Rambut Gugur? Ini Puncanya Yang Mungkin Kamu Tidak Tahu Dan Apa Yang Perlu Dilakukan.

Rambut Gugur? Ini Puncanya Yang Mungkin Kamu Tidak Tahu Dan Apa Yang Perlu Dilakukan.

Kecantikan

Sebut sahaja rambut gugur pasti ramai yang mengeluh dengan jumlah rambut yang bertaburan di atas lantai bilik mahupun di dalam bilik mandi sesudah mencuci rambut. Namun hakikatnya masalah rambut gugur ini dialami oleh kebanyakan wanita di seluruh pelosok dunia dan sudah tidak asing lagi. Tahukah kalian rambut gugur boleh berpunca disebabkan oleh stress, hormon atau genetik. Jadi Ohfesyen akan berkongsi tentang punca rambut gugut dan cara merawat atau mengatasinya.

Secara amnya, normal bagi seorang wanita mempunyai 100 hingga 150 helai rambut gugur sehari. Jika kamu tidak mencuci rambut setiap hari kamu akan dapati banyak rambut gugur pada hari kamu mencuci rambut dan kurang ketika hari kamu tidak mencuci rambut kerana struktur rambut menjadi lebih lemah ketika basah.

Kenapa rambut kamu gugur.

Antara punca utama rambut gugur yang paling umum adalah genetik dan kebiasaannya akan menyebabkan botak di bahagian depan dan bahagian atas kepala bagi wanita. Diet, tahap stress dan perubahan hormon seperti kehamilan dan menopaus boleh menyumbang kepada keguguran rambut sementara yang berlebihan yang juga dikenali sebagai telogen effluvium. Selain itu, pilihan penggayaan rambut boleh menjadi punca keguguran rambut. Traction alopecia adalah disebabkan oleh ikatan rambut yang ketat seperti ikatan tocang, ikatan ekor kuda tinggi atau sanggul tinggi namun ia boleh mengambil masa bertahun-tahun untuk rambut mengalami kerosakan disebabkan gaya rambut ini. Jadi jika kamu dapati rambut kamu tidak menunjukkan tanda-tanda kerosakan disebabkan penggayaan rambut, kamu masih mempunyai masa untuk membiarkan rambut kamu bebas terurai. Pastikan kamu sentiasa menukar stail penggayaan rambut dan gunakan getah rambut yang diperbuat daripada fabrik. Penyakit yang sukar dirawat seperti lichen planopilaris atau penyakit kulit kepala juga menyumbang kepada keguguran rambut.

Apa yang boleh kamu lakukan tentang masalah ini.

Mencegah dan bertindak balas terhadap keguguran rambut adalah “proses pelbagai faktor”. Mulakan dengan menjaga kesihatan terlebih dahulu. Elakkan “crash-diet” dan banyakkan makan makanan yang kaya nutrisi terutamanya zat besi kerana ianya penting untuk pertumbuhan rambut. Pastikan tahap stress rendah dan elakkan rambut daripada terdedah kepada bahan kimia dan haba panas. Memastikan kulit kepala sihat dengan menggunakan syampu yang menyingkirkan segala kekotoran dan bakteria juga membantu mengatasi masalah rambut gugur tetapi jangan sehingga terlebih mencuci rambut.

Bila perlu berjumpa pakar.

Kamu boleh berjumpa pakar pemulihan rambut mahupun ahli dermatologi yang berdekatan dengan kamu. Jika kamu mengalami kegatalan kulit kepala, rasa sakit ataupun rasa seperti terbakar adalah lebih baik jika kamu membuat temujanji dengan pakar. Kamu juga boleh berjumpa dengan pakar jika kamu risau dengan masalah keguguran rambut.