Rahsia Mendapatkan Rambut Yang Sihat Dan Cantik Seperti Selebriti Korea

Rahsia Mendapatkan Rambut Yang Sihat Dan Cantik Seperti Selebriti Korea

Kecantikan

Kita semua tahu bahawa K-Beauty adalah satu trend yang sangat popular di seluruh dunia. Ramai yang mengamalkan 10 langkah rutin penjagaan kulit bagi mendapatkan kulit muka yang halus, putih, berseri dan kulit kaca bak gadis Korea. Produk-produk kecantikan “Made In Korea” juga antara produk yang sangat popular kerana kualiti dan keberkesanannya dalam penjagaan kecantikan dan kesihatan diri. Namun tahukah kamu, gadis Korea bukan sahaja mengamalkan 10 langkah penjagaan kulit muka, tetapi mereka juga mempunyai 10 langkah penjagaan rambut. Disebabkan itulah jika kita lihat rambut gadis-gadis Korea terutamanya selebriti sentiasa cantik dan terurus. Jadi Ohfesyen akan kongsikan 10 tips rutin penjagaan rambut bagi mendapatkan rambut yang sihat dan cantik. Mereka yang berhijab juga boleh mengamalkan rutin ini agar rambut sentiasa kekal sihat dan segar.

Langkah 1 : Scalers Kulit Kepala

Ini adalah langkah utama! Untuk mendapatkan rambut yang sihat, folikel kulit kepala kita perlu sentiasa bersih dan ini akan membuatkan rambut tumbuh dengan bersinar. Inilah kegunaan scaler kulit kepala. Bagi yang pertama kali mengetahui akan kewujudannya, ia pada asasnya adalah rawatan asid salisilik yang membantu menyingkirkan sel kulit mati dan minyak yang berlebihan pada kulit kepala.

Cara peggunaan : Gunakan scalers kulit kepala sekali seminggu atau dua kali sebulan, tidak lebih dari itu. Sapukan pada kulit kepala yang kering sebelum syampu. Pastikan ia disapukan dan diratakan pada seluruh  kepala dan biar selama 20 minit sebelum dibilas.

Langkah 2 : Syampu dan Urutan Kulit Kepala

Langkah yang seterusnya ini adalah perkara biasa dalam rutin penjagaan rambut. Tetapi ianya akan lebih berkesan jika kita menambahkan berus kulit kepala dalam rutin penjagaan rambut kita. Untuk memaksimumkan buih syampu, meningkatkan peredaran darah dan membersihkan kulit kepala dengan pembersihan mendalam, berus harus digunakan untuk membantu menyingkarkan segala kotoran, sisa produk rambut dan sel kulit mati.

Cara  penggunaan : Selepas syampu, pegang berus dan urutkan kulit kepala dengan gerakan membulat. Lakukan pada keseluruhan kepala dan bilas.

Langkah 3 : Perapi

Tiada guna mengunakan perapi rambut jika tidak membiarkan produk tersebut pada rambut untuk seketika. Ada sesetengah yang menggunakan perapi dan membilasnya selepas seminit. Ia sangat penting untuk membiarkan perapi melakukan tugasnya, jadi kita harus bersabar sedikit dengan membiarkannya menyerap kedalam rambut.

Cara penggunaan : Sebelum menyapukan perapi, pastikan air berlebihan disingkarkan terlebih dahulu, membiarkan rambut lembap bukan basah. Tidak perlu untuk menyapukan perapi pada kulit kepala, cukup sekadar pada bahagian hujung rambut terutama jika memiliki rambut berminyak. Biarkan sekurang-kurangnya 5 minit sebelum dibilas.

Langkah 4 : Masks Rambut

Mask rambut adalah untuk rawatan rambut yang mendalam yang bertujuan untuk memelihara rambut dengan cara yang berkesan kerana bahan yang terkandung dalam formulanya. Ini akan membantu rambut menjadi lebih kuat dan pulih daripada kerosakan berpunca daripada matahari, cuaca atau alam sekitar.

