Rasa “Insecure” Tengok Perempuan Yang Cantik Bergaya? Cuba Tips Ni Untuk Tingkatkan “Confidence Level” Kamu!

Rasa “Insecure” Tengok Perempuan Yang Cantik Bergaya? Cuba Tips Ni Untuk Tingkatkan “Confidence Level” Kamu!

OOTD, Out & About

Menurut kajian sis, perempuan zaman sekarang kebanyakannya mudah rasa insecure dengan perempuan lain. Kata-kata yang sering keluar dari mulut mereka antaranya..

“dia pakai cantik lah, aku pakai macam nangka busuk”

“orang cantik pakai apa pun cantik”

“Orang kurus bolehlah pakai macam tu. Aku ni gemok pakai apa pun orang pandang aku macam tong gas” 

Terlalu banyak kata-kata mereka yang down dan insecure dengan mereka yang pandai bergaya. Hello! Siapa kata fizikal dan ekonomi seseorang itu faktor utama untuk bergaya bak stailista?

OHFESYEN bagi tips macam mana nak hilangkan rasa insecure korang dan ubah diri kamu jadi stailista!

 

BE FRIEND 

800 1

Langkah pertama untuk jadi seorang yang bergaya. Be friend with women who have the good sense of fashion. Teman-teman merupakan antara pengaruh besar pada gaya hidup, jadi beranikan diri untuk mendekatkan diri dengan mereka. Pastikan dirimu selesa disamping teman barumu supaya tidak kekok bila berbual dan bergaya. Sekali gus, kamu tidak akan rasa ‘overdressed’. Sis pernah alami satu situasi dimana sis terasa overdressed bila keluar dengan beberapa teman sis. Padahal sis rasa pakaian sis tak lah keterlaluan ataupun over. Jadi lebih kekok bila mereka mula tegur “kau nak pergi mana weh?”. What? Okay tenang.

TRY & ERROR

800 3

Macam mana nak jadi seorang yang stylish kalau tak cuba? Lainlah kalau hire stylist. Tak perlu takut untuk cuba sesuatu yang baru. Beranikan diri untuk bereksperimen dengan outfit. Contohnya kalau kamu seorang yang tak gemarkan kasut tinggi, beli sepasang kasut tinggi dan pakai untuk satu hari dan berterusan. Lama kelamaan kamu akan terbiasa. Dalam berfashion, kita kena berani mencuba. Sis panggil ini sebagai fasa “try & error”. Tak cuba tak tahu, dah cuba pasti mahu! gitchew..

WINDOW SHOPPING

800 4

Sekali sekala apa salahnya pergi window shopping? *senyum sinis. Tahu tak bahawa window shopping ni sebenarnya salah satu terapi mujarab untuk hilangkan tekanan? Ajak seorang teman yang punya sense of fashion untuk window shopping. Teroka semua butik yang ada dan sesuai. Jangan pula masuk butik baju lelaki. Sambil cuci mata, boleh bermain mix & match di fitting room! Lepas tu ambil gambar. Boleh dijadikan ‘goal to be achieved by next month’. Secara automatiknya, kamu juga akan tahu sendiri tentang trend terkini. Tak ada lah outdated sangat! Oh ya, kalau rasa malas untuk keluar ke shopping mall, cuba window shopping secara online?

MINTA PENDAPAT

800 2

Kadang-kadang kita akan ragu-ragu dengan pilihan sendiri. Bukalah minda seluasnya untuk minta pendapat orang keliling kamu terutamanya mereka yang punya sense of fashion. Choose & decide wisely! Tapi jangan pula asyik ikut telunjuk orang. Orang suruh beli A, awak pun beli A sampai kesudah. Minta pendapat dan fikir dengan bijak. Tanya pada diri sendiri “berbaloi ke kalau beli? Do i really need this?”.

MEDIA SOSIAL

800 5

Jika ada masa, luangkan masa untuk teroka stailista di ruangan internet. Misalnya instagram, korang boleh stalk di ruangan explore. Cari mereka yang kamu rasa pandai bergaya, stalk instagram mereka untuk dijadikan inspirasi kamu untuk bergaya!

POSITIVE THINKING

800 6

Biasanya orang yang kurang bergaya ni sebenarnya mereka terlalu berjimat. Siapa kata nak bergaya memerlukan kos yang tinggi? Semuanya bergantung pada skill fashion tersendiri. Bila terasa diri perlu berjimat sedangkan nak beli baju berharga RM39.90, maka tanamlah dalam minda kalian “Aku bukan seorang yang gila shopping. Aku cuma membantu ekonomi negara”. Membantu kan amalan mulia? hihi. So, sentiasa berfikiran positif untuk menjadi seorang yang stailista!

Love, Wawa 

Gambar: Prof Google