Samar Liang Pori Yang Jelas Dengan Produk Ini
Kamu Selalu Tertekan Dengan Masalah Pori Di Wajah? Jangan Risau, Produk Ini Boleh Bantu Hilangkannya!
Pernah tak kamu pakai mekap tapi kulit tampak tak halus? Pasti kamu tertanya-tanya kenapa, kan? Kalau kamu fikir memakai bedak asas saja sudah mencukupi untuk buat wajah mulus, well kamu salah! Kamu perlukan primer! Ia adalah penyelamat untuk liang pori yang jelas di wajah kamu. Dengan memakainya sebelum mekap, ia membuatkan kulit lebih halus kerana primer membantu mengurangkan penampakan pori-pori. Ini adalah antara produk primer terbaik di pasaran. Check it out!
Foto: Shutterstock.com
1. SMASHBOX PHOTO FINISH FOUNDATION PRIMER
Kamu mahu mekap kelihatan menawan dan kekal lama sepanjang hari? Cuba primer daripada Smashbox ini sekarang! Primer gel ini boleh melembutkan wajah dan mengaburi kekurangan yang ada. Bahan-bahan yang terkandung di dalamnya seperti Vitamin A dan E melindungi kulitmu daripada pencemaran sekeliling, kerosakan dan tekanan.
Harga: RM72 (Sephora.my)
2. TARTE CLEAN SLATE PORELESS 12-HOUR PERFECTING PRIMER
Primer yang mengandungi buah-buahan semula jadi dan ekstrak tumbuhan ini memberi kebaikan antipenuaan dan pemulihan kulit untuk wajahmu. Hanya dengan satu penggunaan saja ia akan membuat kulit tampak lebih lembut, lebih halus dan terbentuk.
Harga: RM117 (Sephora.my)
3. 3CE BACK TO BABY PORE VELVET PRIMER
Primer ini boleh mengurangkan penampakan pori dan kekurangan yang ada di wajah kamu. Ia boleh menghilangkan minyak berlebihan dan membuatkan wajah tampak lebih mulus untuk memakai mekap. Formulanya juga akan sentiasa buat kulitmu terhidrat.
Harga: RM56 (Sephora.my)
4. KAT VON D LOCK-IT HYDRATING PRIMER
Ia akan membuat kulit kamu terhidrat dan selesa untuk memakai bedak asas sepanjang hari. Banyak bahan-bahan hebat terkandung di dalamnya seperti Vitamin B5, aloe vera, jojoba, dan shea butter.
Harga: RM159 (Sephora.my)
5. BENEFIT COSMETICS THE POREFESSIONAL FACE PRIMER
Primer ini boleh membuatkan pori kamu tampak lebih kecil dan menjadikannya sehalus boleh! Ia boleh dipakai begitu saja atau sebelum memakai mekap. Ia diperkayakan dengan Vitamin E untuk melindungi kulit daripada radikal.
Harga: RM255 (Sephora.my)
Kongsi dari : Cosmopolitan