Rahsia Solekan Kekal Segar Di Hari Perkahwinan. Jurusolek Ini Kongsi Tips Berguna.

Rahsia Solekan Kekal Segar Di Hari Perkahwinan. Jurusolek Ini Kongsi Tips Berguna.

Makeup

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana nak bagi solekan nampak segar terutamanya jika bersolek untuk sesuatu majlis seperti pertunangan atau pernikahan. Lagi-lagi sekarang ini musim kenduri kahwin kan? Pasti bakal-bakal pengantin risau jika solekan mereka nampak suram dan tidak kena pada wajah. Jangan risau, Ohfesyen pada entri kali ini akan kongsikan kepada anda tips yang dikongsi oleh pengguna twitter @najilaalala yang juga seorang jurusolek atau MUA dari Melaka.

Tips #1

Perkara pertama yang paling penting adalah asas yang baik untuk muka kalian sebelum memulakan solekan. Seeloknya persiapkan kulit muka kamu dengan menggunakan esen dan pelembap untuk memastikan kulit muka anjal dan segar. Primer tidak begitu penting melainkan jika kamu mengalami masalah kulit muka yang major.

Tips #2

Bedak asas litupan sederhana-penuh. Jangan keliru dengan solekan tebal, bedak asas litupan sederhana-penuh atau medium-full coverage foundation penting untuk memastikan tona kulit kamu sekata. Kamu boleh mulakan dengan mengaplikasikan bedak asas menggunakan berus rata dan seterusnya gunakan berus gebu untuk meratakan sebarang garisan.

Tips #3

Perkara yang paling dititkberatkan ketika bersolek adalah bahagian bawah mata terutamanya jika mempunyai bahagian bawah mata yang gelap. Ini akan menjadi sedikit sukar. Harus diingat untuk correct iaitu betulkan dengan menggunakan warna peach atau orange. Kemudian conceal iaitu sembunyikan dengan menggunakan warna yang sama dengan tona kulit kamu. Akhir sekali highlight dengan menggunakan satu atau dua warna yang lebih terang. Aplikasikan dengan lapisan yang nipis dan ambil masa untuk mengaplikasikannya dan pastikan warna yang digunakan adalah tepat.

Tips #4

Pipi yang cerah. Pilih warna merah jambu atau pinky peach untuk pipi kamu dan disarankan untuk menggunakan pemerah pipi tint atau krim. Elakkan kontur yang terlalu kuat dan pastikan kamu sekatannya dengan baik.

Tips #5

Higlighter cecair. Highlighter adalah perkara penting untuk memastikan solekan kamu nampak segar dan hidup. Disarankan untuk menggunakan higlighter diatas pemerah pipi krim.

Tips #6

Solekan mata segar. Gunakan pembayang mata yang mudah seperti tona tanah lembut dan merah jambu lembut dengan sedikit kilauan diatasnya. Gunakan bulu mata palsu yang tidak terlalu sarat tetapi masih menonjolkan mata kamu. Menurut @najilaalala, bulu mata palsu yang menjadi kegemarannya adalah Elise 5194. Jangan lupa juga untuk mengenakan maskara dan pastikan ketika memakai maskara, ia tidak bergumpal.

Semoga dengan tips yang dikongsikan ini dapat membantu kamu untuk mendapatkan solekan yang segar terutamanya bagi bakal pengantin.