Sebelum Trend Glass Skin, Ini adalah Trend Yang Popular Di Korea Hingga Sekarang Bagi Rutin Penjagaan Kulit

Sebelum Trend Glass Skin, Ini adalah Trend Yang Popular Di Korea Hingga Sekarang Bagi Rutin Penjagaan Kulit

Kecantikan, Makeup

Jika bercakap mengenai rutin penjagaan kulit muka pasti sahaja ramai yang mengimpikan kulit “Glass Skin”. Glass Skin adalah satu trend yang popular di Korea di mana kamu perlu mengamalkan 10 langkah penjagaan kulit muka untuk mencapai Glass Skin. Gambaran bagi Glass Skin adalah dengan memiliki kulit muka yang jernih seperti kristal dan licin serta tidak berkilau sebaliknya memberi efek seperti memantulkan cahaya. Namun tahukah kamu bahawa trend Glass Skin ini bukanlah satu-satunya trend penjagaan kulit muka yang popular di Korea? Antara trend lain yang popular adalah “Honey Skin” yang lebih dahulu menjadi trend sebelum Glass Skin dan hasil kajian Ohfesyen trend Honey Skin ini masih belum menjadi trend di Malaysia.

Apa itu Honey Skin? Honey Skin bukanlah produk penjagaan kulit yang berasaskan madu tetapi ianya lebih kepada keadaan kulit muka yang kelihatan sangat sihat, dewy, licin dan gebu serta anjal seperti kulit bayi. Jika dibuat perbandingan gambar Glass Skin dan Honey Skin ianya amat sukar untuk membezakan keduanya. Namun, menurut pakar kecantikan dari Korea, Honey Skin lebih kepada kulit yang terhidrasi, dewy, sihat dan gebu serta anjal manakala Glass skin lebih memfokuskan kepada kulit yang bersinar dan jernih.

Bagi mendapatkan Honey Skin, kamu perlu lebih memfokuskan kepada produk yang memberikan hidrasi segera dan berkekalan seperti minyak dan krim emolien. Charlotte Cho dari Soko Glam ada berkongsi tips bagaimana untuk mendapatkan Honey Skin. Lihat video ini.

Selain menggunakan produk penjagaan kulit, kamu juga boleh mendapatkan Honey Skin dengan bantuan beberapa produk kosmetik ini.

Peripera Ink Higlighter

Hadir dengan 3 warna berbeza iaitu ungu, pink dan emas, higlighter cecair ini memberikan kesan berkilau yang segera pada muka sejurus memakainya. Apa yang menarik tentang highlighter ini adalah ia akan memberikan kesan yang berbeza bergantung pada sudut, cahaya dan tona kulit seseorang.

Troiareuke Healing Cushion

Kusyen ini akan kelihatan natural pada kulit. Formulanya bukan sahaja membantu meningkatkan tahap hidrasi kulit namun berfungsi sebagai corrector, membantu meredakan kemerahan pada kulit. Kemasan dewynya tidak berminyak atau melekit sama sekali.

Etude House Bling Bling Eye Stick (Silver)

Solekan natural dan glitter bukanlah satu kombinasi yang bagus namun stik ini boleh membantu untuk mendapatkan Honey Skin. Hanya satu sapuan pada kelopak mata atau sedikit sentuhan pada sudut mata akan memberikan kesan bersinar yang ekstra.

Too Cool For School Art Class By Rodin Lumineuse Varnish

Palete ini hadir dengan tiga warna berbeza iaitu Sparkling, Glow Pink dan Unicorn Blue. Kamu boleh menggunkan kesemua warna untuk mendapatkan solekan multi-dimensi dengan menggunakan palet yang berbeza untuk menghighlight struktur muka.

The Saem Cover Perfection Tip Concealer

Concealer terbaik untuk solekan natural atau kompleks. Ia menutup segala ketidaksempurnaan secara natural dengan litupan yang baik dan kemasan dewy.

Innisfree Canola Honey Lip Balm

Lip balm ini bukan sahaja memberikan rasa terbaik pada bibir namun ia juga tahan lama untuk beberapa jam supaya bibir sentiasa dilindungi sepanjang hari.

Moonshot Jelly Pot (Bronze Champagne)

Pembayang mata ini mempunyai kemasan yang basah yang akan mencerahkan dan menyinarkan solekan. Boleh juga digunakan pada pipi untuk kesan bersinar yang lebih ekstra.