OHFESYEN EVENT — Sekitar Majlis Pelancaran Jenama Inner Terbaru, VeryMe.

OHFESYEN EVENT — Sekitar Majlis Pelancaran Jenama Inner Terbaru, VeryMe.

Out & About

 

Baru-baru ini Ohfesyen telah berpeluang untuk bekerjasama dengan satu jenama anak tudung terbaru di Malaysia iaitu VeryMe untuk mengadakan sebuah majlis pelancaran produk bagi memperkenalkan lagi jenama VeryMe kepada orang ramai. Majlis yang dimeriahkan seramai 50 orang tetamu dalam kalangan influencers dan VIP ini telah berlangsung pada 16 November yang lalu dan bertempat di Ruang Event Space Shah Alam. Entri Ohfeyen pada kali ini akan memperlihatkan rangkuman sepanjang majlis pelancaran berlangsung.

 

 

Idea kolaborasi majlis pelancaran ini datangnya dari Ohfesyen sendiri kerana Ohfesyen melihat satu potensi yang ada pada VeryMe untuk lebih berkembang dan dikenali ramai terutamanya wanita muslimah di Malaysia. Walaupun VeryMe adalah satu jenama baru dipasaran, namun dengan konsep tradisional dan moden yang dibawa oleh jenama ini membuatkan VeryMe mendapat tempat dalam dunia fesyen muslimah di Malaysia dan seterusnya antarabangsa.

 

 

Ms. Avelyn Tio, Chief Brand Planner telah memperkenalkan produk-produk VeryMe iaitu, VeryMe snowcap dan VeryMe ninja neck. Setiap jenis anak tudung VeryMe hadir dalam 3 warna iaitu hitam, kelabu dan ungu muda. Lebih menarik, setiap pembelian set anak tudung VeryMe, pelanggan akan turut mendapat Bring Me Bag, iaitu sebuah mini pouch yang boleh digunakan untuk menyimpan anak tudung, make up, duit syiling dan sebagainya. Bring Me Bag hadir dalam 8 warna yang boleh dipilih oleh pelanggan sendiri.

 

Tetamu juga diperlihatkan dengan koleksi VeryMe yang diperagakan oleh model. Apa yang menarik tentang peragaan pada majlis pelancaran tersebut adalah, produk VeryMe telah diberikan perincian batu permata dari Swarovski sekaligus menampakkan produk Very Me ini sangat eksklusif dan versatile. Perincian batu Swarovski pada anak tudung merupakan idea segar dan berani dimana ianya memberi kelainan pada jenama VeryMe sendiri. 

 

Selain dari peragaan produk VeryMe oleh model, tetamu yang hadir juga dapat berkongsi sedikit tips cara penggayaan tudung dan anak tudung yang betul. Tips tersebut telah dikongsikan oleh Michelle Son, seorang jurulatih imej dan gaya yang bertauliah.

Beliau juga merupakan perunding imej profesional yang disahkan oleh ByFERIAL, NLP Praktisi & Coach yang disahkan oleh ABNLP, seorang jurusolek dan pakar terapi kecantikan yang terlatih. Michelle berpengalaman dalam industy kecantikan dan estatik selama 20 tahun.

Dalam sesi perkongsian tips imej dan penggayaan tudung, Michelle telah berkongsi jenis-jenis tudung atau shawl yang tidak begitu sesuai untuk digayakan dengan tiga warna anak tudung VeryMe dan jenis-jenis tudung atau shawl yang sesuai untuk digayakan dengan tiga warna anak tudung VeryMe.

 

 

Kemuncak acara adalah sesi memotong kek menandakan pelancaran produk VeryMe oleh Avelyn dan Wawa, wakil dari Ohfesyen sendiri.

 

Diharap VeryMe akan lebih sukses selepas majlis pelancaran ini dan lebih dikenali dan mendapat tempat di hati muslimah di Malaysia dan juga antarabangsa.

 

Foto sekitar majlis pelancaran 

OFFICIAL VIDEO: Youtube ( Ohfesyen )

Emcee: Ereen Marican 

Photographer: Farid Khalid

Videographer: Zassstudio

Cake: Crusty Cakee

Crew Tshirt: Fafafo Printing

Doorgift: Fafafo Printing | VeryMe

Banner & Backdrop: Big Idea