Sifat Pemalu Tidak Menjadi Penghalang Buat Wanita Ini Untuk Terus Maju Dalam Perniagaannya

Sifat Pemalu Tidak Menjadi Penghalang Buat Wanita Ini Untuk Terus Maju Dalam Perniagaannya

Out & About

Di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?

Wanita berusia 29 tahun ini merupakan pemilik jenama DE SOPHEA. Nabila Roslan seorang wanita yang ringkas, suka berimaginasi, rendah diri, pemalu, suka mencabar diri sendiri dan gemar mencuba sesuatu kelainan. Dia memegang sijil Ijazah Sarjana Muda dan kemudian menyambung pembelajaran ke tahap master dalam bidang Penyelidikan Kanser.

Pada tahun 1998, arwah ibunya menubuhkan perniagaan sendiri dalam industri fesyen muslimah. Setelah tamat pembelajaran dalam Ijazah Penyelidikan Kanser, dia mengambil keputusan untuk membuat jenamanya sendiri memandangkan dia mempunyai pengalaman dalam menguruskan perniagaan fesyen sebelum ini.

 

 

Menitikberatkan tentang suasana, konsep dan rekaan butik

“Bagi rekaan butik, saya selalu mengimpikan untuk membuka butik yang ekslusif, tetapi untuk menyesuaikan dengan konsep GM Wholesales, I need to come out with simple and presentable boutique concept. Jadi, konsep rona putih akan memberi ilusi ruang yang luas.

Kami menempah rel khusus untuk membuat butik kami kelihatan lebih menarik. Keseluruhan konsep adalah minimalis dan moden. It always comes to unique, begitu juga dengan rekaan kami”

 

 

Pelanggan ibarat nadi syarikat 

Nabila akui bahagian produk adalah yang paling sukar kerana dia perlu mencari keunikan tersendiri. Dia ingin menjadi lain dari yang lain dan perlu membuat kajian tentang rekaan, saiz dan potongan yang terbaik. Nabila percaya bahawa setiap jenama mempunyai keunikan yang tersendiri. Bagi saiz yang purata, dia perlu mereka sesuatu yang sesuai untuk semua saiz.

Sebelum melancarkan produk, DE SOPHEA akan membuat banyak praktikal dimana mereka akan mengumpul data daripada pelanggan tentang apa yang mereka suka dan sebagainya. Kadangkala, pelanggan akan meragui rekaan kami, jadi untuk menguatkan lagi rekaan kami, DE SOPHEA akan menerangkan tentang ciri-ciri bagi menarik minat pelanggan.

 

 

Bagaimana pula dengan strategi pemasaran?

Buat masa ini, DE SOPHEA mempunyai pasukan yang kecil. Kami menggunakan medium Facebook, Instagram dan Website. Kami lebih fokus pada Instagram kerana ianya lebih kepada gaya hidup dan menjadi sasaran pelanggan.

Menyentuh dari segi rekaan produk, DE SOPHEA mengeluarkan rekaan terbaru setiap bulan seiring dengan trend. Nabila berharap pada masa akan datang, dia dapat menerajui pembelian pelanggan melalui laman website. Buat pengetahuan umum, koleksi bridesmaid baru sahaja dilancarkan di Manchester UK.

 

 

 

DE SOPHEA 5 tahun akan datang

Mendepani hari-hari mendatang, Nabila berharap agar DE SOPHEA menjadi antara jenama yang terkemuka di Malaysia dan mendapat peluang untuk menjual secara borong memandangkan lokasi butik di GM. Harapan DE SOPHEA agar dapat dilancarkan di peringkat antarabangsa satu hari kelak.

Facebook : DE SOPHEA

Website : www.desophea.com

Instagram : @de.sophea