Tahukah Kamu Saiz Pori-Pori Setiap Orang Berbeza? Ini Cara Paling Efektif Kecilkan Pori-Pori!

Tahukah Kamu Saiz Pori-Pori Setiap Orang Berbeza? Ini Cara Paling Efektif Kecilkan Pori-Pori!

Kecantikan

Pernahkah kamu terfikir mengapa setiap orang mempunyai saiz pori-pori yang berbeza?

Cara-Paling-Efektif-Kecilkan-Pori-Pori

Foto – Pinterest

Tahukah kamu liang pori sebenarnya mempunyai dua fungsi baik? Ianya berfungsi untuk mengeluarkan sebum bagi membantu kulit wajah kekal lembap secara semulajadi dan juga berfungsi mengeluarkan peluh.  

Walaupun saiz pori-pori berbeza disebabkan oleh faktor genetik dan hormon, kamu masih ada harapan untuk mencuba pelbagai cara untuk menjadikannya kelihatan sekecil yang boleh.

 

Sebab utama liang pori menjadi besar

Sebum yang berlebihan — Ia terjadi apabila kelenjar sebum menghasilkan minyak secara berlebihan yang akan membuatkan kulit seseorang itu berminyak.

Keanjalan kulit berkurang — Kulit menjadi kurang lentur, dan liang-liang kulit kelihatan membesar.

Peningkatan jumlah folikel rambut — Liang pori tersumbat akibat kotoran dan mekap yang tak dibersihkan dengan betul

 


4 Cara Paling Efektif Ini Mampu Meminimumkan Saiz Pori-Pori Kamu

 

Membersih dengan betul

Cuci muka 2 kali sehari — Pastikan kulit kamu bersih dengan melakukan rutin pembersihan kulit dua kali sehari untuk mengelakkan daripada pori-pori tersumbat akibat mekap, kotoran dan minyak berlebihan. Ia akan membuatkan liang pori kamu semakin besar.

Pembersih wajah yang sesuai — Pilih pembersih wajah yang lembut yang sesuai dengan jenis kulit kamu – sama ada berminyak, kering atau sensitif. Cuci dengan air suam atau sejuk; air panas boleh merosakkan kulit kamu. Biarkan wajah kamu kering dengan sendiri atau dab menggunakan tisu atau tuala muka sahaja. 

Produk — Guna produk yang bukan komedogenik (non-comedogenic) yang tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh menyekat pori-pori.

 

Exfoliate

Exfoliation dapat membuang segala kotoran dan sel-sel kulit mati yang tersumbat di dalam liang pori. Lakukan 1 atau 2 kali seminggu. Exfoliation secara kerap akan menyebabkan kulit kamu kering dan sekali gus liang pori juga bertambah besar. Cari produk yang mengandungi salicylic acid atau benzoyl peroxide, retinoid (sesuai untuk kulit berjerawat). Elak guna mechanical exfoliators yang kasar seperti biji buah yang dihancurkan kerana ia akan menyebabkan iritasi.

 

Masker 

Menggunakan clay mask dapat menyingkirkan minyak secara mendalam dan sekali gus mencegah pori-pori daripada membesar. Lakukan satu atau dua kali seminggu. Menurut pakar dermatologi dari New York, Dr Doris Day, DIY masker juga mampu meminimumkan saiz pori-pori tetapi kesannya hanya sementara.

 

Try this out! 

1- Wap muka dengan lembut bagi menghidrat kulit supaya kulit kamu mendapat manfaat sepenuhnya dari setiap produk.

2- Kemudian, sapukan masker campuran yogurt dan madu ATAU putih telur dan madu.

3- Biarkan selama 5 minit, cuci bersih dan sapukan losen yang mempunyai 1-2% salicylic acid untuk exfoliate secara mendalam. Bagi memaksimumkan penghidratan, pakai pelembap hyaluronic acid. Kulit kamu akan menjadi lebih licin dan berseri!

 

Kolagen & Sunscreen

Sinar Matahari Matahari boleh merosakkan kolagen pada kulit dimana keanjalan wajah akan berkurang. Kamu boleh mengekalkan atau mengawal saiz pori-pori dengan melindungi kulit kamu daripada matahari dengan menggunakan sunscreen yang mengandungi sekurang-kurangnya SPF 30 setiap kali kamu keluar. Walaupun cuaca mendung atau sejuk, sinar matahari masih boleh merosakkan kulit kamu.

UmurKeanjalan kulit semakin berkurang dan mula mengendur apabila usia kita meningkat. Maka liang pori juga akan kelihatan semakin besar menyebabkan tekstur kulit tidak sempurna. Cari produk yang mengandungi retinol atau retinoid bagi meningkatkan penghasilan kolagen dan menambah keanjalan kulit. Gunakan sebelum kamu tidur. Kaedah rawatan microneedling juga adalah salah satu cara untuk menghasilkan kolagen dan tisu kulit. Dapatkan nasihat pakar kulit terlebih dahulu.

Gambar dibawah adalah cara terpantas yang kamu boleh simpan dalam galeri telefon kamu sebagai rujukan!

 

Love, Wawa Adams