OUTFIT UNTUK HIJABI KETIKA MELANCONG

OUTFIT UNTUK HIJABI KETIKA MELANCONG

OOTD

f5

Sumber : nrsykrzlni

Sejak akhir-akhir ni, makin ramai yang panjang langkah, melancong sana-sini. Banyak betul duit korang ye. Tapi baguslah, jauh perjalanan luas pemandangan gitu. Seronok betul tengok instagram penuh gambar-gambar orang melancong. Sis pulak hanya mampu berangan sampai ke bintang~

Walaupun kerap melancong, penampilan pun kena jaga okay. Nanti orang luar pandang kita “she looks so horrible”. Memalukan je. Bergaya tak semestinya perlu memakai outfit yang over atau melampau. Cukup melindungi kulit dari terik matahari ataupun cuaca sejuk terlampau.

Bukan apa, kulit perempuan ni sensitif. Terdedah dengan panas sikit, nanti kulit burn, korang juga yang menangis terlentang. So, wajib lindungi kulit tu sebaik mungkin. Pastikan juga outfit kamu itu kemas dan tak terlampau sarat.

Kesesuaian outfit juga perlu dijaga. Jangan pula baju warna shocking pink, jacket warna emerald green. OMG! Nanti orang keliling fikir kamu seorang badut berjalan di kaki lima. Kahkah! 

 

Nah, ini antara outfit melancong yang sis rasa sangat simple dan masih fesyenista! 

#1

Ini the best outfit untuk ke pantai yang boleh contohi. Walaupun seorang hijabi, ia tidak menghalang sama sekali untuk kamu bergaya sambil melancong. Seperti yang model ni pakai, dia hanya menyarungkan baju lengan panjang & seluar seperti legging berwarna hitam. Tambahkan kain yang boleh diikat tepi, seperti pareo. Kenapa perlu beli bila kamu boleh recycle pakaian yang sedia ada !? Guna je selendang yang kamu ada. Kaca mata hitam & topi juga perlu untuk melindungi dari panas terik. Bahaya untuk mata jika tak dilindungi.

DIY PAREO UNTUK KE PANTAI


 

#2

f2

Sumber : nrsykrzlni

KOREA! Untuk hijabi yang melancong ke negara sejuk pula, boleh la contohi model manis ni bergaya. Simple yet comfy! Cukup untuk melindungi kulit dari sejuk terlampau dan outfit yang selesa untuk berjalan kemana saja! Bila berjalan jauh, kasut merupakan peranan utama yang perlu kamu titikberatkan supaya kamu boleh berjalan jauh tanpa hiraukan lecet di kaki. Penyelesaian terbaik adalah dengan memakai boot ataupun sportshoes. Kasut yang lembut  dan menutup kaki kamu sepenuhnya.

#3

f3

Sumber : khalidakmrzmn

Bagi negara Asia, cuaca yang kadang panas kadang sejuk, cukup dengan outfit on-the-go dan kemas. Seperti kamu pergi berjalan di Malaysia juga. Pakailah outfit yang simple & selesa tetapi masih cantik sedap dipandang! Tak perlu terlalu sarat, makeup 10 inci, eyeshadow biru kuning, kasut tumit tinggi 5 inci, siap jacket bulu-bulu. Hoi mak jemah! kau nak ke mana? 

#4

f4

Sumber : yattmohdnoor

Satu lagi contoh menarik seorang hijabi yang melancong ke Europe! Tengok saja outfit si dia, sangat selesa, simple dan masih lagi mengekalkan fesyen up-to-date. Mudah kan? Dengan hanya menyarungkan seluar hitam & sneakers putih, sudah cukup tampak hijabista-nya disitu – jacket untuk melindungi kulit dari kesejukan dan juga bawal crepe. Yes bawal crepe! “Simplicity is the keynote of all true elegance”

 

Semua tudung yang model pakai  boleh cuba usha dekat TUDUNG2U okay?