Produk Kosmetik Ini Ternyata Sangat Bermanfaat Kepada Masa Dan Ruangan Meja Solek Dan Beg Kamu!

Produk Kosmetik Ini Ternyata Sangat Bermanfaat Kepada Masa Dan Ruangan Meja Solek Dan Beg Kamu!

Makeup

Jika dilihat sekarang ini terlalu banyak kemunculan produk-produk kosmetik di pasaran baik pasaran tempatan mahupun antarabangsa. Kemunculan barang kosmetik ini boleh diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Masing-masing punyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri dan punyai peminat atau pelanggannya tersendiri. Ramai juga jurusolek professional tempatan dan antarabangsa yang mengeluarkan jenama kosmetik mereka sendiri dan tidak kurang juga selebriti popular tempatan dan antarabangsa yang turut mengeluarkan produk kosmetik mereka.

Baru-baru ini admin ada menonton video di Youtube oleh salah seorang vlogger kecantikan dari Indonesia, Suhay Salim yang mencuba produk kosmetik daripada jurusolek yang berasal dari Sweden, Linda Hallberg.

Linda Hallberg Cosmetics telah dilancarkan pada tahun 2016 namun produknya masih belum dikenali ramai di Malaysia tetapi boleh dikatakan popular di luar Malaysia. Ramai juga jurusolek dan vlogger kecantikan yang membuat review tentang produk Linda Hallberg Cosmetics ini. Setakat ini produknya belum dijual di Sephora atau kedai-kedai kosmetik yang lain. Namun terdapat satu laman web yang menjual produk Linda Hallberg iaitu Beauty Bay dan mereka boleh melakukan penghantaran ke Malaysia, jadi bolehlah kiranya jika kamu berminat untuk mencuba produk Linda Hallberg Cosmetics ini.

Mari kita lihat dengan lebih lagi antara produk yang digunakan oleh Suhay Salim dalam videonya.

Blossom Lip Oil

Blossom Lip Oil secara umumnya adalah produk pelembap bibir. Bahan yang terdapat dalam produk ini adalah cornflower yang asli dan minyak buah markisa yang berkhasiat. Ia dapat melembapkan bibir yang kering dan juga memberikan kesan berkilau pada bibir. Selain dari fungsi melembapkan bibir, produk ini juga mempunyai pelbagai kegunaan seperti digunakan untuk kuku agar lebih lembap dan pipi untuk memberikan kesan glowing.

Crayons (Multifunctional Crayons)

Seperti namanya Multifunctional Crayons atau krayon pelbagai fungsi, ia boleh digunakan sebagai pensil kening, pembayang mata, pemerah pipi, dan pensil garis bibir. Ia didatangkan dengan 4 kit berbeza iaitu Mood Crayons Kit, Core Crayons Kit, Flash Crayons Midnight Kit dan Flash Crayons Rustic Kit dan setiap satunya mempunyai tona warna yang berbeza.

Metallic Mysteries II Palette

Metallic Mysteries II Palette adalah palet yang kedua daripada siri palet Metallic Mysteries. Ia mempunyai 4 warna metalik dan lembut yang boleh digunakan daalam keadaan kering ataupun basah di seluruh muka, badan mahupun rambut. Apa yang menarik tentang palet ini adalah glitternya yang berwarna-warni yang memberikan kesan warna yang berbeza-beza jika dilihat dari pelbagai arah.

Enchanted Secrets Duochrome Palette

Enchanted Secrets Duochrome Palette adalah palet pelbagai fungsi kerana ia boleh digunakan pada mata, bibir, kening, muka, badan mahupun rambut dalam keadaan kering ataupun basah. Palet ini didatangkan dengan 4 tona warna yang berbeza dengan kesan duochrome yang berbeza. Ia juga akan memberikan kesan warna berbeza bergantung pada pencahayaan.

Infinity Deep Palette

Infinity Deep Palette ini adalah palet serbaguna dengan tona warna yang sedikit gelap. Ia boleh digunakan sebagai pembayang mata, pemerah pipi, kontur, highlight dan juga boleh digunakan pada kening. Palet ini mempunyai 4 tona warna sejuk dan 4 tona warna panas yang matte, gemerlap dan berkilau dan boleh digunakan dalam keadaan basah atau kering untuk hasil yang berbeza.

Infinity Palette

Berbeza dengan Infinity Deep Palette, Infinity Palette hadir dengan tona warna yang lebih cerah. Ia juga adalah palet perlbagai guna dan boleh digunakan sebagai pembayang mata, pemerah pipi, kontur, highlight dan juga digunakan pada kening. Palet ini juga mempunyai 4 tona warna panas dan 4 tona warna sejuk yang memberikan kemasan matte dan berkilau. Juga boleh digunakan dalam keadaan basah atau kering.

Infinity Glass

Infinity Glass ini adalah produk pelbagai guna. Ia boleh dijadikan primer, gloss muka, gloss bibir dan gloss mata bagi yang memiliki kulit kering. Teksturnya yang ringan, telus dan gel yang bebas minyak dan pewangi akan memberikan kesan bersinar secara semulajadi pada muka atau kemasan solekan. Produk ini juga boleh dicampurkan dengan produk lain seperti bedak asas, highligter, pembayang mata dan juga gincu bibir.

Fantastick Lipstick

Fantastick Lipstick mempunyai 5 warna yang berbeza dan mengandungi SPF15 yang mampu untuk melindungi bibir daripada matahari. Ia memberikan kesan berkilau dan glossy yang tahan lama dan sesuai untuk bibir kering kerana  mengandungi minyak tumbuhan. Ia juga boleh dijadikan sebagai krim pemerah pipi untuk kesan yang lebih berkilau.

Ternyata produk Linda Hallberg Cosmetics ini mempunyai pelbagai fungsi. Satu palet saja sudah mencukupi untuk keseluruhan solekan. Ini menjadikannya sesuai untuk dibawa kemana sahaja terutama ketika bercuti. Untuk lebih banyak lagi tips dan tutorial solekan produk Linda Hallberg Cosmetics bolehlah ke Youtube Linda Hallberg.