Koleksi dari jenama terkemuka tempatan ini merupakan Limited Edition dan ia bagi meraikan misteri dan juga membuatkan harta teristimewa kita menjadi personal. Koleksi ini terdiri daripada koleksi scarf,twillies, buku nota dan juga totebags yang menampilkan corak geometrik lukisan tangan yang disudahkan dengan efek krayon yang asli.

 

Setiap item dalam koleksi ini adalah sangat personal dan anda tidak akan jumpa dua alphabet yang sama pada mana-mana scarf, twilly atau buku nota. Setiap alphabet direka secara individual dan juga memiliki eleman unik yang menjadikannya tersendiri.

 

Menurut Vivy Yusof, founder kumpulan dUCk:

“Koleksi ini mengambil masa setahun untuk dibina dan diciptakan tetapi ianya worth every second we’ve waited. Ia secara rasminya koleksi terbesar bagi jenama ini! Saya tahu yang kami tidak boleh berhenti mengatakan hal ini tetapi saya amat teruja mengenai koleksi ini secara menyeluruh dan juga ceritera D disebaliknya. Ia merupakan cara yang bagus untuk personalising everything we own!

Maksud saya, sehelai scarf, sebuah buku nota, sehelai twilly, beg, yang melambangkan diri anda tetapiwithout shouting it out.. Penuh lembut, classy, cool dan oh-so-dUCk!

 

 

 

Koleksi ini telahpun dilancarkan pada 7 Oktober lalu selama tiga hari melalui pre-order di acara umum jenama dUCk baru-baru ini. Bagi anda yang terlepas, jangan gusar! Anda boleh dapatkan koleksi ini di laman web Fashion Valet secara atas talian. – hb

Share dari http://www.hijabista.com.my/trending/the-limited-edition-alphabet-collection-taruhan-terbaru-duck-group-1.571226