Rahsia Disebalik Fesyen Selebriti Malaysia Yang Trendy Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu

Rahsia Disebalik Fesyen Selebriti Malaysia Yang Trendy Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu

Artis, OOTD

Jika sudah bergelar selebriti, penampilan adalah perkara utama yang perlu diberi perhatian. Jika kita lihat, mereka sering tampil berkeyakinan dengan fesyen masing-masing yang trendy dan terkini sama ada di karpet merah ataupun penampilan harian mereka. Siapa tahu disebalik fesyen selebriti yang trendy ini adanya penata gaya atau fashion stylist yang sering bertungkus lumus, mencari idea-idea segar dalam mengendalikan imej dan penampilan selebriti supaya mereka kelihatan berstail, trendy dan kemas. Ini dia 5 penata gaya selebriti yang terkenal di Malaysia pilihan Ohfesyen.

Abu Shaef Hamza

View this post on Instagram

. BTS SUPERTELE movie #wangi COMING SOON 2019 Hello everyone! Being a wodrobe stylist for chosen celebrities, taking care of their wardrobe at work in such a creative way for the past 9 years has taught me heaps of things which are priceless and I am soo thankful for that!! I love what I am doing and I strive to be better everyday, even so, to be the best with the knowledge that I've gathered for all these years. What matters is variety, the gist to be a good person and stylist. So let's support each other for the better of us; but don't forget to have fun and enjoy whilst doing your best! . #thisisHOWiwork #styledbybu . ▪Hijab Sponsored @naelofarhijab ▪Video by @marosazwan ▪Asst Videographer @fe3qq . . To be continued…

A post shared by abushaefhamza (@abushaefhamza) on

Warna pastel dan preppy looks menjadi signature look buat fashion stylist yang terkenal dalam dunia fesyen hiburan di Malaysia, Abu Shaef Hamza. 6 tahun bergelar fashion stylist, Abu Shaef Hamza telah menjadi penata gaya ramai selebriti terkenal di Malaysia seperti Neelofa, Scha Alyahya dan Aida Jebat. Menggunakan #styledbybu, Abu Shaef Hamza juga menjadi pilihan sebagai penata gaya bagi pelakon dalam sesebuah drama.

Didiyana Ehsan

7 tahun bergelar hijab stylist, nama Didiyana Ehsan sangat dikenali sebagai penata gaya hijab di Malaysia. Popular dengan #drappedbydidi, Didiyana Ehsan telah menjadi penata gaya hijab bagi selebriti terkenal di Malaysia seperti Neelofa dan Vivy Yusuf. Hasil kerja graduan fesyen dari UiTM yang sangat kemas dan kreatif ini membuatkan Didiyana Ehsan menjadi stylist pilihan bagi sesi penggambaran produk ataupun majlis tertentu termasuklah majlis perkahwinan.

Min Luna

Lihat sahaja gambar-gambar OOTD Min Luna di akaun instagramnya sudah menampakkan bahawa Min Luna seorang yang sukakan fesyen dan sentiasa mempunyai gaya yang tersendiri dan unik. Dengan #minlunaonset, Min Luna sering menjadi penata gaya selebriti terkenal Malaysia, Min Luna mempunyai tips staillingnya yang tersendiri iaitu jangan pernah terlalu mencuba untuk sesuatu gaya itu. Jadikan gaya itu seperti kepunyaan sendiri dan diri kita selesa dengan gaya tersebut. Antara selebriti yang menjadikan Min Luna sebagai penata gaya mereka adalah Neelofa, Sharifah Amani, Nadia Nisa dan Dato Siti Nurhaliza.

Tymfatimah

View this post on Instagram

MIRA FILZAH . . Styled by @tymfatimah

A post shared by TymTopToToe (@tymtoptotoe) on

Fatimah Puteh atau lebih dikenali dgn nama Tymfatimah dalam dunia penataan gaya selebriti Malaysia adalah seorang penata gaya kanan di Bahagian Pengurusan Imej sebuah syarikat televisyen swasta. Tymfatimah sering mengendalikan imej dan penampilan pengacara mahupun selebriti yang akan bersiaran di stesen televisyen tersebut. Perkara yang perlu dititikberatkan jika menjadi penata gaya dalam dunia penyiaran adalah dari aspek fizikal penyampai, jenis program televisyen dan jenis set studio. Antara selebriti yang pernah dikendalikan Tymfatimah ialah Mira Filzah, Marsha Milan, Aida Jebat dan Nabila Huda.

Yumi Marina

Memilih Scha Alyahya sebagai ikon gaya, Yumi Marina sudah 4 tahun berada dalam industri penata gaya selebriti Malaysia. Antara selebriti yang pernah dikendalikan oleh Yumi Marina adalah Jihan Muse dan Siti Nordiana. Menggunakan #stylingbyyumi dalam kerjayanya, Yumi Marina berpandangan bahawa arus fesyen sentiasa bertukar dari semasa ke semasa dan sering berputar. Apa yang penting adalah untuk mengelakkan diri menjadi mangsa fesyen dengan sentiasa belajar dan mengikut fesyen dari semasa ke semasa.