Tip Kecantikan Semulajadi Dari 10 Negara!

Tip Kecantikan Semulajadi Dari 10 Negara!

Kecantikan

Beauty all around the world!

tip-kecantikan-10-negara-ohfesyen-1

Foto – Google

Adakah kamu ingin tahu tentang bagaimana negara lain mengekalkan kecantikan mereka secara semulajadi? Mungkin kamu sudah tahu semua tips ini, tetapi tak salah jika berkongsi dengan yang lain bukan? Mana tahu kamu boleh jadikan tip-tip ini sebagai rutin harian kamu.

1/10 Amerika Syarikat

tip-kecantikan-10-negara-ohfesyen-2

Foto – Google

Air sangat penting kepada badan kerana kamu perlu kekal hidrasi untuk kesihatan dalaman dan menyerikan kulit. Bagi mereka, pengambilan air yang banyak menjadi asas untuk kecantikan.

2/10 Russia

tip-kecantikan-10-negara-ohfesyen-5

Foto – Google

Wanita dari negara ini menggunakan madu untuk mengekalkan kelembapan di muka kerana mereka tinggal di negara sejuk yang menyebabkan kulit mereka kering. Walaupun Malaysia tiada musim sejuk, tapi kulit kita boleh kering disebabkan cuaca panas.

3/10 Jepun

tip-kecantikan-10-negara-ohfesyen-4

Foto – Google

Mereka menggunakan masker tanah liat (clay mask) bukan sahaja pada muka, malah pada kulit kepala juga untuk menyerap kekotoran di kepala.

4/10 Filipina

tip-kecantikan-10-negara-ohfesyen-7

Foto – Google

Aloe Vera digunakan oleh wanita dari negara ini untuk mendapatkan rambut yang sihat dan lebat. Pati dari Aloe Vera dilumur pada kepala.

5/10 Bulgaria

tip-kecantikan-10-negara-ohfesyen-6

Foto – Google

Negara ini terkenal dengan Valley Rose yang mengeluarkan lebih dari 85 peratus minyak ros. Wanita negara ini menggunakan khasiat bunga ros yang dipercayai dapat menaikkan seri kulit.

6/10 Portugal

tip-kecantikan-10-negara-ohfesyen-3

Foto – Google

Wanita Portugal menggunakan masker kunyit untuk menyerlahkan kulit perang mereka. Mereka juga berjemur di bawah sinaran matahari untuk mendapatkan vitamin D dengan pantas.

7/10 Itali

tip-kecantikan-10-negara-ohfesyen-9

Foto – Google

Ramai wanita Itali menggunakan campuran yogurt dan minyak zaitun untuk rambut berkilat dan ringan. Senang sahaja! Ambil satu cawan yogurt penuh lemak kemudian campurkan bersama satu sudu teh minyak zaitun. Lumur pada rambut dan basuh selepas 5 minit dengan air sejuk.

8/10 Australia

tip-kecantikan-10-negara-ohfesyen-10

Foto – Google

Mereka menambahkan beberapa titis tea tree oil ke dalam syampu untuk masalah rambut dan kulit kepala berkelemumur.

9/10 Sepanyol

tip-kecantikan-10-negara-ohfesyen-11

Foto – Google

Amalan dari wanita Sepanyol adalah dengan meletakkan hirisan kentang pada mata untuk mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata. Tinggalkan selama 10 minit dan kamu akan dapat lihat kesannya.

10/10 Korea

tip-kecantikan-10-negara-ohfesyen-8

Foto – Google

Wanita di Korea menggunakan air basuhan beras yang kedua untuk membasuh muka atau mandi bersama. Mereka mempercayai bahawa ia boleh melembutkan kulit.

Love, Auni Nabihah

Sumber – Elle