Cara penggunaan : Sekali seminggu, gantikan perapi rambut dengan mask rambut. Selepas syampu, sapukannya keseluruh rambut dan biarkan selama 15 hingga 20 minit.

Langkah 5 : Bilasan Cuka

Sama seperti untuk penjagaan kulit muka, mengekalkan tahap pH yang tepat untuk kulit kepala adalah wajib dan amat penting. Mengalami masalah kekeringan dan kegatalan? Minyak berlebihan? Kelemumur? Ini mungkin disebabkan oleh pH kulit kepala terlalu tinggi atau terlalu rendah dan perlu dikembalikan kepada normal. Bagaimana caranya? Dengan bilasan cuka. Cuka boleh mengimbangi pH rambut yang akan membuatkan rambut lebih sihat.

Cara penggunaan : Sekali semingggu, gunakan cuka untuk membilas rambut dan kulit kepala selepas membilas perapi rambut. Kemudian bersihkan dengan air suam sehingga bersih. Sesetengah orang mencampurkan cuka dengan air sebelum menggunakannya untuk mengurangkan bau yang kuat.

Langkah 6 : Mask Kulit Kepala

Jika ada mask rambut pasti ada juga mask kulit kepala. Struktur kulit kepala adalah berbeza dengan rambut, jadi kita perlu merawatnya secara berasingan. Kita boleh melakukannya pada masa yang sama kerana ia dicipta untuk bahagian rambut yang berlainan.

Cara penggunaan : Sekali seminggu, selepas syampu, sapukan mask keseluruh kulit kepala. Biarkan selama 10-15 minit sebelum dibilas.

Langkah 7 : Tonik Kulit Kepala

Dari pada awal sehingga akhir rutin, setiap langkah akan serupa dengan rutin penjagaan muka. Sama juga bila menggunakan toner selepas mencuci muka, tonik kulit kepala digunakan sebagai toner rambut untuk mengimbangi pH dan menyediakan kulit kepala untuk langkah yang seterusnya.

Cara penggunaan : Selepas mandi pastikan air berlebihan disingkirkan terlebih dahulu dengan tuala dan semburkan tonik keseluruh kulit kepala. Tidak perlu dibilas atau dikeringkan. Urutkan sedikit untuk membantunya menyerap dengan lebih cepat.

Langkah 8 : Serum Kulit Kepala

Diteruskan dengan perkara yang sama seperti rutin penjagaan muka, esen atau serum rambut akan membantu melembapkan dan merawat kulit kepala terutama jika mengalamai masalah kekeringan atau minyak berlebihan.

Cara penggunaan : Pamkan serum ke tapak tangan dan sapukan pada keseluruh kulit kepala. Pastikan urut secara lembut.

Langkah 9 : Serum dan/atau Esen Rambut

Jika telah menggunakan esen atau serum untuk kulit kepala, rambut juga memerlukan formulasi yang berbeza untuk serum atau esen. Sama juga seperti serum muka yang memberikan bahan aktif kepada kulit, begitu juga dengan serum rambut. Esen pula membantu mengunci kelembapan dari dalam.

Cara penggunaan : Selepas serum kulit kepala, sapukan pada keseluruhan rambut bermula dari hujung. Urutkan sedikit untuk beberapa ketika supaya ianya dapat diserap dengan cepat dan baik.

Langkah 10 : Rawatan Semalaman

Sesekali adalah baik jika membiarkan mask rambut berkerja untuk beberapa jam berbanding beberapa minit. Sekali atau dua kali seminggu, keringkan rambut dengan tuala selepas mandi. Selepas menggunakan segala serum dan esen, tutupkan rambut dengan rawatan malam (sedikit produk sahaja sudah mencukupi) dan biarkan sehingga ia kering. Jika rambut jenis berminyak, mungkin perlu dibilas pada keesokan harinya. Jika tidak, biarkan sahaja pada rambut sehingga rutin pencucian rambut yang seterusnya.