Perkahwinan mengikut adat tradisi Hindu. Nick Jonas dan Priyanka Chopra kini sah bergelar suami isteri.

Perkahwinan mengikut adat tradisi Hindu. Nick Jonas dan Priyanka Chopra kini sah bergelar suami isteri.

Artis, Wedding

Nick Jonas, 26 tahun, seorang penyanyi, penulis lagu, pelakon dan penerbit Amerika dan Priyanka Chopra, 36 tahun, seorang pelakon India, penyanyi, pengeluar filem, dermawan dan pemenang Miss World 2000 telah disatukan dalam majlis perkahwinan Hindu tradisional yang bertempat di Istana Taj Umaid Bhawan di Jhodpur, tempat asal pelakon wanita tersebut pada Ahad lalu sehari selepas mereka disatukan dalam majlis perkahwinan mengikut tradisi Kristian di lokasi yang sama.

View this post on Instagram

It all began as a fierce song & dance competition between the families but ended, as always, as a huge celebration of love.  Nick and I were looking forward to the Sangeet (musical evening), another pre wedding ritual.. and to see what each side had put together. And what a performance it was. Each family telling our stories through song and dance, filled with lots of laughter and love. We were both filled with gratitude for the effort, the love and the laughter and will carry the memories of this special evening for the rest of our lives. It is an amazing start to a lifetime of togetherness for our families and friends…#grateful @nickjonas 📹/📷: @calebjordanlee @josevilla @josephradhik

A post shared by Priyanka Chopra (@priyankachopra) on

 

Majlis mereka berlagsung di perkarangan istana dengan berlatarbelakangkan Kubu Mehrangarh. Khemah setinggi 40 kaki dihiasi dengan bunga-bunga merah menurut Hindustan Times. Priyanka mengenakan busana berwarna merah yang sungguh indah dari Sabyasachi menurut India’s Time News Network.

Antara ahli keluarga Jonas yang turut hadir menyaksikan hari bersejarah paasangan tersebut termasuklah kedua ibu bapa Nick, Denise Jonas dan Kevin Jonas Sr., adik-beradik Nick, Kevin Jonas dan isteri, Danielle Jonas, Joe Jonas dan tunangnya, Sophie Turner serta Frankie Jonas.

View this post on Instagram

Family.

A post shared by Nick Jonas (@nickjonas) on

 

Ia kelihatan sangat indah apabila Nick mengikuti adat tradisi Hindu dan mereka saling menghormati tradisi masing-masing.

Adat tradisi Hindu mempunyai beberapa upacara seperti Nick tiba di sebuah ghodi, atau kuda. Kemudian Nick dan Priyanka bersama-sama menunggang gajah sebelum mengambil bahagian dalam majlis pertukaran varmala atau garland iaitu kalungan bunga. Disebelah petang pula, pasangan pengantin dan juga tetamu menghadiri jamuan makan malam dan sebuah parti diadakan pada tengah malamnya pula.

 

Beberapa jam sebelum majlis perkahwinan Hindu, Priyanka mengambil bahagian dalam ritual Haldi, dimana pes Haldi digunakan untuk menangkis mata-mata jahat dan membawa nasib yang baik. Kemudian diteruskan lagi dengan upacara Chooda, dimana Priyanka diberikan 21 gelang daripada ahli keluarganya dan upacara safa. Menurut Times News Network, skema warna pada acara-acara tesebut adalah pink, orange dan purple dan dihiasi dengan bunga marigold.

 

Awal minggu ini, ahli keluarga pasangan ini berkumpul di India untuk upacara pra-perkahwinan mereka antaranya upacara puja iaitu perbuatan menunjukkan penghormatan kepada tuhan, roh atau aspek lain melalui doa, sembahyang, lagu dan ritual, yang berlangsung di rumah ibu Priyanka di Mumbai, upacara Mehendi dimana semua ahli keluarga pengantin berkumpul sementara pengantin perempuan memakai henna pada tangan dan kaki, dan pertandingan tarian Sangreet dimana semua ahli keluarga pengantin berkumpul untuk acara tarian Bollywood dan tarian barat.

 

Nick dan Priyanka mengumumkan hubungan mereka beberapa bulan lalu berikutan tersebarnya banyak khabar angin tentang mereka berdua dan mengumumkan pertunangan mereka pada Julai dan upacara pertungan telah diadakan di India.

Ohfesyen mengucapkan tahniah kepada pasangan yang sama cantik sama padan ini dan semoga perkahwinan yang dibina dipenuhi dengan kegembiraan buat selamanya.

 

 

Info – E!News