Tampil Cantik Tanpa Bantuan Filters

Tampil Cantik Tanpa Bantuan Filters

Out & About

Cosmo Akui, Filters Are Fun. Terasa Seperti Semua Orang Mampu Jadi Jurugambar Profesional Selain Ia Buat Kamu Nampak Lebih Cantik Dalam Gambar. Tapi, Kamu Juga Boleh Nampak Cantik Di Luar Gambar Dengan Helah Yang Kami Tampilkan Di Sini.

24818236_m
Kamu pun boleh kelihatan seperti baru ‘lompat keluar’ dari Magic Skin Camera 360, dan terus ke pentas peragaan. Beauty starts with primers kerana ia mampu mengubah penampilan kulit. Di sini ada beberapa sebab kamu perlukannya.

 

1. Untuk kulit berminyak
Sesetengahnya beri efek matte yang akan memastikan zon-T wajah bebas kilat sambil melicinkan penampilan pori-pori dalam masa yang sama.

 

2. Untuk elak solekan cair
Bila kamu gunakan sebelum bedak asas, primer akan buat ia bertahan pada kulit sepanjang hari. Kamu dinasihatkan memakai bedak asas terus selepas primer, ketika ia masih lembap pada kulit.

 

3. Untuk kemerahan dan tona kulit tak sekata
Rona kuning akan membantu seimbangkan kemerahan sementara rona pic membantu sekatakan tona kulit. Warna ungu cair mengaburi garis-garis halus.

 

4. Untuk kulit mudah berjerawat
Ada primer yang dirumus untuk kulit bermasalah dan mengandungi asid salisilik untuk tangani jerawat. Jadi kamu tak perlu bimbang bersolek bila ada jerawat.

Kongsi dari : Cosmopolitan