit disekitarnya. Jika kamu pernah mencuba merawat jerawat dengan menggunakaan ubat gigi pasti kamu tahu ia akan meninggalkan kesan kemerah-merahan pada kulit. Ia juga tidak membantu mengilangkan parut kerana jerawat yang sudah kering mungkin akan menjadi sangat kering disebabkan pudina dan hidrogen peroksaid yang terkandung dalam ubat gigi.

#3 Jus lemon mencerahkan kulit

Tiket untuk keradangan dan kerengsangan kulit. Hanya setitik jus lemon akan membuatkan penampilan kamu kurang menarik. Walaupun ia tinggi dengan kandungan vitamin c dan antioksidan namun ia bukanlah untuk diletakkan diatas permukaan kulit. Ia terlalu berasid untuk kulit muka yang halus. Selain itu, jika kamu terdedah kepada matahari, asid daripada jus lemon mungkin akan menyebabakan reaksi kimia dan menjadikan kulit teriritasi.

#4 Mask muka daripada telur mentah

Hack ini dikatakan dapat menegangkan kulit, mengurangkan kedutan dan memudarkan pigmentasi dengan hanya satu sesi. Ia hanya berhasil untuk sementara waktu sahaja pada permukaan kulit. Walaupun ia memberi kesan yang cepat namun ia tidak bertahan lama seperti yang kamu harapkan. Jika kulit kamu jenis kulit berjerawat, kamu perlu elakkan hack ini kerana telur mentah boleh menyebabkan pori tersumbat dan menyebabkan masalah jerawat bertambah teruk. Selain itu, kuman salmonella yang menyebabkan keracunan makanan itu wujud dan siapa tahu apa yang dia boleh lakukan pada kulit muka.

#5 Gunakan deodoran sebagai primer

Deodoran digunakan dimana? Yang pasti ia bukan di muka bukan? Secara logiknya kamu tidak sepatutnya menggunakan produk yang dikhaskan untuk ketiak pada muka. Menggunakan deodoran sebagai primer mungkin kedengaran agak mustahil pada awalnya kerana deodoran me-matte-kan ketiak bukan? Namun hakikatnya, deodoran menghalang peluh, bukan menghalang minyak. Bahan yang digunakan dalam deodoran juga mungkin tidak selamat untuk digunakan pada muka. Kamu berisiko untuk mengalami masalah kulit berjerawat dan berminyak.