Memandangkan cuaca sekarang sangat tidak menentu dan panasnya agak terik, ia bukanlah alasan untuk kita tidak menggayakan hijab sebaik mungkin. Jangan pula dek kerana cuaca panas anda gayakan hijab dengan sambil lewa dan selekeh.

Ada beberapa ciri yang perlu anda berikan perhatian untuk memastikan anda kekal selesa berhijab sewaktu cuaca panas. Mari kita lihat beberapa tip tersebut.

1. Pilih fabrik hijab yang ringan tetapi bukan jarang

 


Kunci keselesaan berhijab tatkala cuaca panas adalah pemilihan fabrik yang betul. Fabrik kapas sangat sesuai untuk cuaca panas terik. Tidak kiralah shawl atau bawal, elakkan hijab dari fabrik yang berat dan tidak serap peluh. Jenuh anda nanti!

2. Celana dari cotton atau palazzo dan juga celana denim ringan

 


Celana denim merupakan item esensi semua wanita tetapi cuaca yang panas kadangkala memberi cabaran lain apabila memakai celana denim. Pilihlah celana dari fabrik ringan seperti cotton atau lycralembut untuk palazzo. Elakkan celana dari fabrik licin atau sifon yang mana penyerapan peluhnya satu masalah.

Jangan pilih celana yang sendat atau legging! Celana yang lebar seperti palazzo dan potongan boot cutsebenarnya lebih selesa dan berangin.

3. Dres labuh dan skirt labuh cotton

 


Pilihan ini lebih bijak untuk anda menghadapi cuaca panas terik. Mereka bukan sahaja feminin dan manis, ia mudah untuk disuai padankan dengan banyak item. Jika anda mahu menggayakan jaket atau kardigan, pilih dres yang tiada lengan kerana ia lebih selesa untuk layering.

Skirt labuh sangat versatil dan anda tidak perlu fikir banyak. Ambil sehelai kemeja atau blaus, skirt labuh dan shawl cotton, padankan dan siap! Easy peasy~

Jangan biarkan cuaca panas mengurangkan meter stail anda. Jadikan ia sebagai batu loncatan untuk mencuba stail baru dan juga gayakan hijab anda sedikit berbeza berbanding biasa. – hb