Tips Memilih Cincin Perkahwinan Yang Sempurna Sebagai Simbol Kepada Ikatan Yang Sah

Tips Memilih Cincin Perkahwinan Yang Sempurna Sebagai Simbol Kepada Ikatan Yang Sah

Wedding

Cincin perkahwinan adalah barang kemas yang berharga yang menjadi simbol komitmen terhadap sesuatu perkahwinan dan pasangan tersebut akan memakainya untuk seumur hidup mereka. Ianya bukan setakat satu perjanjian malahan lebih dari itu. Lihat tip yang akan Ohfesyen kongsikan tentang bagaimana untuk memilih cincin perkahwinan yang betul dan sesuai yang akan membuat pasangan kamu menghargainya buat selama-lamanya.

#1 Kualiti

Cincin perkahwinan hanya satu untuk seumur hidup kamu. Jadi, tidak salah jika kamu melabur lebih untuk kualiti yang baik. Berlian adalah batu permata yang sangat keras. Ianya boleh dipotong menjadi pelbagai bentuk dan kejelasannya akan lebih meningkat selepas dipotong.

Ciri-Ciri berlian yang berkualiti tingi :

♦ Berlian yang dipotong dengan baik akan menghasilkan penampilan yang menarik yang sukar untuk dijelaskan, terus menjadikannya perhiasan yang paling diburui ramai.

♦ Berlian boleh didapati dalam pelbagai warna, bukan setakat warna putih.

♦ Berlian dapat menagkap dan memantulkan cahaya yang membuatkannya berkilau dan bersinar tidak seperti batu permata yang lain.

Kesemua ciri-ciri unik ini membuatkan cincin berlian bersinar dan menonjol di pasaran barang kemas pengantin. Jangka hayat berlian ini boleh bertahan dalam sebarang ujian masa dan ini dibuktikan dengan keindahan berlian itu sendiri. Oleh itu, apabila membeli cincin perkahwinan, kamu perlu memikirkan keuntungan untuk jangka masa panjang kerana cincin yang tidak berkualiti mungkin akan hilang bentuk dan lusuh apabila dipakai setiap hari. Apa-apa pun apabila ianya tentang kualiti, cincin berlian adalah pilihan yang terbaik untuk pasangan, kerana ianya boleh bertahan seumur hidup. Kami juga pasti bahawa pasangan kamu akan gembira jika dia menerima cincin berlian.

#2 Bajet

Menetapkan bajet adalah perkara pertama yang perlu kamu pertimbangkan sebelum melangkah kaki kedalam kedai barang kemas. Membeli cincin perkahwinan adalah salah satu pelaburan besar dalam hidup kamu. Jika cincin berlian melebihi bajet kamu, kamu boleh mempertimbangkan cincin perkahwinan belah rotan yang direka khas mengikut cita rasa kamu, kerana cincin belah rotan harganya lebih murah berbanding cincin berlian. Ini kerana harga cincin yang direka khas ini bergantung sepenuhnya oleh bahan-bahan yang telah kamu pilih. Cincin yang direka khas memberikan kamu kebebasan yang tiada had kerana kamu boleh memperibadikan cincin kamu dengan hiasan tambahan seperti kristal, berlian atau ukiran berdasarkan bajet kamu. Sebagai contoh, ukiran corak atau nama pada permukaan cincin, kosnya adalah bergantung pada bilangan huruf, nombor atau bentuk-bentuk lain, jenis fon yang digunakan dan harganya mungkin meningkat jika ianya diukir tangan. Walau bagaimanapun, ianya boleh menjadi cincin perkahwinan yang ringkas, cantik dan bergaya yang direka khas untuk memenuhi citarasa yang berbeza. Namun, jika kamu mempunyai bajet yang sederhana, kamu boleh sahaja membeli cincin belah rotan yang biasa kerana kebelakangan ini ianya sangat popular. Oleh itu, rancanglah bajet kamu dengan bijak untuk mendapatkan cincin yang sesuai pada harga yang berpatutan supaya kamu tidak tergoda dengan cincin perkahwinan yang mahal.

