Sheet Mask 101 : Sejauh Mana Keberkesanannya Dalam Rutin Penjagaan Kulit Muka

Sheet Mask 101 : Sejauh Mana Keberkesanannya Dalam Rutin Penjagaan Kulit Muka

Kecantikan

Sheet mask adalah antara item yang paling popular dalam rutin penjagaan kulit muka harian. Ia adalah cara paling mudah dan cepat untuk memanjakan dan merehatkan kulit muka disamping banyak khasiat daripada sheet mask yang dapat diserap kulit. Sheet mask juga mudah didapati dengan harga yang murah serendah RM2 sehingga yang mahal mencecah puluhan ringgit di kedai-kedai produk kecantikan dan farmasi. Namun, sebelum kamu memakai sheet mask adakah kamu tahu segalanya tentang sheet mask atau sekadar memakainya kerana trend kecantikan masa kini? Entri kali ini akan memberikan kamu serba sedikit info tentang sheet mask.

Apa itu Sheet Mask ?

Sheet mask adalah helaian fabrik berbentuk muka direndam dalam larutan serum yang penuh nutrisi. Helaian tersebut diperbuat daripada pelbagai material termasuklah kertas, fiber atau jenis gel. Sheet mask ini berbeza dengan mask muka (jenis pes) dimana kamu hanya perlu memakainya, tanggalkan atau ‘pat’ serum berlebihan berbeza dengan jenis pes dimana kamu perlu mencucinya dan memakai produk lain selepas itu. Sheet mask kebiasaannya dipakai sekali dan ia dibungkus secara individu menjadikannya cepat dan mudah digunakan.

Bagaimana cara menggunakan sheet mask ?

Ianya sangat mudah. Gunakannya pada muka yang bersih, biarkan selama 20-30 minit, tanggalkan ia dan enjoy! Kamu boleh menggunakannya sekerap yang kamu mahukan. Ketika kamu terlalu sibuk dan tiada masa untuk berehat, sheet mask sangat bagus kerana ia boleh digunakan ketika kamu memasak, mengemas, membaca atau menonton televisyen. Apa yang bagusnya ialah kamu tidak perlu membasuhnya selepas menggunakannya. Helaian ini hadir dengan satu saiz yang sesuai untuk semua, tetapi memandangkan setiap muka mempunyai saiz dan bentuk yang berbeza, ianya lebih mudah jika dipakai bermula dengan dahi dan ‘pat’kan dengan lembut ketika ia sampai ke bahagian muka yang lain sambil meletakkan lubang pada sheet mask di mata, hidung dan mulut. Kamu boleh menggunakan sheet mask sebanyak mana yang kamu mahu, tetapi ramai mencadangkan untuk menggunakan 3 kali seminggu atau sekali sehari untuk penjagaan ekstra.

Dari mana sheet mask berasal ?

Sheet mask berasal dari Jepun dan Korea Selatan, yang terkenal dengan dedikasi dalam penghasilan produk kosmetik dan penjagaan kulit. Hari ini, sheet mask semakin popular di seluruh Asia. Ia juga telah mengubah industri kecantikan dan semakin popular di U.S dimana ramai selebriti dilihat memakai sheet mask dan berkongsi tentangnya di sosial media mereka.

Bagaimana sheet mask berfungsi ?

Terdapat helaian yang direndam sepenuhnya dalam serum berkepekatan tinggi, yang terdiri daripada banyak bahan yang bermanfaat kepada kulit seperti asid hyaluronik dan vitamin. Bahan-bahan ini berada dalam bentuk air apabila dilarutkan. Helaian ini menghalang penyejatan cepat larutan bahan tadi dan memanjangkan masa untuk bahan tersebut menyerap jauh kedalam kulit. Ini menjadikan sheet mask mengatasi kesan daripada menggunakan produk penjagaan jenis serum walaupun digunakan sekali.

Apakah manfaat sheet mask ?

Ia memberikan kesan yang cepat dalam meningkatkan kondisi kulit. Serum dipenuhi dengan vitamin dan mineral yang pelbagai, dan tidak akan mengeringkan kulit berbanding mask jenis pes. Helaian pada muka kamu membantu serum untuk menyerap lebih lama kedalam kulit muka. Sesetengah sheet mask juga menjanjikan untuk mencerahkan dan menjadikan kulit muka lebih tegang. Secara amnya, sheet mask tidaklah mahal berbanding jika kamu ke spa. Ia juga mudah digunakan dan menjadikan kulit muka kamu lebih berseri.

Adakah kesan negatif jika menggunakan sheet mask ?

Tujuan sheet mask adalah untuk menyegarkan kulit, bukan exfoliate atau membersihkan kulit muka. Sheet mask berkemungkinan tidak seefektif untuk exfoliate atau membersihkan kulit jika dibandingkan dengan mask jenis pes. Tambahan pula, serum daripada sheet mask berkualiti rendah tersejat dengan cepat sebelum ianya sempat menyerap jauh kedalam kulit muka.

Mampukah saya membeli sheet mask dan dimana boleh mendapatkannya ?

Ianya bergantung kepada keinginan kamu dan kualiti sheet mask yang kamu mahukan. Sekeping sheet mask boleh didapati dengan harga serendah RM2 bergantung kepada jenama dan kualitinya. Ia boleh didapati di semua drugstore seperti Watsons dan Guardian juga di kedai-kedai penjagaan kulit yang ada di Malaysia.

Apakah bahan yang digunakan dalam serum ?

Bergantung kepada fungsi yang ingin dibawa sheet mask, serum mengandungi pelbagai bahan termasuk yang selalu digunakan seperti aloe vera dan vitamin c hinggalah yang jarang digunakan seperti mutiara, ekstrak siput dan rumpai laut. Untuk mengelakkan daripada pencemaran terhadap bakteria atau kulat, sesetengah sheet mask mengandungi bahan pengawet kimia seperti parabens dan phenoxyethanol yang tidak baik untuk kulit. Pastikan kamu membeli sheet mask yang tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh membahayakan kulit.

Apakah bahan yang digunakan untuk membuat helaian sheet mask ?

Pelbagai jenis fabrik digunakan untuk membuat sheet mask. Antara 4 bahan yang sering digunakan bermula dengan yang kurang baik kepada yang baik ialah :

#1 Fiber bukan tenun – Murah, mobiliti yang sukar, kapasiti rendah untuk membenarkan serum sampai kedalam kulit.

#2 Kapas – Murah, mobiliti yang sukar, kapasiti rendah untuk membenarkan serum sampai kedalam kulit (namun lebih baik berbanding fiber bukan tenun).

#3 Hydogel – Sedikit mahal, sistem penyerapan yang bagus, konsistensi jenis gel, dua bahagian yang berasingan (atas dan bawah) untuk dipakai pada muka, mobiliti yang sukar, terletak mengikut bentuk muka dengan baik.

#4 Bio-cellulose – Mahal, bahan semulajadi, melekat pada kulit dengan baik, sifat penyerapan yang lebih baik, mobiliti yang selesa.

Love, Shahirah Jasman 

Sumber : Orgaid