Teknik Sebenar Menutup Cela Di Wajah Untuk Hasil Mekap Yang Lebih Menawan!

Teknik Sebenar Menutup Cela Di Wajah Untuk Hasil Mekap Yang Lebih Menawan!

Makeup

Kamu rasa dengan foundation saja sudah cukup buat wajah kamu licin sepantas kilat?

Concealer sebenarnya ada 6 warna yang berfungsi untuk menutup cela yang tak diundang seperti parut jerawat, lingkaran gelap bawah mata, tona kulit tidak sekata dan iritasi. Setiap warna pula fungsinya berbeza mengikut jenis cela. Jika kamu sedang merana dari segala jenis cela pada wajah, maka dengan memahami 6 warna correcting concealer ini mungkin akan buat solekan kamu lebih menawan!

 

 

 

Neutral — Color correcting concealer ini sesuai untuk kulit yang kurang bermasalah. Hanya perlu cari tekstur dan shade yang sesuai dengan kulit wajah and you are done!

Orange — Warna corrector ini sangat sesuai untuk kulit sawo matang atau gelap bagi menutupi bekas jerawat yang kehitaman dan lingkaran gelap bawah mata. Bagi mereka yang berkulit cerah pula, sesuai untuk membuat pembayang wajah (bronzer).

 

 

Hijau — Warna hijau mampu meneutralkan warna merah dimana corrector hijau sangat membantu dalam menutupi jerawat dan iritasi. Hanya calit sedikit, kemudian guna concealer neutral untuk hasil yang lebih wow. Ingat, penggunaan yang berlebihan akan menyebabkan wajah kamu bertukar menjadi incredible hulk!

 

 

Ungu — Wajah kurang bermaya? Letih? Pucat lesu? Color correcting kan ada! Cuma jangan guna terlalu banyak kalau tak nak wajah berubah sebaliknya. Seperti biasa, litupi semula dengan concealer neutral.

 

 

Pink — Every girl’s favorite color! Ianya adalah agen pencerah yang bagus dalam menangani masalah lingkaran bawah mata yang gelap.

 

 

Kuning — Color correcting concealer yang berwarna kuning ini pula sesuai untuk melindungi lebam dimuka, bawah mata dan urat yang kelihatan. Bergantung pada tona kulit, ianya boleh juga digunakan sebagai eye shadow base.

Love, Wawa Adam