Tip Touch Up Solekan

Tip Touch Up Solekan

Makeup

shutterstock_221567464

Gambar : shutterstock

 

Kala menjelang tengah hari, pastinya kulit akan mula berminyak dan solekan pun mula pudar. Sesetengah wanita rasa hilang keyakinan pabila solekan semakin hilang.

 

Kami tahu bagaimana perasaan menjengkelkan pabila solekan tercomot, pudar dan mula bersememeh. Apatah lagi pabila ada majlis yang perlu dihadiri selepas pulang dari kerja nanti.

 

Anda hanya perlukan quick touch-up untuk kembalikan kesegaran dan kecantikan solekan anda. Tetapi bagaimana caranya supaya ia tidak merosakkan solekan yang sudah ada pada wajah?

 

EH! ada tip touch up solekan di bawah untuk anda praktikkan.

 

  1. Jika anda mempunyai masalah kulit berminyak, lap bahagian kulit wajah yang kelihatan berminyak dengan tisu atau tisu khas untuk menghilangkan minyak pada wajah.

 

  1. Padam saki-baki rona gincu pada bibir, jadi anda boleh mula oles kembali rona gincu selepas selesai touch-up.

 

  1. Setelah minyak berlebihan pada kulit anda telah menyerap dengan sepenuhnya, gunakan span yang bersih untuk menyapu keluar bedak asas serta pembayang pipi agar tampak lebih sekata.

 

  1. Tambah sedikit concealer di bawah mata jika anda mempunyai masalah lingkaran gelap.

 

  1. Jika lapisan bedak asas atau concealer anda telah pudar, tambah semula dan sapu rata pada bahagian cela tersebut. Kemudian layangkan sedikit bedak translucentuntuk mencipta asas solekan yang pusam (matte).

 

  1. Layangkan sedikit pembayang pipi jika perlu. 

 

  1. Touch-up penggaris mata dengan pembayang mata. 

 

  1. Jika pembayang mata anda kelihatan semakin berminyak, blot bahagian kulit tersebut dengan tisu dan gunakan berus solekan untuk memberikan efek sekata kembali. Tambah rona pembayang mata yang sama pada kelopak mata agar ia tampak seimbang pada kedua-dua bahagian.

 

  1. Akhir sekali calitkan gincu. Jika gincu masih elok di bibir, hanya perlu calitkan sedikit glos bibir untuk menampakkan bibir lembap dan sihat.

Sumber : EH!