#3 Stail Tunang/Pasangan Kamu

Adakah pasangan kamu menggemari reka bentuk kontemporari atau gaya yang ringkas? Jika kamu tidak pasti kamu boleh memilih cincin yang menggambarkan gaya dan citarasanya. Walau bagaimanapun, kedai-kedai barangan kemas profesional dapat membantu kamu dengan bentuk-bentuk cincin dan membantu memilih cincin yang sesuai dengan kamu dan pasangan. Bentuk yang sesuai akan membuatkannya kelihatan begitu cantik dan saling melengkapi serta menyerlahkan lagi penampilan cincin tersebut. Jika kamu memilih untuk sesuatu yang bermakna, kamu boleh mempertimbangkan cincin belah rotan rekaan khas, dimana kamu boleh membuat hanya satu-satunya rekaan untuk pasangan kamu. Apa yang penting, barang kemas rekaan khas dapat memeberikan nilai sentimental dan emosi yang besar, kerana ianya akan menjadi sesuatu yang paling berharga yang kamu miliki. Bila sebut tentang rekaan khas, kamu mempunyai peluang untuk mereka dan membuat perhiasan yang unik dan bermakna. Hasilnya nanti menggambarkan cinta yang tidak ternilai, kesungguhan dan keikhlasan perekanya – iaitu pasangan tersebut.

#Saiz

Saiz juga amat penting dalam memilih cincin perkahwinan kamu. Tiada istilah kesesuaian yang sempurna, tetapi keselesaan adalah kunci kepada kesesuaian. Oleh itu, ukuran yang tepat adalah sangat penting kerana ia dapat memastikan cincin tersebut muat di jari dan tidak jatuh atau tercabut, tetapi sedikit longgar supaya dapat disarungkan ke jari kamu dengan selesa. Jika kamu mahukan sedikit kejutan untuk tunang kamu, kamu boleh mendapatkan cincinnya yang sedia ada dan berikan kepada jurujual barang kemas untuk menentukan saiznya. Namun, adalah lebih baik jika kamu mengunjungi kedai barangan kemas bersama denga pasangan kamu, kerana ianya akan lebih tepat untuk mendapatkan saiz jari pasangan kamu yang diukur oleh jurujual barang kemas berpengalaman. Kebanyakan cincin boleh diubah saiznya, kamu patut mengubah saiznya jika ianya terlalu sempit atau terlalu longgar pada jari kamu. Sebaiknya, tempah cincin perkahwinan kamu 6 bulan lebih awal sebelum majlis perkahwinan, jadi kamu akan mempunyai banyak masa untuk mencuba dan mengubah saiznya jika kamu merasa tidak selesa ketika memakainya. Hal ini kerana mengubah saiz cincin belah rotan amat mudah, tetapi untuk cincin yang mempunyai hiasan ianya mungkin akan mengambil masa yang lama.

#5 Beli Daripada Sumber/Pihak Yang Dipercayai

Terdapat banyak sumber yang ada di pasaran barangan kemas perkahwinan. Sama ada vendor dalam talian ataupun jenama barang kemas tempatan, sentiasa ingat untuk membaca ulasan atau testimoni pelanggan mengenai komen positif daripasa pelanggan-pelanggan mereka. Namun, jika kamu tidak tahu stail yang sesuai dengan kamu dan pasangan, jurujual profesional dapat memberi nasihat dan pandangan. Mereka akan mengurangkan jumlah pilihan yang terdapat di kedai mereka, mulai dari emas, platinum hingga ke emas putih dan berlian. Dari situ, mereka akan mencadangkan cincin yang terbaik berdasarkan saiz jari, stail tersendiri dan juga trend yang popular di pasaran. Selain itu, berlian bersetifikat telah diubah oleh badan pensijilan. Jadi, cincin berlian dari sumber atau pihak yang dipercayai selalunya mempunyai sijil yang membuktikan berlian tersebut sudah melalui proses pensijilan yang ketat untuk ‘4C’ iaitu warna(Color), karat(Carat), kejelasan(Clarity) dan pemotongan(Cut). Jadi, kamu perlu memastikan cincin yang kamu beli mempunyai cap dagang pengeluar serta penanda kualiti. Mungkin dengan jurujual barang kemas yang dipercayai, kamu boleh berbelanja tanpa rasa rumit dengan orang yang kamu sayangi.

Tidak mengapa untuk memberi lebih masa dan perhatian dalam mencari cincin perkahwinan yang sesuai. Cincin yang sesuai akan menjadi pakaian harian yang popular dan menawarkan si pemakai dengan kemewahan yang tidak terhingga dan menjadikannya elegen. Terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan memandangkan setiap faktor akan memberi kesan kepada harga, kualiti, keselesaan dan gaya.

 

Love, Shahirah Jasman