Tawaran Hebat Promosi Hari Ibu 2019 Beri Idea Hadiah Buat Ibu Tercinta!

Tawaran Hebat Promosi Hari Ibu 2019 Beri Idea Hadiah Buat Ibu Tercinta!

Out & About

Hari Ibu disambut pada hari Ahad kedua bulan Mei setiap tahun bagi memperingati dan menghargai jasa dan pengorbanan seorang ibu yang melahirkan dan membesarkan kita. Hari Ibu pada tahun ini akan jatuh pada 12 Mei 2019. Pasti ada antara kamu yang sudah merancang untuk meraikannya bersama dengan ahli keluarga yang lain. Bagi yang Muslim, mungkin sudah merancang untuk berbuka puasa bersama dengan ahli keluarga yang lain di restoran-restoran atau berkumpul beramai-ramai di rumah untuk berbuka puasa bersama sambil meraikan ibu. Mungkin juga ada diantara kamu yang masih tercari-cari idea atau hadiah apa yang ingin diberi kepada ibu sebagai tanda penghargaan kamu kepada beliau. Ohfesyen akan menyenaraikan beberapa promosi yang ada untuk sambutan Hari Ibu pada tahun ini.

Happy Bunch

Bagi yang mencari jambangan bunga untuk dihadiahkan kepada ibu bolehlah ke website Happy Bunch untuk menempahnya. Happy Bunch akan menghantarkan jambangan bunga tersebut kepada ibu kamu mengikut tarikh yang kamu pilih. Selain itu, mereka juga mengadakan promosi dengan harga yang istimewa apabila kamu menambah mangkuk tingkat edisi terhad kedalam tempahan bunga kamu. Kamu juga berpeluang untuk mendapatkan minyak wangi Calvin Klein dan minuman sarang burung Brand’s.

Photobook Malaysia

Terlalu banyak gambar-gambar momen bersama ibu tersayang ? Haa inilah masanya untuk kamu mencetak kesemua gambar tersebut dan diabadikan dalam sebuah album gambar. Photobook Malaysia akan memberikan potongan diskaun sehingga 60% jika kamu menempah dari website Photobook Malaysia. Hanya pilih sahaja produk yang kamu inginkan, muat naik gambar dan masukkan kod promosi ketika hendak membayar dan menyelesaikan tempahan kamu nanti.

Printcious

Jika inginkan kelainan, kamu boleh ke Printcious untuk membeli customize gift buat ibu kamu. Antara produk yang ditawarkan adalah puzzle, mug, cushion dan banyak lagi. Printcious akan memberikan potongan diskaun sebnayak 40% bagi setiap produk.

Senheng

Apa kata jika hadiahkan barangan elektrik buat ibu kamu lagi-lagi pada bulan Ramadhan ini. Mungkin ia akan banyak membantu ibu kamu dalam menyelesaikan kerja-kerja harian dengan barangan elektrik baru. Mungkin juga jika ada oven baru nanti bolehlah ibu membuat kuih raya untuk Aidilfitri nanti. Senheng akan memberikan diskaun sehingga 25% bagi barangan elektrik yang terpilih dalam promosi Hari Ibu ini.

Zalora

Zalora akan memberikan potongan diskaun ekstra sebanyak 25% untuk promosi Hari Ibu ini. Hanya masukkan diskaun kod ketika hendak menyelesaikan tempahan kamu nanti. Haa bolehlah kamu menghadiahkan ibu kamu sepasang baju raya nanti.

Bonia

Ada yang ingin menghadiahkan beg tangan baru buat ibu? Bonia akan memberikan potongan diskaun sebanyak 40% dan tambahan diskaun sebanyak 10% jika kamu membeli 1 barang dan 15% jika kamu membeli 2 barang dan keatas. Bukan itu sahaja, kamu juga berpeluang untuk mendapatkan hadiah eksklusif daripada Bonia. Bolehlah ibu kamu bergaya dengan beg tangan baru aidilfitri nanti.

The Body Shop

Hadiahkan ibu kamu dengan set barangan penjagaan dan haruman badan daripada The Body Shop. Pelbagai set hadiah yang kamu boleh dapatkan dengan harga yang berpatutan. Bolehlah ibu kamu menjakan diri dengan set mandian atau penjagaan badan setelah seharian penat dengan tugas harian.

Watsons

Jika ibu kamu sudah mengadu kulit mukanya sudah kelihatan kusam dan ada garis-garis halus, inilah masanya untuk kamu menghadiahkan set penjagaan muka kepada ibu kamu. Sempena Hari Ibu, Watsons mengadakan promo RM15 Off dengan pembelian minimum sebanyak RM80 bagi barangan terpilih. Pasti ibu kamu akan gembira jika beliau dapat mengembalikan keremajaan kulit mukanya.

Love, Shahirah Jasman