Ramai Gadis Meroyan Dengan Perkahwinan Ummi Nazeera?

Ramai Gadis Meroyan Dengan Perkahwinan Ummi Nazeera?

Artis, Wedding

2

Sumber : Instagram

Alhamdulillah.

Akhirnya pelakon Patahnya Sebelah Sayap, Ummi Nazeera,27, sah bergelar isteri kepada lelaki pilihan keluarganya Dr. Mohd. Izzar Anwari Dato’ Sri Abdul Khani, 30, pada 23 Julai lalu dalam sebuah majlis tertutup. Majlis pernikahan diadakan lebih awal dari tarikh dirancang atas sebab hal peribadi keluarga. Tarikh asal pernikahan sepatutnya berlangsung pada 3 Ogos 2017. Apa pun tahniah kami ucapkan kepada Ummi dan pasangan!

Viral di media sosial tentang hari bahagia Ummi dan pasangan. Admin perasan ramai pula gadis meroyan pasal malam berinai, hari pernikahan mahupun hari persandingan Ummi. Bukan meroyan apa, menurut komen-komen dan feedback mereka, ramai yang mengimpikan majlis sebegitu. Malam berinai yang bertemakan Bollywood dan majlis persandingan pula ala fairytale siap ada sesi menari atas pentas! Romantik sungguh.

Jom kita tengok apa yang boleh membuatkan para gadis luar sana tu sampai meroyan?

Malam Berinai


 Majlis Pernikahan

Majlis Resepsi

 Details Perkahwinan

Photographer: @syednaufal
Official Videographer: @manggis.tv

Wedding Decor: @razakflora
Wedding Coordinator: @rerama_rerama
Lipstick: @nazeeravillage
Bridal gown: @fiziwoo @texsaverio
Make-up: @saidatulnisaaminuddin